☆゚Shock [07 ] ☆゚

53 3 0
                                    

"LAMA tak jumpa engko Jazzlin...
Mana anak-anak kau? Sunyi je rumah." McConnell menegur setelah keluar dari kereta bersama anak dan isterinya, Raelyn.

Puan Jazzlinda hanya tersenyum sambil menjemput mereka masuk.
Handsome anak lelaki sahabatnya itu.

"Masuk... masuk... anak aku tak balik lagi, dah lewat ni..." ujarnya risau.

Lampu chandelier yang menghiasi ruang tamu membuatkan rumah itu nampak mewah. Puan Raelyn masuk setelah dijemput.

"Eggie..dah lupa auntie ke?" Dia mengusik tatkala melihat anak sulung sahabatnya.

Jejaka itu tersenyum. Membuatkan dia lebih tampan dengan rambut yang diikat.

"Bukan lupa... segan lah... saya ni pelakon je, berjumpa dengan pengarah syarikat terkenal pula..."

Sengaja dia berseloroh begitu.
Bahunya ditampar oleh wanita itu.
Mereka ketawa.

"Awak... tercegat lagi dekat situ buat apa?" Puan Raelyn menyoal suaminya.

"Bukan Darry naik dengan kita ke? Mana dia? Ke kita tinggal dia?"
Masing-masing diam. Baru dia teringat tentang tu.

Darry..

"Dia naik dengan Seby mama, papa... jangan la risaukan diorang tu." Eggie menyedapkan hati kedua orang tuanya.

"Eh jemputlah... makanan aku dah hidang dah Raelyn, kau bawa husband dengan anak kau ke dapur ya?" Puan Jazzlinda tersenyum.

Dia mahu tengok Rambo. Dia rasa sangkar ayam tu dia tak kunci. Again.

"Auntie nak kemana?" Tanya Eggie ramah.

"Nak tengok belakang tu... auntie lupa tutup pintu." Bohongnya.

Dia meminta diri untuk ke sana. Anak teruna itu hanya mengangguk. Dia macam pernah datang ke situ baru-baru ni. Lebih kurang seminggu yang lalu. Tapi dia lupa.

Kedengaran deruman enjin motosikal dari luar rumah. Siapa lagi kalau bukan si Seby dan Darry tu.

"Pergi buka pintu eggie. Nanti diorang ketuk pintu sampai nak roboh pulak." Papanya bersuara.

Banyak lauk yang sudah terhidang di atas meja. Eggie mengangguk sebelum segera berlalu ke depan.

                         .。*♡☕.。*♡

Langit malam ditenung kosong.
Walaupun banyak bintang yang bergemerlapan di langit, ia tak mampu memberhentikan otaknya daripada terus overthinking tentang mommy dan tetamu yang sudah sampai tu.

Aku dikejutkan dengan sebuah kereta memasuki perkarangan rumah dengan perlahan. Hmm dua ekor ni ingat ke taknak balik dah. Geram. Langsir digenggam.

Aku keluar ke balkoni secara senyap. Wawa sedang berdiri di tepi motor mewah yang berwarna hitam.

"Psst! Woi!" Aku memanggil.

Mereka berdua menoleh sambil menunjukkan ke arah kereta dan motor itu. Aku menggeleng tanda tak tahu siapa diorang. Aku cuma minta diorang masuk cepat. Aku takkan turun kalau diorang tak naik ke atas. Takkan sesekali.

Aku tutup pintu balkoni bila rasa seram lain macam duduk di luar tu. Baju yang di tempah mahal dipandang. Buruk terus baju tu.

Dah macam masuk hutan lepastu calit lumut hijau dekat baju dengan sengaja. Itulah yang aku rasa. Betapa tak gunanya lelaki berambut blonde itu.

Pintu diketuk perlahan oleh seseorang. Kacaulah orang tengah meratap hiba ni. Aku bangun dan membukanya. Ternyata itu adalah mommy.

" Yup? Mommy... kenapa?"
Wanita itu tengah pandang aku macam aku dah telan Rambo hidup-hidup. Takut aku.

.*・。゚WHAT? MOTHER IN LAW?! .*・。゚Where stories live. Discover now