☆゚Barbecue [65]☆゚

26 1 0
                                    

Selepas seminggu...

TANPA disedari, sudah genap seminggu mereka berada di bumi Malaysia yang indah lagi menarik dengan tempat-tempat pelancongan yang memukau pandangan.

Ceh padahal diorang bukan pergi bercuti di mana-mana pun.

Masa berlalu terlalu cepat, seminggu seolah-olah hanya sehari. Suasana di ruang dapur agak riuh selepas maghrib. Masing-masing sibuk memerap ayam dan daging.

Iyalah, esok mereka perlu pulang ke luar negara pula setelah puas berehat di sini.

Nek som paling sedih untuk melepaskan mereka pulang. Iyalah, Mana nak riuhnya bila tinggal dia dan Zafran aja di rumah. Main tuju selipar pun belum tentu bising. Saja malam itu mereka buat bakar-bakar seperti yang dirancang tempoh hari.

Tak lupa juga ajak Acik Roga dan Fana untuk datang turut serta.

Oh ya, Amelia dan Cik Milah pun join sekali. Atas permintaan si Lya yang sedaya upaya mahu berbaik semula. Amelia punya dingin, pergh rasa macam nak lempang je.

Reggie pula belum habis usahanya dalam memujuk isteri tercinta. Padan muka, sendiri buat, sendiri tanggung. Sudah banyak kali Darren bagi idea, semuanya kelaut belaka.

Kali ini, ego si Fiyya tiada tandingan. Lelaki itu tayang fourpack pun dia buat bodoh je.

Work out depan mata pun kena palau juga. Kesian lelaki itu.

Lya dan Wawa taknak tolong sebab mereka juga belum hilang geramnya dengan Reggie, si lipas hot tu.

Puan Raelyn ralit menyalut segala jenis rempah-ratus pada daging dan ayam.

Amelia dan Fana duduk di meja makan sambil mengasingkan sayur. Manakala yang lelaki sedang menyalakan api di luar dapur. Dekat-dekat dengan pankin.

Kan dekat dengan bilik air, kalau terbakar, air senang je nak ambil.

                        .⁠。⁠*⁠♡☕.⁠。⁠*⁠♡

AKU sebenarnya tak berapa nak ada mood. Tadi pagi aku okay, bila nampak je muka si Eggie, mood aku melayang dan kucar-kacir.

Sumpah aku rasa nak hentak muka lelaki tu dengan pasu bunga Nek som yang paling besar.

Aku yang sedang menyuci bekas kotor di sinki hanya memerhati Reggie dari jauh yang sudah sedikit berpeluh apabila haba daripada bara api mengenai badannya. Biar dia rasa macam nana hati aku panas dengan apa yang dia buat.

Wawa datang sambil menyenggol perut aku. Dia sedang tersenyum sumbing dengan keningnya yang sengaja dijongketkan berkali-kali.

"Hmm... kantoilah... usyar husband dari jauh... kau rindukan dia kan sebenarnya?" Wawa berbisik.

Aku berkerut dan segera menggeleng. Memang tak lah.

Minah ni ada aja dia nak kata.

"Aku? Rindu dia? Tak semudah tu Wawa."

Aku sambung menyuci piring sambil tersenyum sendiri.

Eh. Okay lain dah ni.

Wawa sempat menarik rambut aku dan berlari keluar mendapatkan si Sebastian kesayangan dia tu.

Keluhan kecil keluar dari bibir.

Namun, aku tetap sengih apabila terpandang Fana yang sejak tadi merenung aku. Naik seram pulak.
Amelia pula tak habis-habis nak jeling si Lya yang sedang berdating dekat luar.

Suara riuh Nek Som dan mama mertua aku tengah menyembang dengan makcik yang sebaya dengan mereka membuatkan suasana menjadi agak ceria dan menyeronokkan.

.*・。゚WHAT? MOTHER IN LAW?! .*・。゚Where stories live. Discover now