Terasa seperti tubuhnya dipeluk erat dari arah belakang, wangian perfume yang sangat dikenali menyapa rongga hidungnya. Dengan perlahan mata dibuka, sebelum menghembuskan keluhan dia memandang tangan yang memeluknya
Cincin perkahwinan mereka yang dipakai sang pemeluk tubuhnya itu ditatap seketika kemudian disentuh dan diusap lembut "Dah nak masuk 4 bulan dah kita kahwin, tapi saya tak betul-betul kenal pun siapa awak."
"Kenapa awak tak nak cerita pasal hidup awak kat saya, awak selalu rahsiakan."
"Bila saya tanya, awak kata nanti. Bila saya merajuk..."
"Awak tak pujuk pun..." Tiba-tiba dadanya terasa sebak, air matanya bertakung lalu jatuh ke pipi mulusnya
"Awak betul ke sayang saya? Kenapa awak tak pujuk saya?" Luah Hania Nura lagi
"Saya nak awak pujuk saya. Saya boleh terima kalau awak tak romantik... tapi cuba la pujuk saya dan ambil hati saya."
"Saya nak rasa kasih sayang awak." Makin lebat air mata Hania Nura, tersedu sedan dia menangis
"Saya minta maaf sayang." Suara serak Tengku Syed Emir menyapa gegendang telinga Hania Nura, terasa hembusan nafas hangat jejaka itu di telinganya
"Bukan saya tak nak pujuk awak, saya cuma bagi awak masa dan ruang untuk bertenang." Pelukan diperkemaskan dan dieratkan lagi
"Saya minta maaf kalau tindakan saya buatkan awak fikir lain. Saya sayang isteri saya ni, awak sorang je yang berada dalam hati saya."
"Tak ada orang lain dan tak akan ada pengganti." Bibir dilabuhkan diatas bahu Hania Nura yang terdedah
"Pasal Rose, esok saya cerita semuanya pada awak. Sekarang kita tidur ya? Saya tau sayang saya ni penat." Pipi mulus Hania Nura pula dicium sebelum dia mengalihkan tubuh Hania Nura untuk memandang dirinya
Air mata Hania Nura diseka lembut menggunakan ibu jari sebelum satu ciuman dihadiahkan diatas dahi licin Hania Nura diikuti dengan kedua kelopak mata gadis itu
"Saya minta maaf ya sayang? Sebab jadi punca awak menangis. Saya janji saya akan cerita semuanya pada awak esok." Rambut Hania Nura dibelai, mata ambernya menikam lembut ke dalam anak mata coklat gelap Hania Nura
"Janji? Awak cerita pada saya esok?" Jari kelingking disua pada Tengku Syed Emir
"Janji my love." Jari kelingking Hania Nura disambut sebelum mereka berdua mencium ibu jari masing-masing tanda Janji telah dimetrai
"Rindu incik shubend saya. Hm." Hania Nura mencebik lantas memeluk erat tubuh Tengku Syed Emir sebelum hidungnya digesel pada leher jejaka itu, menghidu wangian kegemaran yang dipakai jejaka itu.
Setiap wangian yang dipakai Tengku Syed Emir pasti akan menjadi kegemaran Hania Nura dan setiap pagi sebelum suaminya bergerak pergi ke kerja pasti dia akan memeluk erat tubuh Tengku Syed Emir hanya untuk menghidu wangian dari tubuh badan jejaka itu
Tidak tahu mengapa setiap wangian yang dipakai Tengku Syed Emir, tubuh badan jejaka itu pasti menghasilkan baunya tersendiri. Ada yang kata itu adalah keistimewaan setiap lelaki, kerana hormon yang dihasilkan dari tubuh badan mereka
"Saya pun rindu sangat kat isteri saya ni, sejak dua menjak ni asyik cengeng je." Pelukan Hania Nura dibalas
"Hm awak ni, merajuk la kalau macam tu." Baru sahaja Hania Nura ingin melepaskan pelukan, laju saja tangan Tengku Syed Emir menahan sebelum dia meletuskan tawa kecil
"Alololo, sorry sorry. Saya gurau je, kita tidur eh?" Sebelah tangannya mengelus rambut Hania Nura
Gadis itu tersenyum didalam dakapan hangat Tengku Syed Emir, rindu pada suaminya tidak terkata. Walaupun hanya beberapa hari tidak dapat memeluk tubuh Tengku Syed Emir, bagai rasa nak gila dibuatnya!
YOU ARE READING
The Teaser and Her Lover
RomantizmSyed Emir Aayn seorang yang pendiam dan pemalu dengan orang-orang disekelilingnya tetapi cekap dan teliti dalam pekerjaan. Namun kehadiran seorang gadis bernama Hania Nura telah membuat Syed Emir Aayan berubah perwatakannya dan cara gaulannya dengan...