Bab 34

81 9 0
                                    

Sebelum kejadian...

Tengku Syed Emir meneliti laporan-laporan yang berada di atas meja kerjanya, mejanya penuh dengan fail-fail laporan pesakit. Dia perlu membuat kajian tentang pesakitnya untuk menambah ilmu didada

Perkataan didalam laporan dibaca satu persatu sebelum dia menaip semula di dalam komputer kerjanya, pakcik Google menjadi teman dan guru kepada kajiannya. Maklum lah, internet je yang paling cepat untuk mencari sesuatu benda, nak pergi perpustakaan tiada masa pula!

Kerjanya terhenti apabila deringan dari telefon pintar menyapa gegendang telinganya

'Rose'

Nama yang tertera pada skrin telefon pintarnya, tanpa teragak-agak Tengku Syed Emir mengangkat panggilan

"Hello Emir? Tolong I boleh? Emergancy sangat ni."

"Kenapa ni Rose? You okay tak ni?"

"Kepala I sakit sangat, tolong I please. I rasa macam nak pengsan sangat ni."

"You kat mana ni? Kejap I datang."

"I.. I sent location dekat chat."

Dengan itu panggilan dimatikan, pantas Tengku Syed Emir mengemas barang yang perlu dibawa sebelum kunci keretanya dicapai

___________________

"Kau buat apa kat sini?" Tanya Tengku Syed Emir setelah pandangannya disapa dengan sosok tubuh Tengku Mukhriz

"Mir.." Suara Tengku Rosabella kedengaran memanggil

Tengku Mukhriz hanya sekadar memutarkan matanya keatas menjeling Tengku Syed Emir sebelum memberi ruang kepada jejaka itu untuk masuk ke dalam rumah agam tersebut

Kelihatan sosok tubuh milik Tengku Rosabella yang sedang baring diatas sofa di ruang tamu

"Kenapa ni Rose?" Tengku Syed Emir meletakkan beg peralatannya di atas lantai

"Kepala I ni sakit sangat. I tak tau kenapa, lepastu asyik rasa mual je." Tengku Rosabella memicit kepalanya yang tidak sakit

Ya memang betul! Sebenarnya ini semua adalah rancangan Tengku Rosabella untuk mengalihkan perhatian Tengku Syed Emir, dia tidak mahu Tengku Syed Emir pergi mendapatkan Hania Nura jika dia dapat tahu tentang kejadian tadi. Dan ini juga dapat dijadikan alasan untuk dia membela dirinya nanti

"You ada cirit birit ke?" Tanya Tengku Syed Emir, dibalas dengan gelengan Tengku Rosabella

Setelah usai memeriksa Tengku Rosabella dan ubat juga telah diberikan, Tengku Syed Emir membiarkan gadis itu berehat di ruang tamu di rumah milik keluarga Tengku Rosabella

"Care jugak kau dekat Bella eh?" Tengku Mukhriz yang bersandar di dinding memerhati gerak geri Tengku Syed Emir sejak tadi

"Dah dia sepupu kita, apa masalahnya?"

"Sepupu ke atau kau memang pernah anggap dia lebih?"

Tengku Syed Emir tidak mengendahkan soalan yang datang dari Tengku Mukhriz malah dia mencapai telefon pintar didalam beg kerjanya

12 Missed Call

'Dah kenapa banyak sangat missed call ni?' Dia kemudiannya mendail kembali nombor Tawfeeq Talha tapi belum sempat berdering telefon pintarnya sudah menjadi gelap

The Teaser and Her LoverWhere stories live. Discover now