NIKMATNYA semalam! Mata dibuka perlahan-lahan. Wajah Reggie yang kepenatan itu direnung. Lena betul suami aku tidur. Kejam sangat ke aku malam semalam?
1 pagi baru dapat tidur. Mana taknya, aku paksa dia teman aku kemas baju. Angkat tu, angkat ni.
HAHAHAHAHAHAHA.
Itu sebagai balasan bagi aku cemburu selama seminggu. Mata aku masih pedih sekarang ni. Ini lah peluang aku nak tenung Reggie sepuas hati aku. Aku dah mula percayakan dia sekarang ni.
Erti bahagia sebenar adalah datang daripada suami aku sendiri.
Awal aku terbangun. Mommy ke syarikat sebelum aku bangun lagi. Ni aku terjaga sebab dengar kereta mommy lah. Dengan senyuman nipis, aku raih tangan Reggie lalu aku cium lama.
Thank you Reggie. Aku rasa bahagia Gila!
Baru aku teringat yang Noah tak tahu status sebenar aku. Memang lelaki tu umpama peluang kebahagiaan aku, tapi aku anggap dia hanya ujian untuk aku. Aku perlu bijak nak pilih mana lelaki yang tepat untuk aku.
Langsir yang tertutup itu aku renung. Malasnya nak berganjak dari katil. Kedengaran Reggie berdehem. Alamak, dia dah bangun ke?
Aku terus menjauh dari dia. Karang kantoi la aku tenung dia. Mujur berbalut selimut. Kalau tak, sampai ke pusat aku tenung kang.
Aku bangun dari katil empuk aku tu lalu masuk ke bilik air. Sempat lagi semalam dia potong rambut aku. Not bad lah style rambut aku sekarang ni. Warna dah berubah.
Sama lah dengan Eggie. Dia yang beria nak warnakan, ya... jangan cakap aku yang gatal nak warnakan.
Aku gosok gigi dan cuci muka agar lebih segar. Dah lama tak manjakan kulit di spa. Kalau tak, hampir setiap minggu aku keluar dengan dua orang adik aku tu.
Sekarang nak keluar pun susah.
Otak aku terfikir tentang Rayne.
Aku dikira perampas ke? Mesti gadis itu akan rasa sakit yang teramat apabila ditinggalkan oleh Reggie. Ya aku faham macam mana sakitnya. Aku tak dapat nak maafkan diri sendiri sebab tak mampu nak kotakan janji aku.Janji yang aku takkan pernah jatuh cinta dengan Reggie.
Semuanya berlaku terlalu cepat.
Mungkin juga, Reggie akan kekal begitu hanya untuk masa beberapa bulan. Aku lupa perjanjian besar aku dengan Lya dan Wawa. Penceraian secara serentak. Mampu ke aku nak lalui detik-detik itu?Dan pada waktu tu, Rayne boleh ambil Reggie semula. Sebab she's deserve it. Aku sedar aku yang pengacau hubungan cinta diorang. Tak mungkin juga Reggie mudah nak lupakan Rayne macam tu aja.
Rasa ragu-ragu tu kembali datang. Fiyya, jangan nak percayakan dia hundred percent. Lelaki boleh berubah bila-bila masa.
Pendirian itu yang aku pakai mulai hari Ini. Mungkin kebahagiaan sekarang yang aku rasa cuma kebahagiaan olok-olok yang dicipta oleh Reggie. Hati lelaki itu aku belum selami sehabis mungkin.
Buntu aku macam ni.
Setelah lama aku termenung di depan cermin, bunyi Rambo berkokok riang mengejutkan aku.
Rambo ni, aku nak bersandiwara pun terganggu. Kepala digelengkan dan aku berlalu keluar dari bilik. Sempat aku grab telefon dan airpod atas meja solek.Pintu belakang aku buka dan segera menyarung selipar. Udara segar di rumah sendiri lagi nyaman dari biasa. Aku bergerak ke laman belakang dimana ada Rambo sedang bermain-main dengan ayam betina tu. Aku tak tahu nama dia apa.
Rumput karpet yang mommy letak sekeliling rumah nampak segar menghijau. Ada sisa air embun pada daun rumput itu. Aku menyumbat airpod di dalam telinga.
YOU ARE READING
.*・。゚WHAT? MOTHER IN LAW?! .*・。゚
RomanceIN EDITING Bila keluarga kau ada peraturan pelik dalam setiap perkara, be like : "Mommy dah buat keputusan untuk kahwinkan tiga orang puteri mommy secara serentak! Tak ada sesiapa boleh bantah!" - Puan Jazzlinda "Ugh... again? I don't want to take p...