☆゚Oh no! [23]☆゚

37 2 0
                                    

RUMAH Puan Jazzlinda riuh-rendah apabila anak menantunya datang.
Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang.

Diminta datang tengah hari, sampainya petang. Bagus.

Tapi yang menjadi tanda tanya,
Kemana Fiyya dan Reggie? Ni ada yang makan buluh karang.

Sebastian dan Wawa sedang duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen, entah rancangan apa yang diorang tengok. Sekejap-sekejap terdengar Sebastian ketawa.

Puan Jazzlinda berlalu ke dapur. Dia ada buat biskut. Kan sedap makan petang-petang?

Rambo lain macam hypernya apabila rumah tu ada ramai orang. Mungkin dia rindukan Lya. Gadis itu tak berenggang dengannya sejak dia sampai.

Darren masuk ke dalam rumah dan terus ke dapur. Nak mengacau aku lah tu. Puan Jazzlinda merenungnya. Lelaki itu sengih.

"Mommy, Darry nak rasa satu..."

Tanpa disuruh, tangannya menyambar sekeping biskut.

Perangai!

"Bawa kedepan lah Darry, nak tunggu Fiyya dengan si Eggie tu sampai... tak makanlah kita.."

Darren menurut. Dia sedang hairan, mana isterinya pergi? Sejak turun dari kereta, hilang terus.

"Woi makan!"

Darren meletakkan biskut di depan Sebastian dan Wawa. Terus diorang bangun dan duduk bersila di bawah.

Lagi nikmat!

"Kau rasa kenapa mommy nak jumpa Kita?" Seby menyoal secara berbisik.

Wawa geleng. Dia tak ada masa nak fikir kenapa. Dia nak makan.

"Haa makan lah Sebastian, nak tunggu biskut tu berkulat baru nak telan?" Puan Jazzlinda mengambil tempat duduk.

Haa kan dah kena? Wawa ketawa.

"Macam lambat je Reggie dengan Fiyya tu, mommy nak beritahu sesuatu. Korang dengar sini..."

Masing-masing senyap dan terkejut. Apa pulak Jazzlinda ni?

"Korang semua perlu ke Malaysia!
Mommy nak semua jejak kaki dekat sana! Masing-masing jangan nak banyak soal ya. No tapi-tapi."

Puan Jazzlinda memeluk tubuhnya.
Wawa bangun lalu mengheret
mommynya ke dapur. Segera dia panggil Lya.

Sebastian dan Darren saling berpandangan. Malaysia? Bunyinya macam menarik. Bukan ke tempat moyang diorang tinggal dulu?

Seronok! Diorang tak pernah jejak kaki ke situ lagi. Ni je peluang yang ada. Tapi kenapa Malaysia?

"Seby, kau okay ke?" Darren menyoal apabila lelaki itu sedang termenung.

"Lya tahu pasal Xenni?" Sebastian menyoal secara tiba-tiba.

Darren mengeluh. Dia tak mahu ingat lagi! Tapi kenapa jantan ni sibuk sangat mengungkit?

"Aku tak nak dengar kau sebut nama dia lagi Sebastian. Stop. Kau cakap Xin perempuan yang Xenni maksudkan, fine aku terima tu. Tapi aku tak boleh nak cintakan dia seby, aku bukan untuk dia."

Darren mendengus kasar. Wajahnya diraup perlahan. Hatinya berdebar-debar.

"Kau... habis tu kau untuk siapa? Lya? Perempuan yang tak menepati cita rasa kau tu? Macam tu?"

Sebastian menggigit hujung biskut. Darren bangun dari duduknya.

"No! Aku bukan untuk sesiapa! Xin pun bukan, Lya pun bukan. Kau sendiri kena fikir tentang hidup kau Sebastian."

.*・。゚WHAT? MOTHER IN LAW?! .*・。゚Where stories live. Discover now