MULUT ternganga luas disebabkan menguap. Keluar sikit air mata.
Baru puas. Kain selimut masih lagi membaluti tubuh. Dah macam popia basi dah.Mata dibuka perlahan-lahan sambil tangan kanan mencapai telefon. Gambar aku sedang memeluk Reggie digunakan sebagai wallpaper itu ditenung lama. Rindu pula dengan lelaki itu.
Padahal baru aja jumpa semalam.
Aku bangun lalu duduk menyandar. Banyak mesej daripada Reggie yang tak muak mengejutnya bangun pagi.Teringat pula aku mimpi peluk lelaki tu semalam. Boleh pengsan aku macam ni.
"Huaa! Husband orang ke apa ke, he is mine!"
Aku rasa nak lempang je Fiyya bila tak bagitahu aku mana dia pergi semalam sampai Reggie sanggup tinggalkan aku.
Aku gosok mata perlahan-lahan dan turun daripada katil. Sedikit regangan aku buat untuk membetulkan urat-urat yang sudah bersimpul. Awal pulak aku bangun.
Biasalah limited edition. Ceh. Baru harini bangun awal dah nak kecoh.
Sejak dua menjak ni aku selalu cemburu dengan Fiyya. Padahal sebelum ni okay aja. Entah apa yang dia buat dengan buah hati aku malam semalam? Aku nak halang pun tak boleh lah sebab diorang dah kahwin.
Aku terpaksa bergelar perempuan simpanan lah macam ni! Tak guna betul lah! Sekarang ni status penyondol tu aku dapat balik. Entah apa yang adik si Fiyya tu dah buat.
Habis orang hentam aku.
Kadang, panas hati juga dengan gadis itu. Sudahlah rampas kekasihnya, ni malukan dia pulak?
Cemburu! Sampai bila aku nak kongsi Reggie ni? Takdir. Aku geleng kepala sambil tersenyum bila teringat mimpi semalam.
Comel!
.。*♡☕.。*♡
DARREN membuka mata perlahan apabila menyedari pinggangnya dipeluk seseorang. Erat sekali.
Banyak missed call dari Xin. Rasa bersalah bertandang di lubuk hatinya.Dia tak bergerak langsung walaupun sedikit. Bimbang Lya terjaga. Gadis itu nampak penat dan berpeluh. Pelik, kenapa dia berpeluh? Oh Darren lupa pasang aircond. Kesian Minah ni.
Padanlah, siapa suruh kasar-kasar dengan orang?
Tak... tak ada apa pun berlaku semalam. Jari-jemari gadis itu dileraikan dari pinggangnya. Lya berpusing mengiring membelakangi dia. Darren rasa menyesal pulak alihkan tangan.
Dah macam menderhaka dengan isteri pulak. Eh terbalik.
Langsir yang menutupi kaca tingkap itu menghalang cahaya matahari daripada menerobos masuk. Kakinya menyentuh permukaan lantai yang sejuk. Dah rupa macam tidur atas ais pulak.
"Lya! Bangunlah! Aku lapar! Kau pergi la turun order makanan!"
Aku kejut dia dengan agak kasar.
Dia menekup telinga dengan bantal."Bangunlah!" Aku menjerit di telinganya. Satu penampar hinggap di pipi aku.
"Kau boleh diam tak? Semalam dah la berdengkur! Aku tak boleh tidur!" Dia membebel.
Darren memegang pipinya. Pedih. Merah.
Pagi-pagi makan penampar ye. Tak kenyang. Disebabkan geram.
Lelaki itu menarik tubuh genit itu agar berada dalam posisi duduk.Lya baring semula.
"Bangun lah! Teruk lah kau ni!"
Darren menarik langsir. Niatnya mahu gadis itu silau. Tapi terbantut sebab dia terkaku apabila gadis itu disuluh cahaya matahari pagi.
YOU ARE READING
.*・。゚WHAT? MOTHER IN LAW?! .*・。゚
RomanceIN EDITING Bila keluarga kau ada peraturan pelik dalam setiap perkara, be like : "Mommy dah buat keputusan untuk kahwinkan tiga orang puteri mommy secara serentak! Tak ada sesiapa boleh bantah!" - Puan Jazzlinda "Ugh... again? I don't want to take p...