Bab 2

158 14 0
                                    

Seminggu kemudian

Hania Nura yang sedang baring diatas katil mengerang kesakitan apabila perutnya terasa seperti dipulas kuat

Iphone 13 Pro Max miliknya berdering sebelum dia mencapai telefon di meja sisi katil itu dan menekan butang hijau, kedengaran suara yang dikenali "Hello Han? Han kat mana? Kenapa abang whatsapp Han tak balas?"

"A..abang R..rayyan. T..tolong Han s..sakit." Suara Hania Nura yang menahan kesakitan itu membuatkan Rayyan Haris terasa cemas

"Han kenapa ni?! Abang datang sana sekarang!" Rayyan Haris mencapai kunci kereta miliknya sebelum gegas keluar dari apartment milik jejaka itu

Hospital Besar Kuala Lumpur

Hania Nura membuka matanya perlahan, siling putih ditatap seketika sebelum memandang ke arah sisi kiri. Terlihat lelaki tinggi lampai memakai gaun doktor berwarna putih terletak elok dibadannya, rambut coklat lelaki itu didandan rapi dengan gaya rambut Ivy League sedang sibuk membelek kertas laporan yang berada ditangannya

Cukup membuat semua gadis cair melihatnya , termasuk Hania Nura sendiri 'Handsome jugak doktor ni.' Dia tersenyum sendiri

"Awak tau tak awak kat mana ni?" Doktor itu berseuara sebelum memandang Hania Nura

"T..tau. Hospital." Hania menjawab dan dibalas dengan anggukan doktor itu

"Awak keracunan makanan, ingat lagi tak makanan terakhir yang awak makan sebelum sakit perut?" Tanya doktor itu lagi

Hania Nura berfikir seketika sebelum menggelengkan kepala, 'Eh kejap, kenapa suara doktor ni macam pernah ku dengar?' Berbisik sendiri

Zap!

Ingatannya kembali teringat kepada jejaka kurang adab yang dia jumpa ketika di airport haritu "Eh bukan awak ni ke yang langgar bahu saya di airport seminggu yang lepas? Awak kan?!" Sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah lelaki itu

Doktor itu berfikir seketika sebelum membulat matanya melihat Hania Nura , muka gadis itu seakan menahan marah atau dendam? Mungkin?

"Er.. Awak ke perempuan yang bising tu?" Doktor itu menggaru kepalanya yang tidak gatal

Mulut Hania terbuka tidak percaya dilabel 'perempuan bising' sebelum dia menjelingkan matanya kearah jejaka yang berada dihadapannya

"Eh hello?? Kalau tak awak langgar saya haritu, kalau tak disebabkan kopi tu tertumpah ke baju saya. Takde nya saya nak bising lah!" Tempik Hania Nura

"S..saya minta maaf. Saya tak berniat nak langgar sesiapa pun cuma masa tu saya sedikit rushing. Saya minta maaf lagi sekali, saya akan bayar ganti rugi untuk baju awak." Tunduk jejaka itu  atas tanda maaf kemudian memandang Hania Nura dengan muka bersalah

Hania yang melihat kelakuan jejaka tinggi lampai itu sebelum mereka saling berbalas pandangan seketika, dia yang merasa pipinya memanas terus mengalihkan pandangan ke sisi lain

'Aduh mat, dia buat muka cenggitu. Cair la aku macam ni dengan style rambut aku minat pulak tu. Aduh mat' tangan kanannya mencengkam cadar katil itu kuat sebelum menghembuskan nafas kemudian kembali melihat jejaka itu

"Kalau macam tu..... Saya nak dinner." Hania berhenti seketika sebelum menyambung ayatnya

Kelihatan jejaka itu mengerutkan dahi seperti pelik dengan apa yang diperkatakan oleh Hania "D..dinner? Maksud awak?"

"Yelah, dinner. Awak kata awak nak bayar ganti rugi baju saya haritu, jadi... awak bayar dengan 1 makan malam la." Balas Hania sambil memberikan muka tidak bersalahnya itu

Padahal dalam hatinya dia berdoa agar doktor itu menerima permintaannya. Bukan apa, sudah lama dia tidak pergi keluar makan malam berdua dengan mana-mana lelaki selain pengurusnya, Rayyan Haris. Terasa debaran didada menunggu jawapan dari jejaka itu

_________________

Rayyan Haris yang baru sahaja selesai dengan tugasnya di office , datang melawat Hania Nura yang ditahan di hospital untuk beberapa hari. Teringat kembali pada malam dia menelefon gadis itu, bagaimana susah hati dan cemas dia ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tau

Hania Nura yang dianggap seperti adik sendiri dijaga dengan baik olehnya, sedikit calar pada tubuh gadis itu siap lah siapa yang dalang atau puncan kepada calar itu. Hania adalah satu amanat yang diberi oleh Haider Nazir sebelum dia berangkat pindah ke luar negara bagi menjaga syarikat keluarganya di Australia

Rayyan Haris yang berjalan menuju kearah bilik VVIP di hospital itu membuka pintu bilik kemudian melangkah masuk. Namun sebaik sahaja dia melangkah masuk, terlihat Hania Nura yang sedang tersenyum seperti kerang busuk sambil menatap kad yang dipegang tinggi olehnya

"Tersenyum tengok apa tu? Dah macam kerang busuk abang Rayyan tengok."

"Han ada dinner date." Balas Hania tanpa menoleh kearah Rayyan Haris

"Hah? Dinner date dengan siapa?" Tanya Rayyan lagi

"Syed Emir Aayan." Mata Hania masih tetap memandang bisnes kad yang dipegang sejak tadi

'Tak lenguh ke tangan budak ni?' Bisik Rayyan Haris dalam hati

"Syed what? Apa panjang sangat nama dia? Mana Han kenal dia?" Bertubi-tubi soalan yang dikeluarkan oleh Rayyan

"Ish abang ni, Syed Emir Aayan lah. Doktor yang rawat Han tu." Jawab Hania Nura sebelum berpaling ke arah Rayyan

Rayyan Haris yang baru sahaja meneguk air mineral yang dibelinya tadi tersembur memercik sedikit ke arah Hania memandangkan Rayyan duduk di kerusi bersebelahan katil Hania Nura

"Eeeee!! Apa abang Rayyan ni!! Pengotor lah!!" Hania memukul bahu Rayyan Haris kemudian dia menyeka lengannya di bahu Rayyan

Jejaka itu memandang Hania Nura tidak percaya 'Aku baru tinggal sekejap, dah dapat dinner date? Kalau aku tinggal sebulan ni entah- entah dah kahwin aku rasa budak ni' Rayyan Haris berkata dalam hati

The Teaser and Her LoverWhere stories live. Discover now