☆゚Oh man~ [ 31 ]☆゚

31 2 0
                                    

WAWA BENEDICT POV

Bilik tu boleh tahan luas. Aku tarik langsir berwarna biru gelap dan terus membuka tingkap seluas mungkin. Angin menyerbu masuk menyapa wajah. Seronoknya.
Aku malas nak hiraukan Sebastian yang tengah sibuk tanya pekerja dia si Ashley tentang menu baharu tu.

Aku tak kisah sangat sebab perempuan tu macam adik-adik je. Tapi berani Sebastian ni nak menggatal? Aku lempang apa tak dapat nanti. Aku renung bahagian belakang rumah. Memang betul. Hutan je. Tapi aku tak sabar nak ajak Nek som ke sungai tu.

Sebastian menutup telefon dan terus menarik beg bagasi. Mungkin dia nak mandi kut.
Aku toleh belakang. Katil dia luas dan selesa. Macam dekat rumah inap kau! Klasik Gila. Lupa pulak ni rumah pusaka. Penjaga rumah ni memang Nek Som dari dia muda sampai lah sekarang.

Sampai dah ada cucu. Zafran.
Memang dia tu kacak. Aku suka betul kulit macam Zaf. Tapi tu lah dapat pulak si Sebastian. Dah la dipaksa. Ala paksa -paksa pun aku jatuh cinta jugak. Lepas fiyya cakap Kitorang sebenarnya ego. Aku terus sedar. Apa aku merepek ni?

Dekat dinding pulak ada bingkai gambar waktu mommy muda-muda dulu. Papa sedang tersenyum itu aku pandang.
" Awak..Mana pencuci muka saya?
Awak letak tak dalam ni?" Seby menyoal sambil menyelongkar bagasi dia.

Aku jeling. Geram tengok barang dalam beg dia tu. Terselit jugak plushie dalam tu. Aku cakap jangan bawak. Nak jugak bawak.
Ey. " Wawa..saya nak mandi tau..so boleh bagitahu Mana pencuci muka? Ke awak tinggal beg skincare saya dekat rumah honey?"
Sebastian mengerling.

Mula dah cakap lembut-lembut. Honey bagai. Saja nak goda aku ke macam Mana ni? " Ish..itu awak punya Mana saya tahu..awak tak check ke sebelum keluar rumah?"
Balasku dingin. Ish tak rasa nak pujuk ke? Aku macam kadang-kadang bila teringat Sebastian cakap, perjanjian tetap perjanjian, aku mulalah nak buang rasa cinta tu.

Sekarang ni aku bukannya sepenuhnya cintakan dia. Tak..cuma dalam 40% je. Bit-bit cinta baru muncul. Ah gitu! Sebastian grab beg aku pulak.
" Tak ada..pinjam awak punya lah..sama je kan produk yang Kita pakai?" Aku nak gelak.

Suka hati dia je. " Ambil lah. Ambil. lepas ni baju saya pun awak pakai."
Aku memerli sambil toleh keluar tingkap semula. Beberapa biji motor meronda dekat Jalan depan rumah. Budak-budak muda. Ada jugak sebaya dengan aku.

Kampung ni tak pernah berubah.
Mereka masih kekalkan aura zaman dulu. Kekadang yang anak dara pakai kebaya, baju kurung.
Pakaian traditional orang melayu pun diorang pakai. Katanya tak mahu tenggelamkan budaya orang dulu dekat sini.

Tak hairanlah dekat rumah ni banyak terompah. Ala kasut yang bila berjalan kuat Gila bunyinya tu.
Sebastian mendengus kemudian
Membuka pintu bilik. " Awak taknak mandi ke? Kalau nak jom sekali." Dia kenyit mata.

Tak senonoh betul mamat ni. Kalau aku tak merajuk, memang aku ikut.
" Takpayah! Pergi lah sendiri. Saya nanti malam baru mandi lah!" Sebastian meng ' elleh ' kan aku.
" Tolong sediakan baju saya. Kalau saya masuk, tak ada baju atas katil, siap awak..baju awak pakai tu saya lucut kang!" Berdebar aku.

Gila mamat ni main kasar pulak.
Mintak-mintalah kain tuala dia tercabut nanti. Padan muka. Eh jangan kang tercabut depan Nek Som haru nanti. Aku pun bergerak lah ke katil. Aku cuma sediakan
Sepasang t-shirt putih v-neck dan sweatpants warna hitam.

Yang lain tu pandai-pandailah Cari sendiri. Tak sanggup aku nak cari.
Aku baring sekejap di Katil. Nikmatnya dapat baring. Bilik tu cerah lah sikit sebab aku bukak tingkap. Risau pulak nak bukak luas-luas nanti diintai orang.

                   .。*♡☕.。*♡

Nek Som sedang duduk di pankin bahagian belakang rumah yang dekat dengan bilik air. Bilik air diluar ye. Sebelahnya ada jamban.
Tak adalah jauh sangat dari pintu dapur. Boleh lah dalam 20 langkah.

.*・。゚WHAT? MOTHER IN LAW?! .*・。゚Where stories live. Discover now