☆゚Tell the truth [ 48]☆゚

27 2 0
                                    

Nek Som hanya membiarkan Zafran yang memujuk Lya. Memandangkan hanya dia seorang yang faham gadis itu.

Walaupun Wawa beria nak memujuk, Nek Som tak benarkan.
Dia minta gadis itu masuk ke bilik.

Dia mahu mereka matang. Nak mereka tahu liku-liku kehidupan berumah tangga ni bukannya semua indah. Ada pahit Manisnya.
Bukan semua berjalan lancar seperti yang dirancang.

Dia faham, jiwa mereka masih muda. Television dimatikan. Bazir elektrik je. Semua tingkap dia periksa sama ada dah dikunci atas bawah atau belum. Matanya terasa mengantuk. Dia mahu solat isyak dahulu.

                    .。*♡☕.。*♡

" Awak..kenapa Darren cakap macam tu? Awak dengar tak tadi?"
Wawa berkerut sambil menarik-narik lengan Sebastian.
Lelaki itu yang sedang berbaring segera berpaling. entah kenapa dia suka sangat kalau Wawa manja macam tu.

" Honey..biar la dia..teman saya tidur lagi bagus.." Sebastian mengesotkan badannya agar lebih dekat dengan gadis itu. Lampu yang bernyala malap membangkitkan aura ketenangan.
Wawa senyap. Maknanya, baru Darren yang dengar cerita tentang Fiyya itu.

Aduh. Fiyya macam Mana sekarang? Dia dah dengar apa yang Darren cakapkan. Mommy cepatlah datang sini! Dia bersandar di kepala katil sambil merenung selimut yang menutupi kakinya.

" Wawa..nak minta tolong boleh tak? Kali ni saya serious, perut saya memang sakit..nampak tak ni ada bekas garis ni.." Sebastian menarik pinggang seluarnya ke bawah pusat. Segera gadis itu menoleh.
" Mana? Saya tak nampak.." dia membetulkan duduknya.

Padahal dia taknak tengok. Meremang rasa. " Pedih ni.." suara Sebastian meleret. Aish! Gadis itu berura-ura memeriksa. Terketar-ketar tangan jari dia apabila Makin dekat dengan permukaan kulit.

Sebastian berkerut apabila kulit jari gadis itu mendarat di ari-arinya.
" Kenapa ni? Takkan tiba-tiba boleh luka? Kejaplah.."
Dia bangun lalu keluar dari bilik.
Tak lama lepas tu, dia masuk semula dengan minyak gamat yang Darren guna tengah hari tadi.

Segera dia panjat katil lalu melabuhkan punggung di hadapan
" honey awak ni.." Wawa bergumam sendiri sambil menyapu minyak itu pada dua garis berwarna merah. Habis perut seksi calar.

" Ah ah sakit sakit..aduh kenapa minyak ni bau tak sedap?" Wawa tak hiraukan suaminya. Sikit je pun.
Jarinya dilayangkan pada luka itu dengan lembut. " Nanti okay lah..Mana awak dapat calar ni honey?" Dia duduk sambil menongkat dagu. Badannya sedikit tertunduk.

Sebastian tersenyum nakal. Dia salah dengar ke? Wawa panggil dia honey. Selalunya depan orang je.
" Seby..saya tanya ni.." suara itu kedengaran sangat manja. Dia memandang sekeliling. Matanya statik memandang jari-jemari gadis itu yang melekap di ari-arinya.

Bergetar tulang rusuk. Dalam situasi begitu pun dia dah tergoda dengan isterinya. " Sebastian..."
Panggil gadis itu lagi. "Hmm?"
" Mana awak dapat calar ni?"
Soalnya lagi. Eh risau nampak..

" Tadi time mandi..terkena bucu kolam tu." Ujarnya ringkas. Wawa angkat wajah lalu berkerut.
" Bukan kolam lah..orang panggil kolah.." dia menahan tawa. Sebastian menjeling. Samalah!

" Honey..betul ke tak rasa apa-apa dengan Ashley? Are you kidding me?" Sebastian menyoal. Dia tak puas hati. Wawa tersenyum, jarinya masih lagi bermain-main di situ. " Em..n-nope.." dia geleng.

Dia memejamkan matanya dari balik rambut yang berjuntai jatuh.
Aduh. Bukan itu yang dia nak cakap.
" Baguslah. Lepas ni saya ada banyak urusan dengan Ashley." Sebastian berdehem.

