☆゚ Try on [12]☆゚

58 2 0
                                    

SELURUH dewan sudah siap dikemas dan dihias. Karpet merah di bentang pada laluan tengah untuk pengantin berarak masuk. Di sepanjang jalan dihiasi dengan arca cendawan yang mengeluarkan cahaya berwarna putih dan biru lembut.

Tinggi cendawan itu hanya setinggi budak tiga tahun dan saiznya pula ada besar ada kecil. Meja tetamu pula dihiasi dengan lilin dan lentera. Ada juga bekas kaca yang di dalamnya ada arca bunga mawar putih yang berlampu putih suram.

Puan Jazzlinda sempat ambil Rambo dirumah dan diletakkan di dalam sangkar bujur baru berwarna putih dan dihiasi dengan bunga kecil. Ayam pun turut perlu hadir ya.

Puan Raelyn pula sibuk melihat-lihat kedudukan meja agar lebih teratur dan kemas.

Mereka kadang-kadang suka buat keputusan diluar jangkaan. Bila-bila masa sahaja dekorasi ruang itu boleh berubah. Nanti mereka akan menggunakan hologram projector untuk membangkitkan suasana fairycore itu.

Jadi nanti akan ada kunang-kunang dan pari-pari kecil yang akan berterbangan di sekitar tetamu. Jemput lah datang.

Puan Jazzlinda terduduk kepenatan di sebelah sahabatnya.

"Hey, Jazzlin... aku rasa kita kena buat sesuatu... budak-budak tu tak adanya nak terima antara satu sama lain." Puan Raelyn berbisik.

Namun wanita disebelahnya hanya tersenyum.

"Aku dah urus semuanya, lepas tu mesti diorang rapat, serapat-rapatnya. Kau jangan risau. Kenal Nek Som? Ala mak angkat kita dulu tu, dia akan bantu." Senyuman nipis terukir.

Puan Raelyn berkerut. Tak ingat lah tu.

"Yang mana satu ya? Kawan sekolah kita ke?" Bahunya ditampar oleh Puan Jazzlinda. Merepek.

"Ish! Nek Som... yang tegas tu!"

Rambo berkokok kuat. Terkejut mereka.

"Oh! Aku Ingat dah!" Nak tunggu Rambo bising baru nak ingat.

"Ni, burung merpati kau dah ambil di kedai ke? Kau jangan eh... mahal kau tahu burung tu?" Puan Raelyn berbisik.

Muncul suaminya disitu secara tiba-tiba.

"Ala duit saya kan burung merpati tu? Nanti nak lepas juga diluar Kalut... nanti Jazzlin pergi ambil lah." Ujar lelaki itu sambil menyisir rambut.

Mereka ketawa. Anak-anak tak kisah..diorang aja yang terlebih kisah.

"Diorang dah keluar ke? Baju kena ambil ni! Eh baju dekat Georgia's Boutique yang kau cakap tu memang baguslah Jazzlin!" Puan Raelyn menarik-narik baju sahabatnya.

Suaminya menjeling. Habis lah duit nanti. Ni mesti dia pun sibuk nak membeli baju di butik tu.

"Diorang baru je keluar sekali tadi, pergi sekali senang! Macam mana si Seby nak bawa Wawa naik motor? Dengan baju lagi." Puan Jazzlinda menggeleng.

"Jomlah kita pergi sarapan dulu." Encik McConnell memaparkan riak wajah lapar.

"Kau ni lapar je sedia! Dari dulu lagi!" Puan Jazzlinda mengeluh.

Lelaki itu ketawa kuat.

                        .。*♡☕.。*♡

REGGIE melangkah masuk ke dalam butik. Lya pula dah berlari mendapatkan pemilik butik yang dia sudah kenal lama. Yang lain cuma mengikut dari belakang.

Nampaknya ada pekerja baru. Ramai pula tu. Butik itu makin luas ke belakang nampaknya.

Fiyya dan Wawa saling berpandangan dan memaparkan riak wajah bosan dengan aktiviti pagi itu.

.*・。゚WHAT? MOTHER IN LAW?! .*・。゚Where stories live. Discover now