☆゚Weird [ 06 ] ☆゚

63 1 0
                                    

PUAN JAZZLINDA sedang menarik langsir tingkap memandangkan hari sudah larut malam. Lya, anak bongsunya sahaja yang ada dirumah. Dua orang lagi masih belum balik. Kedengaran suara Rambo berkokok nyaring di tingkat atas.

Lya lah mandikan ayam tu. Rambo perlu dimandikan untuk menghilangkan bau tahinya sendiri. Nasib baik ayam jantan, kalau ayam betina... berbaris lah anak ayam dalam rumah ni. Dalam kabinet,
dalam almari, atas sofa.

Haish.

Jam menunjukkan pukul 8 malam.
Dua anak gadisnya belum pulang.
Kalau lambat siaplah! Puan Jazzlinda terus berjalan ke dapur untuk menyediakan makanan. Dia perlu masak banyak disebabkan ada tetamu yang akan datang menyertai dia anak beranak makan malam.

"Lyaa! Turun bawah tolong mommy! Keringkan Rambo dengan hairdryer tu." Suaranya bergem.

Laju aja Lya turun ke bawah bersama Rambo yang bulunya dah kembang. Patutlah berkokok nyaring je. Lya dah keringkan.

"Mommy! Kenapa banyak sangat mommy masak ni? Bukan ke peraturan nombor 4, masak..."

Belum sempat anak gadisnya habiskan kata-kata, puan Jazzlinda memotong.

"Harini ada orang nak datang... kamu pergi tukar bajulah, pakai baju buruk buat apa?" Lya mahu saja cekik si Rambo. Kesian Rambo jadi mangsa.

"Mommy ni demam ke? Tak pernah lagi jemput orang datang rumah.." Lya menghidu ayam bakar yang mommynya telah masak.

Namun laju puan Jazzlinda menampar pinggul anaknya.
Lya mengaduh kesakitan.

"Apa mommy ni... ish!" Decitnya halus.

"Kamu 'Ish' kan mommy? Amboi! Pergi naik! Kurung Rambo tu. Nanti dia kacau." Lya hanya menurut walaupun dia tak faham apa yang sedang berlaku.

Dua orang kakaknya masih belum pulang. Dia rasa tak sedap hati.

Rumah itu dipenuhi dengan suara pinggan-mangkuk yang berdenting dengan meja makan. Beria betul Puan Jazzlinda ni. Pening dibuatnya. Macamlah tetamu tu istimewa sangat.

                       .。*♡☕.。*♡

KEMANA perginya anak-anak dia ni? Dah sejam lebih menunggu tak nampak lagi batang hidung. Rantai mutiara hijau yang dipakainya dikerling melalui cermin kecil yang tersangkut di beg tangan mewah dan sebesar kepala lembu.

Suaminya pula tengah panaskan enjin kereta diluar rumah.

Kedengaran bunyi riuh di tingkat atas. Kalau aku pergi terjah bilik satu-satu baru tahu nak cepat. Perangai macam bapak dia!

Geram betul. Sejak tadi gadis yang rapat dengan anak terunanya call. Malas nak berjawab. Nanti meleret aja menyembang.

"Eggie! Darry! Seby! Kamu bertiga nak mama jentik bontot tu baru nak kalut turun ke? Amboi!" Suaranya bergetar dan nyaring.

Sengaja buat begitu. Nanti anaknya akan turun dengan lebih cepat sebab risau dibedal dengan batang paip.

Aku ni gangster!

"Eggie follow mama dengan papa lah... malas lah nak drive. Lagipun Eggie malas nak keluar rumah." Anak sulungnya turun dengan malas-malas. Pantang betul kalau anaknya papar muka malas begitu.

Kemeja hitam dan seluar slack warna senada nampak kemas di badan anaknya.

"Mana dua orang lagi? Apahal semua lembab sangat bersiap harini?" Soalnya bercekak pinggang.

Anak lelaki sulung yang berdiri dihadapannya dipandang geram.

"Darry malas dia cakap. Mama ni dah kenapa? Nak jual Kitorang ke?"
Eggie menjeling.

.*・。゚WHAT? MOTHER IN LAW?! .*・。゚Where stories live. Discover now