NOAH memberhentikan kereta di hadapan rumah banglo yang cantik halamannya. Sudah masuk dua kali ibunya minta dia kirim makanan untuk Fiyya. Sebelum ni cupcakes tu dia hanya bagi pada kawan di tempat kerjanya.
Tapi, kali ni, dia tak mampu nak berbohong dengan ibunya lagi.
Dia belum lupa betapa gembiranya ibunya semalam. Dia cakap gadis itu suka cupcakes tu. Lama Noah termenung depan pintu pagar itu.Di tangannya ada bekas berwarna ungu berserta satu nota kecil.
' LOVE, AUNTIE ◜‿◝ '
Noah menarik nafas sedalam-dalamnya kemudian menekan loceng. Tak lama menunggu, Puan Jazzlinda keluar namun, riak wajahnya berubah. Dengan jelingan, pintu pagar itu dibuka.
Mungkin dia tak dapat nak lupakan apa yang Noah dah buat sebelum ni.
"Kamu nak apa? Fiyya tak ada."
Soalnya.Noah cuma tersenyum nipis sambil menundukkan kepalanya.
"Auntie, Noah minta maaf. Noah salah..." suaranya serak.
Puan Jazzlinda melangkah sambil mengeluh.
"Maaf kamu tak boleh nak buat apa-apa Noah. Auntie tak mahu kamu jumpa Fiyya lagi." Ujarnya dingin.
Noah berdebar. Tak, dia tak boleh tinggalkan gadis itu buat kali ke dua. Kepalanya digeleng.
"Tak auntie, tak ada sesiapa boleh halang Noah. Noah tak akan ganggu rumah tangga dia sebab Noah pun ada maruah. Tapi Noah buat untuk ibu." Jujurnya.
Air matanya mengalir. Dia harap wanita dihadapannya itu mengerti.
Raut wajah wanita itu keruh.
Sesekali dia menggeleng perlahan."Anak auntie dah cukup terseksa dulu, Noah. Lepas kamu buat macam tu, susah dia nak terima lelaki. Dia takut benda sama ulang lagi."
Noah berkerut kemudian mengelap air matanya. Habis tu yang dia kahwin tu?
"Fiyya dah kahwin, apa yang dia takut? Noah tengok dia bahagia je."
Puan Jazzlinda terduduk di tanah, entah mengapa lututnya terasa lembik untuk berdiri, dia mula dihurung rasa bersalah.
"Auntie paksa dia, kenapa Noah lambat muncul? Kalau dia tak bahagia sekarang... semuanya salah auntie."
Noah pantas membantu wanita yang dia anggap macam keluarga sendiri itu untuk berdiri.
"Kenapa auntie paksa dia? Auntie pun tahu kan? Dia tak boleh bahagia kalau auntie paksa.." Noah meraup wajahnya, kesal dengan tindakan Puan Jazzlinda
Puan Jazzlinda menggeleng.
"Semua dah jadi, auntie tak akan biarkan rumah tangga yang diorang bina hancur macam tu je, Noah jangan ganggu dia lagi."
Hanya itu yang diungkapkan oleh wanita itu sebelum pintu pagar ditutup.
"Auntie! Noah nak kirim bekal yang ibu buat untuk Fiyya, kalau auntie tak boleh terima Noah.. tolong simpan bekal ni demi ibu!"
Pintu Pagar itu digoncang berkali-kali.
"Balik Noah!" Suara puan Jazzlinda Naik senoktah.
Noah menangis. Ya, dia lembik. Tak kuat dah. Bekal itu digenggam kemudian dia masuk ke dalam kereta. Tangisannya kalah perempuan. Siap tersedu-sedan lagi.
Dia benci dengan diri sendiri. Benci dengan kebodohan yang dia buat dulu. Betul lah kata orang, nasi dah jadi bubur.
Dia memberhentikan kereta di bahu jalan. Stereng dihentak kasar.
Dia terbayangkan wajah ibunya.
Wajah yang menaruh harapan yang amat tinggi. Dia memejamkan matanya kemudian meyandarkan kepala ke kusyen kereta.
![](https://img.wattpad.com/cover/318675138-288-k857304.jpg)
YOU ARE READING
.*・。゚WHAT? MOTHER IN LAW?! .*・。゚
DiversosBila keluarga kau ada peraturan pelik dalam setiap perkara, be like : "Mommy dah buat keputusan untuk kahwinkan tiga orang puteri mommy secara serentak! Tak ada sesiapa boleh bantah!" - Puan Jazzlinda "Ugh... again? I don't want to take part in this...