Urusan? Ashley?! Mana boleh!
" Whatever." Wawa berbisik. Eh.
Segera bibirnya ditampar lembut.
Apani? " Okay nanti baik lah ni.."
Dia meniup perut suaminya.
Sebastian memejamkan mata menahan rasa. Jangan goda aku.

Sekali lagi luka itu ditiup. Aduh.
Perempuan ni memang nak uji nafsu dia ke macam mana?
" Saya nak simpan minyak ni." Gadis itu berundur. Dia hanya merenung wajah kacak suaminya.

                   .。*♡☕.。*♡

Darren termenung. Kenapa dia marahkan Lya? Sepatutnya dia tahankan rasa amarah dia tu. Darren tak senang duduk. Dia bangun kemudian duduk di birai katil. Rambut diraup kasar.

Cerita yang disampaikan Amelia betul-betul menganggu ketenangan dia. Padahal itu cerita tentang Fiyya bukannya isterinya.
Tapi, perasaan dia berbelah bahagi. Hatinya perlahan-lahan membenci keseluruhan keluarga Benedict itu.

Disebabkan serabut, dia keluar dari bilik. Namun telinganya terganggu dengan suara tawa isterinya di dapur. Segera dia intai.
Kelihatan Lya sedang bergelak ketawa dengan Zafran. Muncul satu perasaan di lubuk hatinya.
Salah dia kalau gadis itu menganggap Zafran sebagai penenang hati.

Sesekali Zafran juga tertawa kecil sambil merenung wajah isterinya yang sudah merah dek banyak tertawa. Cemburu. Dia faham renungan itu. Sekarang, sepatutnya yang memujuk bukan Zafran tapi dia. Sakit mata nak tengok.

                   .。*♡☕.。*♡

" Bae.. it's okay..maybe Darren stress? Sebab tu main cakap je.."
Reggie menggosok-gosok lengan isterinya yang sedari tadi termenung sambil merenung tingkap yang tertutup.

Dia akui, memang dia juga terfikir-fikir tentang apa yang dicakapkan oleh adik lelakinya itu.
Darren tak akan tiba-tiba nak cakap macam tu kecuali dia tahu sesuatu. Sesuatu yang Reggie tak tahu.

Sepatutnya dia yang tahu hal itu sebab Fiyya dibawah tanggungjawab dia. Tapi lain pula.
" Bae..look at me..aku minta maaf dari pihak Darren.." leher gadis itu diusap lembut. Fiyya cuma merenung mata lelaki itu sedalam-dalamnya.

Otaknya terasa sesak. Apa yang diungkapkan oleh Darren tadi berlayar-layar di ruang fikiran.
Apa yang jadi dengan dia sebenarnya? Kenapa dia tak ada langsung memori tentang tu?
Kini, hanya satu yang dia takutkan.

Macam Mana kalau betul? Dia tak mahu kehilangan lelaki di depan matanya. " Aku tak Ingat apa-apa Reggie..macam Mana kalau betul aku dah rosak?" Soalnya perlahan.

" No.. that's not true..ingat tak kau cakap Noah tak pernah sentuh kau.." Fiyya Cuba mengeluh. Dia dihantui dengan kata-kata itu.
Memang Noah tak pernah sentuh dia. " Macam Mana kalau-" lelaki itu menarik dia ke dalam dakapan.

Bahagian belakangnya digosok lembut. Matanya sudah berkaca.
" Don't crying..aku taknak tengok kau menangis.." bisiknya. Gadis itu hanya diam. " I'm not gonna leave you. Never.aku dah janji kan?"
Ujar Reggie lagi.

" Don't leave me.." Fiyya berbisik.
Pinggang lelaki itu dipeluk kuat.
Telinganya dilekapkan di dada lelaki itu. Dia dapat dengar degupan jantung lelaki itu dengan jelas. "Never.." kepala gadis itu dicium lama.

Dia berharap, apa yang dia dengar tadi bukanlah betul. Kalau betul, kenapa Fiyya tak Ingat apa-apa?
Tolonglah jangan rampas Masa bahagia dia. Gadis itu hanya untuknya. Milik dia.

typo everywhere kawan kawan!

.*・。゚WHAT? MOTHER IN LAW?! .*・。゚Where stories live. Discover now