DARREN masuk ke dalam rumah perlahan-lahan. Gelap dah. Dia tak sengaja balik lewat malam. Okay fine! Aku memang sengaja balik lewat. Telinganya tidak menangkap satu bunyi pun. Pintu dikunci. Hujan tidak terlalu lebat diluar.
Dahaga pula. Lampu dapur tidak dihidupkan. Terus aja dia meneguk air kosong. Dia habiskan masa di rumah Xin, atas permintaan gadis itu. Terasa ada sesuatu melintas di belakang. Laju kepalanya menoleh. Kosong. Tak ada apa-apa.
Darren menggeleng sambil menyuci cawan di sinki.
Lagi sekali bulu romanya tegak berdiri. Air liur yang ditelan terasa perit. Kerusi meja makan ditarik seseorang.
'KREEK' bunyinya.
Dia dapat dengar bunyi jantungnya berdegup kencang.
Jangan kacau aku. Dia membatukan diri. Macam mana kalau toleh nanti benda lain yang ada di depan? Setelah lama diam, sebuah lagi kerusi di tarik.
Terketar lututnya. Siapa? Laju dia berpusing sambil meraba-raba mencari suis lampu.
Matanya terpejam. Rapat. Belum sempat nak buka lampu, ada satu tangan yang memetik suis.
"Kau dari mana?"
Darren membuka mata. Jantan ni rupanya.
"Kau ni... terkejut aku! Aku dari luar lah..." dia berlalu duduk di kerusi.
Eggie dan Sebastian sedang merenung dia sambil berpeluk tubuh.
Sorang bersweater yang sorang lagi hanya bersinglet putih melekat di badan. Ingat seksi lah tu.
"Lewat kau balik, buat apa dengan Xin?" Eggie menyoal.
Darren berdecit kasar. Sibuk je nak tahu.
"Biarlah! Ni memandangkan semua ada dekat sini... ada siapa-siapa nak mengaku kalah?"
Dia memeluk tubuh sambil tersenyum kecil. Berlagak!
"Cinta tak boleh dihalang dude. you know it. But setakat ni... nothing happened. Aku risau, kau je yang looser nanti." Sebastian si mamat Romeo dah mula bersuara.
Eggie termenung, sedang melayan perasaannya sendiri.
"I think, I'm worry about something. Macam mana kalau kita sebenarnya tengah lepaskan benda berharga? I mean..." Eggie bersuara senelum dia menunduk pasrah.
Tak tahu macam mana nak terangkan apa yang dia rasa.
"Eggie, kau ni jangan nak merepek. Kau sendiri nak divorce. Kita ada masa beberapa bulan je lagi. Kau boleh kembali pada Rayne." Sebastian tersenyum.
Reggie mengeluh.
"I don't know... macam mana kalau dua-dua aku tak dapat?" Eggie menyoal Darren.
Lelaki itu sedang mengetuk-ngetuk meja. Malam-malam buta buat bising.
"So what? Banyak lagi perempuan dekat dunia ni, look, mama dengan papa dah rampas masa depan kita! Kau Darren, ah lupa apa dah jadi dengan Xenni?" Sebastian menghasut.
Eggie pula diam tak berkutik. Ya pun tak. Geleng pun tak.
"Tu cerita lama..." Darren menggeleng.
"Tujuan kita terima diorang just for one reason! Nak jaga hati mama and papa. That's all. Diorang pun tak nak perkahwinan ni terjadi lah." Sebastian tersenyum.
"Kau dah lupa semuanya? Kau dah lupa Xenni? Dia minta kau cari perempuan yang betul-betul sayangkan kau... orang tu adalah Xin. Dia maksudkan Xin. Perempuan tu ikhlas dengan kau Darry, tak ada satu pun sikap dia pada Lya, jauh beza, open your eyes."

YOU ARE READING
.*・。゚WHAT? MOTHER IN LAW?! .*・。゚
Ngẫu nhiênBila keluarga kau ada peraturan pelik dalam setiap perkara, be like : "Mommy dah buat keputusan untuk kahwinkan tiga orang puteri mommy secara serentak! Tak ada sesiapa boleh bantah!" - Puan Jazzlinda "Ugh... again? I don't want to take part in this...