☆゚ Bad Day[ 04 ] ☆゚

97 3 0
                                    

AKU tak boleh lupa cerita tentang kereta Fiyya yang terpaksa masuk bengkel hanya disebabkan masalah bateri. Pelik. Tukar jelah.

Seminggu jugalah dia terpaksa tumpang kereta aku dan wawa secara bergilir.

Kalau ikutkan jadual harian aku, petang khamis aku akan lepak dekat tasik yang tak jauh dari butik kesukaan aku. Georgia's Boutique.

Aku nak kesana lah ni. Baju yang aku tempah dah siap. Mahal kau tahu? Boleh bankrupt hidup.
Tapi aku sukakan barangan berkualiti. So aku tak kesah.

Ramai orang sedang beriadah di tepi tasik tu. Riuh jugalah. Ada yang main skateboard, skipping lah jogging lah. Berdating pun banyak choii.. ni kalau mak aku ni, mesti balik kena pulas kepala.

Ngeri.

Aku masuk ke dalam butik dengan senyuman yang menawan. Penjaga butik itu dah faham kenapa aku datang. Dia terus menyambut kedatangan aku.

"Sampai pun! Lama tau tunggu.."
Dia tergelak. Aku dah tak sabar ni.

"Duit saya dah transfer kan? Masuk tak? Mana baju tu?" Aku tersengih sambil menongkat dagu di meja kaunter.

Aku tertarik pulak dengan gaun merah bercorak strawberry yang nampak comel dari jauh.

"Tu keluaran terbaru ke?"
Aku tunjuk ke arah gaun tersebut.

"Ya! Nah pergi cuba." Mrs.Georgia
menghulurkan sehelai dress yang masih berbalut plastik. Aku nak jerit tapi aku tahan. Inilah baju yang aku tempah tu!

" Thank you!"

Aku terus berjalan masuk ke dalam bilik persalinan. Aku kira apa, aku beli, so aku nak pakai sekarang.
Aku dah bawa satu beg kecil untuk letak baju aku.

Material kain yang lembut mengenai kulit aku apabila disarung ke badan. Aku tersenyum teruja. Kain mahal sentuh kulit... biasalah!

Aku amati pantulan imej pada cermin besar tu. Ada sedikit ropol-ropol di bahagian dada dan sedikit lace di menghiasi pergelangan tangan gaun itu.

Cantik! Dress putih bersih. Simple.
Sempat lagi aku mengoleskan pelembab bibir dan sedikit blusher di pipi. Baru ada seri. Aku keluar dari situ bersama beg di tangan.

"Cantiklah! Eh ambil dress corak strawberry tu sehelai." Seorang pekerja menurut.

Satu kad kredit disuakan. Pembayaran selesai.

"Baju dekat butik Mrs.Georgia memang memuaskan hati! Okay saya balik dulu ya?" Dress bercorak strawberry yang sudah dimasukkan ke dalam beg khas berwarna pink lembut tu aku ambil.

Elok je aku melangkah keluar, suara riuh-rendah menyapa telinga. Satu perkataan yang aku dengar iaitu...

'ketepi!'

Aku dengan blur menoleh ke arah Kiri. Seorang lelaki dengan palette lukisan yang penuh warna sedang melayang ke arah aku. Lebih tepat lagi tengah meluncur laju ke arah aku dengan sebuah skateboard di kaki.

Please not now.

"Move!" Suara garaunya menjengah ke telinga.Aku tiba-tiba keras dekat situ. Peratus nak mengelak dah tak ada.

'BOOM'

Dia jatuh menghempap aku. Anak matanya menikam renungan aku. Ingat drama ke?!

"Arghh! Baju aku! Get off from me!" Aku menolak dadanya.

Baju aku dah berubah warna kepada warna biru dan hijau. Rahang bergetar menahan geram.
Lelaki itu berdiri sambil meminta maaf dan menghulurkan tangannya untuk bantu aku bangun.

.*・。゚WHAT? MOTHER IN LAW?! .*・。゚Where stories live. Discover now