Bab 1

264 16 0
                                    

"Cantik Han, nice. Kita buat lagi 2 set then it's a wrap!" Kata jurugambar sebelum kembali menekan butang di kamera Canon EOS 1300D miliknya tanpa henti

Hania Nura memberikan senyuman gembira sebelum dia kembali menayangkan muka yang serious dan membuat pose bagi mempercepatkan lagi sesi bergambar pada hari ini

Jam telah menunjukkan 5.45 petang, Hania yang sedang berehat di bilik solek di studio itu meneguk air mineral yang diberi oleh pembantu studio. Dia meletakkan kembali botol mineral di atas coffee table sebelum dia merehatkan kepalanya di sofa sambil menutup mata

"Eh Hania, dah lama tak jumpa. Sihat ke atau masih kemurungan lagi?" Satu suara menyapa dengan nada yang memerli

Hania Nura mengangkat kepala nya sebelum menjelingkan matanya keatas dan nengeluarkan sedikit keluhan "Apa yang kau nak? Tak puas lagi ke apa yang kau dapat? By the way apa kau cakap? Kemurungan? Hah hello , yang kemurungan tu kau bukan aku." Balas Hania Nura

"Bukan kau ke yang terkurung kat dalam sangkar? Bila dah lepas , melalak pulak kat sini." Bidas nya lagi

Ireen Arina mengetap bibirnya setelah mendengar kata-kata yang dikeluarkan dari mulut Hania Nura "Tak kisah la apa kau nak cakap, janji aku dapat apa hak kau." Balas Ireen sambil tersenyum sinis

Hania Nura yang mendengar kata-kata gadis dihadapannya itu terus bangun dan mengeluarkan ketawa sebelum membalas "Maksud kau sisa aku ke? Halah setakat jantan tak seberapa tu banyak lagi la lelaki jauh lebih baik dan helok dari dia tu." Sengaja Hania Nura menekankan perkataan Helok yang disebutnya tadi

"Kau ingat aku kesah? Makan , pakai pun dari duit aku ada hati nak curang. Ha elok la kau kutip jantan kurap tu, kau bela dia elok-elok ya. Adios!" Hania Nura mencapai beg tangannya kemudian berjalan menuju ke pintu keluar membelakangi Ireen Arina sambil tangannya melambai

Beberapa staff di situ menahan ketawa apabila melihat muka Ireen Arina yang merah menahan amarah nya

"Korang tengok tengok apa?!" Tempik Ireen Arina setelah sedar beberapa pasang mata memandang kelakuannya

Mereka yang mendengar terus mengetap bibir sebelum berlalu dan menyambung kerja yang mereka lakukan

'Kau tunggu Hania, ni baru permulaan.' Kata Ireen Arina didalam hati

___________________

"Abang , dalam jadual Han harini ada apa-apa aktiviti lagi ke?" Tanya Hania Nura sambil melayari Instagram di dalam Iphone 13 Pro Max miliknya

"Takde dah, you're free and easy." Kata Rayyan Haris , PA merangkap Manager kepada Hania Nura setelah jejaka itu meneliti jadual Hania di dalam Ipad

Sejak pertama kali Hania Nura menceburi bidang permodelan, Rayyan Haris telah menjaganya sehingga sekarang. Jadual harian dan jadual kerja Hania Nura juga diteliti oleh Rayyan sebelum dia memaklumkan kepada Hania

Bukan itu sahaja, makanan harian Hania juga dijaga baik oleh Rayyan Haris memandangkan gadis itu adalah satu satunya puteri dan anak bongsu kepada Datuk Seri Hamzah Ilias dan Datin Seri Nadhra Safiya. Disebabkan kedua ibu bapa Hania Nura sibuk dengan perniagaan mereka, sejak kecil lagi gadis itu kurang perhatian dari mereka. Satu-satunya tempat dia bermanja adalah abang yang disayanginya iaitu Haider Nazir.

Haider Nazir adalah seorang yang penyayang dan pandai melayan kerenah manja adiknya , Hania. Tetapi disebabkan Haider Nazir tiada di tanah air buat masa ini, tempat ganti manjanya adalah Rayyan Haris. Perwatakan dua jejaka ini seakan sama membuatkan Hania Nura selesa dan senang dengannya.

The Teaser and Her LoverWhere stories live. Discover now