Sebastian dan Darren saling bisik berbisik mengadu tentang isteri masing-masing. Diorang tengah makan cereal dekat meja makan.
Tu pun buat sendiri. Masing-masing tak dilayan oleh isteri.Wawa pula statik tak bergerak di depan television. Hatinya belum baik sepenuhnya. Makin meruntun jiwa apabila terpandang Sebastian.
Seolah-olah di dahi lelaki itu tertulis perkataan 'bakal duda hot '
Arghh! Wawa menjerit di dalam hati.Reggie turun. Nampaknya lelaki tu dah siap mandi dan mengenakan baju semalam semula. Fiyya masih diluar dengan dua ekor ayam tu.
" Apahal semua senyap hari ni?"
Lelaki itu menyoal dengan pelik.
Sebastian mengeluh. Begitu juga Darren.Lelaki itu berkerut. Giliran wawa pulak disoal. " Kau nak keluar jumpa Rayne ke? Sila blah." Wawa berkata dingin. Reggie tersedak.
Apahal? Semua nak marah ni?
Okay Mana buah hatinya? Siapa lagi kalau bukan isterinya?Laju dia keluar dari rumah.
Rumah banglo itu sepatutnya riuh dengan suara mereka tiba-tiba senyap. Dengar bunyi suara television je dekat depan. Fiyya sedang kusyuk dengan Rambo dan ayam putih.Lya sedang duduk di sinki luar. Mentanglah situ ada meja bagai.
Sedap dia melepak. Rambutnya yang diikat biasa itu agak serabai.
Dia belum tengok muka kakak sulungnya. Mungkin wanita tu lagi terseksa sekarang. Untung dia lagi tak tengok kemesraan si Xin dan Darren depan mata.Wawa rasa pelik dengan Reggie.
Sejak bila pula rambut jantan tu berubah warnanya? Eh. Sebastian dan Darren ke depan. Wawa terus menjeling dan pasang wajah masam mencuka. Makin tak keruan Sebastian dibuatnya." Perasan tak rambut Eggie tadi?"
Darren bersuara. Seby berkerut kemudian angguk. Tiba-tiba teruja.
" Haah. Semalam rambut dia hitam lagi..ni dah blonde. Kau rasa dia buat apa semalam?" Sebastian mengukir senyum. Daren menggeleng. Lain pulak yang dia fikir..。*♡☕.。*♡
FIYYA BENEDICT POV
Aku tengah teruja tengok kecomelan si dua ekor ayam ni.
Habis tangan aku penuh dengan gandum. Sekor Rambo sekor lagi Rambolia. Okay tak adalah aku gurau je.Airpod dah ditanggalkan. Dengar bunyi dedaun yang bergeser antara satu sama lain apabila angin bertiup. Aku tak rasa nak nak Naik pergi mandi. Rambut aku yang sudah pendek tu digosok perlahan. Terasa ringan sikit kepala.
" Fiyya! Dekat sini rupanya kau.."
Reggie cepat-cepat berjalan ke arah aku. Ha sudah..lagi hot mamat ni dengan blonde hair miliknya. Aish! Sudahlah! Apa aku merepek ni? Kenapa dia pakai cantik-cantik ni?" Aku nak keluar sekejap.." lah sejak bila pandai mintak dengan aku kalau nak keluar? Segera aku bangun sambil menabur gandum di rumput. Biar aku bagitahu sesuatu, rambut lelaki tu asal nampak macam problem je.
" Sejak bila nak keluar mintak aku ni?" Mata meliar memandang langit. Dia menarik aku agar lebih dekat. " Kau ni garang pulak pagi-pagi kenapa? Cuba manja macam semalam?" Reggie tergelak. Hm. Handsome.
" Semalam kau cakap nak bagitahu something..haa kau lupa?" Aku saja nak ungkit. Macam-macam soalan muncul di benak fikiran aku sekarang ni. Rumput dikuis pakai jari kaki. Lama jugak lah berdiam diri. Nak tunggu UFO lalu baru nak bercakap ke?
" Nanti lah..nak keluar ni..jangan rindukan aku." Lelaki itu naik mengelus pipi aku. Aish. Dia mula dah. Semalam lain macam. Pagi ni pun lain macam jugak ke? Kang aku hilang pertimbangan karang.
Dia nak keluar jumpa Rayne lah tu.
Haih.It's okay. Aku dah sedar dah status aku ni apa. Cuma perampas je.
Aku kasihankan Rayne. Kan aku cakap kebahagiaan semalam tu hanya palsu je? Terima kasih jelah Reggie bagi aku taruh harapan setinggi gunung berapi. Aku cuma untuk tersenyum.
YOU ARE READING
.*・。゚WHAT? MOTHER IN LAW?! .*・。゚
RomansaIN EDITING Bila keluarga kau ada peraturan pelik dalam setiap perkara, be like : "Mommy dah buat keputusan untuk kahwinkan tiga orang puteri mommy secara serentak! Tak ada sesiapa boleh bantah!" - Puan Jazzlinda "Ugh... again? I don't want to take p...