☆゚Star [ 47 ]☆゚

22 2 0
                                    

Terngiang-ngiang apa yang diberitahu oleh Amelia petang tadi. Serta-merta perasaan geram menyerang diri. Dia perlu cari Masa yang sesuai untuk maklumkan perkara itu pada Reggie.

Dia tak mahu lelaki itu ditipu hidup-hidup dengan kebahagiaan palsu yang direka oleh gadis licik itu. Kenapa nasib Reggie malang sangat dapat perempuan macam Fiyya tu?

Dia dikejutkan dengan suara pintu bilik air dibuka. Terpacul wajah Lya di muka pintu. Bibir gadis itu terketar-ketar disebabkan sejuk.
Pajama kain satin berwarna merah hati tersarung di badan Lya.

Gadis itu langsung tak menegur.
Terus je berjalan masuk ke dalam rumah. Darren jeling kemudian dia masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

                   .。*♡☕.。*♡

Tingkap bilik dibuka perlahan. Angin malam menyerbu masuk mengenai wajah. Sekali-sekala Fiyya menoleh memandang suaminya yang sedang sibuk melayan telefon. Mungkin ada kerja.

Dia ralit memandang langit yang ditaburi dengan bintang-bintang yang bergemerlapan. Niat sebenarnya nak mandi, tapi Lya macam belum Siap. Dia malas nak tunggu di luar tu. Sebagai seorang anak sulung, dia kenal benar dengan sikap adik-adiknya.

Lya mendadak berubah. Siapa je tak geram dengan Darren? Dia yakin, semua orang geram dengan lelaki itu. Tapi, dia tak ada hak nak masuk campur urusan rumah tangga diorang. Tambah-tambah Darren pandang dia macam nak mengamuk.

" Kau taknak mandi? Dah pukul berapa ni? Ke saja nak tunggu aku?" Suara Reggie menyedarkan gadis itu daripada termenung.

" Mana ada..Lya belum siap..nanti aku pergi mandi lah..kau tu kotor-kotor sedap je eh duduk atas kusyen? Siapa yang nak mengemas? Aku juga.." dia membebel sambil mengatur langkah ke kusyen.

Reggie hanya merenung gadis itu yang sedari tadi terkumat-kamit bibirnya. " Siapa suruh kau kemas? aku tak suruh kan?" Dia memeluk tubuh sambil duduk di kusyen yang lain. Sengaja dia angkat kaki dan gesel-gesel bahagian seluar yang terkena lumpur di kusyen.
Biar Kotor. Nak membebel sangat kan?

Fiyya menjeling kemudian mencekak pinggang. " Eggie! Please stop doing that stuff..penat lah! Ingat ni kusyen rumah mama ke?" Meyampah pula tengok muka suaminya yang selamba sengih sambil memandangnya atas bawah. Kau scan apa?

" Lumpur dekat muka tu nak suruh Nek Som basuhkan ke? Dari petang tadi lagi.." Reggie menunjukkan tepi bibirnya. Gadis itu berkerut.
" lumpur? Sejak bila-"
Dia terhenti daripada berkata-kata.
Segera dia meraba-raba tepi bibirnya.

" Sini duduk.." kusyen kosong disebelah lelaki itu ditepuk perlahan. Fiyya teragak-agak nak duduk atau tidak. Mana muat. Ingat bontot dia kecik ke? Sajalah mamat ni!
" Duduklah!" Tangannya ditarik kasar. Duduk lah jugak even hati berdebar lain macam. Korang takkan faham!

" Are you okay? ni kenapa tiba-tiba nak moody ni?" lelaki itu menyoal sambil mendekatkan wajahnya dengan gadis itu. Tangan kirinya Naik menyuci kesan lumpur di tepi bibir isterinya. Terkebil-kebil dia ketika itu. Kenapa dengan lelaki ni?
Aishh!

" Kalau tak okay bagitahu kenapa..
I'm your husband.." ujarnya lagi. Suaranya yang garau itu membuatkan gadis itu tak tentu arah. Seksi! Okay sabar! Fiyya cuma menelan air liurnya sambil merenung tingkah-laku Reggie.
bibirnya terasa disentuh dengan perlahan.

" I'm okay..sorry..aku tak bermaksud nak moody dengan kau..aku cuma..you know.." tergagap-gagap gadis itu. Nak susun ayat pun tak betul dah. Reggie cuma ketawa. Tangannya mengusap lembut kedua-dua belah pipi isterinya. Kau Gila ke? Ni Kali pertama dia buat macam ni. Kalau sebelum ni, maunya makan penampar.

.*・。゚WHAT? MOTHER IN LAW?! .*・。゚Where stories live. Discover now