RUMAH Nek Som menjadi riuh-rendah dengan suara mereka yang sedang memasukkan bagasi masing-masing ke dalam kereta.
Zafran jelas berkerut sedang memikirkan sesuatu.
"Dah lama aku nak tanya... kau sewa ke kereta ni? Lama betul kau sewa..." Zafran memeluk tubuh.
Reggie menjeling sambil membetulkan t-shirt putih yang tersarung di tubuh.
"Agak-agak lah kau ni pun... siapa nak bagi sewa lama-lama? Kereta ni papa kitorang punya... dia simpan dekat Malaysia... dekat private garaj."
Zafran angguk tanda faham.
"So mama and mommy punya flight lambat sikit dari korang... jadi kami bertolak lambat sikit." Ujar Puan Jazzlinda yang sedang menyarung selipar.
Patutlah mereka berdua belum bersiap cantik-cantik.
Nek Som duduk di tangga dek terlalu lenguh kakinya.
"Nanti jangan lupa kirim gambar tunang, Zaf." Lya menyenggol perut Sasa lelaki itu.
Zafran menunduk menahan senak. Gila minah ni... Boleh mati macam ni.
"Kau punya siku... tajam sangat! Sakit perut aku!"
Mereka ketawa dengan gelagat Zafran. Sebastian sedang menyarung kasutnya manakala Wawa pula sedang ralit membetulkan tali beg tangannya yang telah bersimpul.
"Eloklah kalau nak bertolak ke airport sekarang, sampai nanti bagitahu Nek Som..."
Suaranya kedengaran sebak, sedih mahu melepaskan cucu-cucu angkatnya pulang.
Fiyya memeluk tubuh wanita itu.
"Nek Som janganlah macam ni... nanti Zafran bawa Nek Som melancong dekat sana."
Air mata wanita itu diseka perlahan oleh Fiyya.
"Kalau tak ada apa-apa, kami bertolak dulu... Zafran... kau jaga Nek Som baik-baik." Pesan Sebastian sambil memeluk tubuh Zafran.
"Aku tahulah... kau carikan aku minah saleh sorang..." Bisiknya.
"Amboi kau... belum kahwin pun dah gatal nak pasang scandal?" Darren memerli.
Puan Raelyn sedang memeluk ketiga-tiga menantunya. Padahal kejap lagi berjumpa juga di sana.
Lya mengurut kepalanya. Suasana agak panas membahang ketika itu.
"Eh Darry, kamu jaga dia baik-baik... risau mama, sejak semalam lagi macam tu..."
Telinga lelaki itu ditarik dek terlalu ralit menyembang dengan Reggie.
"Ye mama... dia kalau dah kena dengan tempoyak... memang melarat dia punya effect... saja lah tu, mengada." dia mengusik.
Selamat bahunya dicubit gadis itu.
"Dah dah... cepat, nanti tertinggal flight baru nak gelabah." Puan Jazzlinda tersenyum sambil memeluk bahu Nek Som.
"Alright... bye Nek Som! Mwah! Zafran kau tak payah nak meliuk-lentok dekat situ!" Wawa melayangkan flying kiss sebelum masuk ke dalam kereta.
Pintu kereta ditutup serentak.
Nek Som mengeluh sambil berdoa di dalam hati agar mereka sampai dengan selamat.
Puan Jazzlinda dan Puan Raelyn akan bertolak lepas makan tengah hari. Saja tempah flight lambat sikit.
Nak naik pesawat peribadi, duit belum cukup kaya. Haih.Mereka masuk ke dalam rumah. Masing-masing menuju ke dapur bagi mengisi perut.
.。*♡☕.。*♡

YOU ARE READING
.*・。゚WHAT? MOTHER IN LAW?! .*・。゚
Ngẫu nhiênBila keluarga kau ada peraturan pelik dalam setiap perkara, be like : "Mommy dah buat keputusan untuk kahwinkan tiga orang puteri mommy secara serentak! Tak ada sesiapa boleh bantah!" - Puan Jazzlinda "Ugh... again? I don't want to take part in this...