◖⚆ᴥ⚆◗ Flashbacks ◖⚆ᴥ⚆◗
" Oh no..kau?!" Lya tak percaya.
" Bee..kenapa bising-bising?"
Wanita tadi muncul." tak ada apa, Lya ni..nakal. kau boleh Naik." Tergesa-gesa wanita itu berlari meninggalkan ruangan berair itu.
" So..yeah it's me. Xin. Kau tak salah orang..aku benci kau Lya."
Kepalanya ditunjal kuat oleh Xin.
Lya hilang kata-kata. Gadis yang berdiri di hadapannya dipandang penuh tanda tanya." Why you do this?!!" Lya menyoal dan ingin menyerang Xin namun tubuhnya dihentak ke dinding.
Dia dah penat nak menangis.
Bahunya dicengkam kuat. Lukanya yang baru dibalut ditekan. Lya mengerang sakit." Aku dah bagi dia pada kau. Aku dah benarkan kau tinggal sebumbung dengan aku Xin..apa lagi kau nak?!" Lya menengking.
Anak mata Xin meliar memandang Lya dihadapannya. " Aku tak sangka kau macam ni..Darren tu kawan rapat kau kan? Jadi kenapa?!" Xin Naik rimas dengan suara tengkingan Lya.
" Darren sepatutnya hak aku. Tapi kau muncul dan rosakkan semuanya! Kenapa?! Kenapa kau rampas aku dari dia?!" Xin duduk di kerusi.
" Xin..kau tak boleh nak halang takdir Xin..kalau aku tahu kau cintakan dia..aku takkan kahwin dengan dia.." Lya melembutkan suaranya.
Xin tiba-tiba menangis. Lya berkerut menahan sakit. Perutnya juga Kian menyucuk dan pedih.
" Lepaskan aku xin..apa yang kau buat ni tak mendatangkan kebaikan pun..apa kau dapat?"
Xin menggeleng. Dia duduk menyilang kaki sambil menongkat dagu. Air mata gadis itu mengalir.
Lya hanya memerhati gelagat pelik dari Xin. Sungguh dia tak menyangka ini sebenarnya perangai Xin. Kalau dia tahu, tak adanya nak jemput Xin kerumah." Aku sendiri yang bunuh kakak aku. Xenni." Xin berkata-kata.
" K-kau bunuh dia?" Lya menyoal.
Dia mahu bongkar satu persatu.
Xin angguk kemudian ketawa mengekek." Kelakar kau tahu? Aku buat laporan kakak aku hilang..dekat sinilah aku kurung dia..lepas seminggu aku buang mayat dia dekat hutan sana..orang jumpa." Dia ketawa sambil menggeleng.
Gila. Psycho betul Xin ni. Kalau aku tahu, dah tentu aku dah bunuh dia malam aku kena culik tu. Lya telan air liur.
" Sehari lepas majlis pengebumian kakak aku, aku Gali balik kubur dia..aku bawa mayat tu balik keisini semula." Xin bangun dan berjalan mundar-mandir.
" Kenapa kau buat semua tu? Dia kakak kau..sanggup kau bunuh darah daging sendiri?" Lya mula risau akan nasibnya. Entah hidup atau mati.
" Aku buat semua sebab Darren.
Aku cintakan dia..tapi dia pilih Xenni..hmm..aku dengki. JADI AKU BOLEH BUNUH KAU KALAU AKU NAK FAHAM?!!!" Xin meluru lalu mengcengkam leher Lya.Lya menolak-nolak tubuh Xin agar cengkaman terlepas. Dia hampir kehilangan nafas. Xin melepaskan leher Lya. Dia ketawa kecil. Suka tengok Lya terseksa begitu.
Xin berjalan menuju ke pintu almari yang mengandungi mayat Xenni itu. Kelakuannya pelik.
" aku dah janji nak bagi kau kawan kan? I'm so sorry.." mayat yang sejuk itu dipeluk oleh Xin tanpa rasa takut dan jijik. Rambut Xenni yang kian memanjang itu dielus oleh Xin. Penuh kasih sayang.
Dah Gila agaknya Xin ni. " Kau perempuan paaaling bodoh aku pernah jumpa Lya..kau jemput aku tinggal sebumbung? Lagi mudah aku nak buat kau macam ni.. thanks.." Xin tersenyum sambil duduk di birai katil setelah pintu almari ditutup.
YOU ARE READING
.*・。゚WHAT? MOTHER IN LAW?! .*・。゚
RomanceIN EDITING Bila keluarga kau ada peraturan pelik dalam setiap perkara, be like : "Mommy dah buat keputusan untuk kahwinkan tiga orang puteri mommy secara serentak! Tak ada sesiapa boleh bantah!" - Puan Jazzlinda "Ugh... again? I don't want to take p...