Vroom! Vroom!
Kedengaran bunyi ekzos kuat motosikal berkuasa tinggi memandu laju kearah Hania Nura, gadis itu terkaku seketika tidak mampu bergerak
"Hania!! Watch out!!"
Hampir sahaja motosikal itu merempuh tubuh Hania Nura tetapi sempat ditarik ketepi oleh seseorang membuatkan tubuh badannya terdorong ke arah jejaka itu
"Are you okay?"
"Huh" Fikiran Hania Nura kembali tersedar apabila suara itu menyapa dirinya, dia segera mendongak melihat gerangan siapakah yang menyelamatkannya
"I'm asking you, are you okay or not?" Tanya jejaka itu lagi
"Y..ya I'm okay. Thank you." Jawab Hania Nura seraya menjauhkan diri dari jejaka itu
Jejaka itu membongkok mencapai telefon pintar milik Hania Nura yang terjatuh semasa motosikal tadi cuba merempuh gadis itu, Hania Nura segera mengambil telefonnya setelah jejaka itu menghulur
Dahinya berkerut memandang jejaka itu hairan setelah meneliti wajah tampan milik jejaka yang berada dihadapannya, 'Macam kenal je mamat ni, tapi kat mana eh?'
"You tak ingat I ke?" Tanya jejaka itu, Hania Nura hanya menggeleng kepala
"It's me, Tengku Aideen. Emir's cousin, remember? Kita pernah berjumpa sekali kat istana dulu."
"Oh! Ok saya ingat. Sorry. And thank you selamatkan saya." Hania Nura senyum segaris pada jejaka yang telah menyelamatkannya
Tengku Syed Emir pernah bercerita tentang sepupu-sepupunya, mereka sering bergaduh mulut malah pernah gaduh bertumbuk. Mungkin kerana sifat mereka jauh berbeza, tapi apa yang dilihat Hania Nura sebentar tadi sepupu Tengku Syed Emir tidak lah sejahat yang disangkakan
Jika Tengku Aideen orang yang jahat, mana mungkin dia menyelamatkan Hania Nura tadi, bukan?
"It's okay, you should've eyes on your surroundings. Bahaya kalau you jalan menonong je." Kata Tengku Aideen, Hania Nura mengangguk kepala tanda faham akan nasihat yang diberi oleh jejaka itu
"You sure ke yang you ok ni? If not then I boleh tolong hantar you balik." Tanya Aideen sekadar mahu memastikan bahawa gadis dihadapannya itu baik baik sahaja
"Yes I'm sure, I boleh balik sendiri."
"Betul ni?"
"Ya betul. Thank you so much tau Aideen, sebab tolong I. I got to go, Emir tunggu I dekat rumah."
'Haih cepat la aku dah penat mendongak tengok kau ni! Lenguh tengkok aku!' Bisik hati Hania Nura, mana tidaknya sejak tadi lagi dia mendongak kerana memandang jejaka tinggi lampai itu.
Ingatkan suaminya sudah cukup tinggi, malah ada lagi yang lebih tinggi dari Tengku Syed Emir! Nasib baik la kacak seperti artis luar negara!
"Okay if you insist, take care of yourself."
"Bye!" Nada dinaikkan sedikit dek kerana jarak mereka yang semakin menjauh, langsung sahaja Hania Nura memasuki kereta Mini Cooper miliknya dan l mengunci pintu kereta itu
"Fuh! Ya Allah, terima kasih kerana selamatkan aku tadi Ya Allah!" Wajah diraup sebelum menghembuskan nafas lega, tidak dapat dibayangkan jika dia dilanggar motosikal tadi dengan kelajuan yang maksima dipandu oleh pemandu motosikal itu tadi, nasib baik lah ada Tengku Aideen yang menyelamatkannya
Setelah memastikan semuanya selamat, dengan perlahan Hania Nura menukar kepada gear D sebelum pedal minyak ditekan untuk beredar dari situ
___________________
YOU ARE READING
The Teaser and Her Lover
RomanceSyed Emir Aayn seorang yang pendiam dan pemalu dengan orang-orang disekelilingnya tetapi cekap dan teliti dalam pekerjaan. Namun kehadiran seorang gadis bernama Hania Nura telah membuat Syed Emir Aayan berubah perwatakannya dan cara gaulannya dengan...