" apa Nek Som suruh beli tadi? Oh sabun basuh pinggan kan? Jenama apa? Sunflower kan?" Lya bersuara sambil menilik rak barang di kedai runcit. Dah empat hari mereka duduk di kampung ni. Fiyya cuma angguk. Di tangannya terjinjit satu plastik yang mengandungi aiskrim Wawa.
" Fiyya kau tunggu lah dekat luar..
Nanti aku keluar..jangan nak berjalan merata-rata eh kau.." Lya memberi arahan. Masih tinggal lagi dua barang yang belum dibeli.
" Iya..cepat sikit..ni aiskrim aku dah bayar.." dia tersenyum.Sepanjang dia tinggal di kampung ni, dia kerap ternampak seorang lelaki yang merenung dia dari jauh. Kalau difikirkan, memang seram. Tapi siapa? Pernah sekali, dia buka tingkap bilik sebab terdengar bunyi motosikal seseorang.
Bila dibuka, laju motosikal itu memecut laju. Dia intai aku ke?
Sedang fiyya termenung itu dia dilanggar oleh seseorang tanpa sengaja. Habis jatuh plastik. Dia menunduk. Ada satu tangan menghulur plastik tersebut." Sorry..saya rushing.." suara lelaki itu menyapa gegendang telinganya. Siapa ya? Dia mendongak. Fiyya cuba untuk Ingat kembali dimana dia jumpa lelaki itu. Ni bukan penjual ayam segar yang dekat pasar tu ke? Dia cam parut di mata.
" Ni barang awak..balik pun kau Fiyya.." dia berbisik dan segera mengcengkam pergelangan tangan gadis itu. Fiyya berkerut sakit. Siapa? Suka hati je ni.
" Lepaslah! Saya kenal awak ke?" Dia menyoal. Lelaki itu tersenyum senget. " Kau lupa aku siapa? Mustaqim..lelaki yang kau perangkap dulu.." dia berbisik.
Mujur tak ada orang ramai.
" Excuse me? Perangkap? Aku tak kenal kau siapa! Jangan ganggu aku!" Dia menarik tangannya. Lelaki itu tertawa. " Aku tak lupa belaian kau.." dia tersenyum kemudian beredar.
" Fiyya..kau kenapa? Okay ke?" Lya menyoal sambil keluar dari kedai.
" Tak ada apa-apa lelaki tu terlanggar aku tadi.." Lya cuma mengangguk. Fikirannya menerawang memikirkan kata-kata lelaki itu. Beberapa Kali matanya dipejam.Kepalanya terasa sakit. Pening.
" Kau okay tak ni? Nasib baik aku bawa kereta tau.." mereka masuk ke dalam perut kereta. Lya menghidupkan enjin. Dia perlu tanya pada Nek Som. Mungkin dia kenal lelaki tu siapa. Mustaqim? Lelaki yang Hayden soal waktu mula-mula bersua muka dulu.Dia rasa sesuatu. Sesuatu yang tidak kena.
.。*♡☕.。*♡
Darren meliar ke dapur untuk menghilangkan dahaga. Lamanya Lya keluar. Naik kereta pulak tu. Nanti lari pulak. Segelas air sejuk diteguk rakus. Cuaca hari Ini sedikit panas.
Sampai bila Lya nak marahkan dia?
Dia akui, memang dia tak guna. Buat benda semua ikut kepala otak dia je. Gelas di letakkan di atas meja. Dia duduk termenung.Sakit hati juga tengok Lya asyik berkepit dengan Zafran. Itulah balasan untuk dia sebab terlalu over acting dengan Amelia. Padan muka kau Darren. Sakit kepala semua terasa sekarang ni.
Kedengaran bunyi riuh suara orang bersembang dekat atas.
Mungkin diorang dah balik. Lega rasa. Isterinya turun dengan riak wajah yang tak memberi sebarang response. Satu plastik diletakkan di atas meja.Satu persatu barang di dalam plastik itu dikeluarkan. " Let me help you." Darren bangun sambil menarik keluar beberapa kampit gula pasir. Gadis itu hanya diam.
Habis lah macam ni. Sendu..。*♡☕.。*♡
REGGIE MCCONNELL POV
Telefon dibuka untuk memeriksa akaun email dan sebagainya. Banyak penggambaran drama sudah ditolah. Sekarang bukan masanya nak sibuk dengan dunia lakonan, aku mahu luangkan masa dengan isteri dahulu.
Bantal putih disandarkan di kusyen untuk dijadikan alas kepala. Sedapnya baring. Suasana di dalam bilik sedikit sejuk berbanding di luar. Aku cuma sarungkan turtle neck t-shirt yang berzip di badan dan sehelai seluar sweatpants kelabu.
Sedang sedap main telefon, pintu dibuka kemudian ditutup. Wajah Fiyya yang sedikit pucat tu aku renung dengan penuh kerutan.
Dia terus duduk di atas perut aku lalu meyembamkan wajahnya ke dada.Telefon aku letakkan di meja kecil.
" What happened?" Pinggangnya aku usap perlahan. Dagunya ditongkat di dada aku sambil tersenyum. " Saya penatlah.." dia mengadu. Elleh mengada. Cakap jela nak peluk aku." Kau pucat kenapa ni? Tak sihat?"
Dia menggeleng. " Rindu mommy"
Fiyya merangkul leher lelaki itu.
" Amboi..aku tak rindu ke?"
Aku tayang sengih. Dia cuma tersenyum sambil merenung aku.
" Awak? Boleh lah.." dia menjulingkan matanya ke atas. Hampeh.Fiyya bangun lalu menuju ke cermin. Cardigan yang dipakai dibuka lalu dia campakkan ke lantai. Bohong kalau aku tak tergoda tengok dia hanya mengenakan sepasang crop top yang agak sendat ketika itu.
Ni buat aku tak senang duduk.
Air liur yang ditelan terasa perit.
Time macam ni lah nak dahaga pun.
" Bae..aku nak ke dapur kejap.." segera aku bangun dan keluar. Dada aku jangan cakaplah..berdebar gila.Asal sunyi je rumah ni? Zafran pun menghilang entah kemana..
Tangga yang menghala kedapur aku turun dengan berhati-hati.
Mendung je ni. Takkan nak hujan?
Haih..patut panas je sejak tadi.
Yelah tu
YOU ARE READING
.*・。゚WHAT? MOTHER IN LAW?! .*・。゚
RomanceIN EDITING Bila keluarga kau ada peraturan pelik dalam setiap perkara, be like : "Mommy dah buat keputusan untuk kahwinkan tiga orang puteri mommy secara serentak! Tak ada sesiapa boleh bantah!" - Puan Jazzlinda "Ugh... again? I don't want to take p...