☆゚Hubby!☆゚[ 67 ]

29 2 0
                                    

Lya membuka mata apabila terdengar bunyi penggera pada telefon. Tangan kanannya naik mengurut dahi. Butang kemejanya sudahpun terbuka hingga ke pusat.

Darry yang tidak berbaju itu sedang tidur nyenyak. Rambut lelaki itu dielus suka. Segera dia bangun dari katil dan berdiri di hadapan pintu balkoni yang ditutupi dengan langsir putih yang jarang.

Cahaya matahari pagi membuatkan Lya sangat segar walaupun baru bangun. Dia menuju ke bilik air untuk menyegarkan wajah dan menggosok Gigi. Rambutnya yang serabai diikat tinggi.

Kain tuala bersih diambil untuk mengelap wajahnya yang basah dengan air yang sejuk. Sesekali dia merenung wajahnya sendiri. Lehernya yang kemerah-merahan direnung. Serta-merta wajahnya terasa panas.

Butang kemejanya dikancing semula. Lya mengatur langkah untuk ke dapur. Sempat dia menoleh ke arah Darry yang sedang tidur dalam keadaan meniarap itu. Seksi apabila tattoo kecil terlihat di bahunya.

Pintu bilik dibuka perlahan kemudian ditutup. Koridor itu tidak terlalu gelap memandangkan dinding depan berdekatan dengan tangga diperbuat daripada kaca.

Jadi, dia tak perlu nyalakan lampu.
Segera dia turun. Tangannya memegang pada penghadang di tangga yang berwarna kuning keemasan.

Dia betul-betul suka konsep rumah itu. Tidak terlalu besar namun terlihat mewah. Lanskap yang menarik dan mendamaikan di luar rumah. Dia hanya berkemeja separas peha sahaja. Jadi, kakinya terlihat.

Tanpa berlengah, dia menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan yang paling simple. Mereka belum membeli barangan dapur secukupnya. Jadi, dia hanya ada roti kosong dan jem strawberry sahaja.

Peti ais dibuka lalu beberapa buah-buahan segar dikeluarkan bersama yogurt. Dia mahu sediakan jus dan toast with butter sahaja. 

Why butter? Cause, dia rasa jem strawberry tu lain macam je peliknya.

Memandangkan masih awal, dia terlebih dahulu membersihkan kabinet yang sedikit berhabuk sambil menunggu roti siap dibakar.

Jam ditoleh, sudah pukul 8 pagi,
Dia perlu kejutkan Darry. Lagi sekali dia panjat tangga untuk kebiliknya. Tombol pintu dipulas.

Langsir di pintu balkoni ditarik.
Darry sudahpun membuka mata cumanya masih mamai.

" Good morning to my sleeping husband! Did you sleep well, handsome? Come on wake up.."
Suaranya sedikit lantang namun masih terdengar manja dan menggoda. Darren menggosok matanya sambil bersandar di kepala katil.

Lya hanya berdiri sambil memandang lelaki itu dengan senyuman yang melebar. " Nanti kau turun ke dapur.." Lya berlari-lari anak keluar dari bilik meninggalkan Darry. Dia lupa roti masih dibakar. Nanti hangit.

' TING!! '  Tepat pada masanya.
Segera dia letakkan dua keping roti yang siap dibakar ke dalam pinggan. Dia tahu Darry tak makan banyak pada waktu pagi. Mentega disapu pada roti yang masih panas itu.

" Hye baby.." suara serak dari suaminya memeranjatkan dia yang sedang kusyuk menghadap kabinet itu. Boleh mati gini.

" Hey.." Lya bersuara manja apabila tubuhnya dipeluk erat oleh tangan lelaki itu. " Kau buat apa ni.." soal Darry meleret. Lagi-lagi leher isterinya dicium. Kemudian, dagunya ditongkat ke bahu gadis itu.

" Your breakfast..sorry aku cuma boleh buatkan kau roti aja. Siapa suruh kau tak beli barang dapur.."

Lya masih lagi menyapu mentega.
Darren sempat mengelus peha isterinya sebelum gadis itu berpusing menghadapnya.

" So, what's your plan for pagi ni? ada kerja apa-apa?" Lya menyoal.
Darren menarik tubuh itu agar terus menempel dengannya.

" Tak sure..maybe ada hal sikit nanti.." dia terperasan isterinya asyik merenung perutnya yang boleh dikategorikan sebagai seksi.

.*・。゚WHAT? MOTHER IN LAW?! .*・。゚Where stories live. Discover now