☆゚ Missing [69]☆゚

29 1 0
                                    

LANGIT cerah sudahpun melabuhkan tirai beberapa jam yang lalu. Angin yang menyerbu masuk membuatkan langsir di ruang tamu bertiup dan berkibar-kibar.

Kolam renang diperhatikan. Air yang jernih umpama kristal itu betul-betul menambat hati. Sangat cantik dan menenangkan. Fiyya duduk sambil mencelupkan sedikit kaki ke dalam permukaan air.

Rasa aman sekejap bila Reggie tak ada dirumah.

Jauh disudut hati, Fiyya risaukan dia juga. Sebabnya, Eggie keluar sebelum pukul 6 petang, ini dah malam pun belum balik. Entah kemana dia pergi pun tak tahu.

Bunyi ombak saling menghempas batu-batuan tidak pernah memberi rasa jemu di telinga gadis itu.

Jam dikerling. Agak lewat juga. Dah pukul 11 malam. Tapi, tak ada tanda-tanda Reggie mahu pulang.
Fiyya berdiri dan berkira-kira mahu masuk ke dalam rumah. Dia hanya mengenakan maxi dress yang dia pakai semasa hari pertama dia jejak kaki di vila ni.

Pintu ditutup rapat. Dia masih merenung kolam itu sambil duduk bersandar di sofa. Sesekali dia buka telefon dek bosan. Makan sudah, mandi sudah. Matanya tidak mengantuk sama sekali.

'TOK TOK'

Bunyi ketukan di pintu membuatkan Fiyya tersentak. Siapa pula malam-malam buta datang rumah ni? Sudahlah dia sorang aja. Lambat-lambat dia mendekat ke pintu masuk.

Baju yang agak melekap di badan menyukarkan dia untuk berlarike pintu.

Setelah menarik nafas sebanyak tiga kali, pintu dibuka dengan pantas sambil matanya dipejamkan. Manalah tahu, benda lain depan tu, tak ke naya? Seseorang sendawa kecil.

Reggie rupanya.

Fiyya berkerut.

"Awak ni kenapa? Bergaduh ke? Serabai je..."

Reggie sedang menggosok matanya berkali-kali sambil menggeleng.

"Hey... cinderella... What's up? For you."

Sejambak bunga tulip putih yang sudahpun layu dihulurkan.

Reggie melangkah masuk dan terus berlalu ke sofa. Cinderella?

Apa masalah jantan ni? Fiyya menutup pintu dan mendapatkan suaminya. Reggie sedang berbaring sambil tangan kirinya diletakkan di dahi.

Yang membuatkan Fiyya rasa agak pelik dan menakutkan adalah senyuman yang tak lekang dari bibir lelaki itu.

Matanya tak beralih daripada memandang Reggie dan sejambak bunga tulip yang sudah layu itu.
Apa motif nyah?

"Are you okay? What the hell is going on?" Dia berpeluk tubuh sambil berkerut.

Lelaki itu bangun dan mendekat.
Haa sudah. Fiyya berkerut dan menjauh.

"Could you please tell me what are you doing here?" Soalan yang tidak terduga keluar dari bibir lelaki itu.

Fiyya memeluk tubuh. Dia sedang berfikir-fikir tentang kemungkinan yang dapat dibuat.

"Wow... awak tanya saya apa saya buat dekat sini? I'm your wife... well kind of..."

Lelaki itu sendawa beberapa kali.

"I see... are you drunk? What the heck are you thinking?"

Kolar baju lelaki itu dicengkam dan digoncang laju.

Reggie berkerut rimas dan berdecit halus.

"Calm down... umm... what is your name? Ah I see Cinderella... I'm okay..." ujarnya dengan suara yang agak tidak jelas.

.*・。゚WHAT? MOTHER IN LAW?! .*・。゚Where stories live. Discover now