Bab 9

131 12 0
                                    

Sudah beberapa minggu kelibat Tengku Syed Emir tidak kelihatan di kawasan Hospital Besar Kuala Lumpur, Tawfeeq Talha memberitahu bahawa rakannya itu sedang menjalani kursus di luar negeri. Mungkin kerana itu satu chat yang dihantar oleh Hania Nura tidak dibalas, busy mungkin

Gambar Tengku Syed Emir yang berada di dalam telefon ditatap sayu kemudian dirapatkan ke dadanya "Ya Allah, kemana saja langkahnya, restui dia. Dimana saja dia berada, lindungi dirinya. Apa saja dia lakukan, mudahkan urusannya" Doa diucap oleh Hania Nura

Sungguh dirinya merindui Tengku Syed Emir yang kini sudah bergelar tunangnya namun sejak mereka diikat, tidak lagi mereka bersua muka membuatkan rindu didalam hati Hania Nura makin membuak-buak. Dia kemudiannya memandang kearah tasik yang berada dihadapan, beberapa ekor itik mencuri pandanganya

"Jauh termenung?" Satu suara menyapa dari arah belakang, Hania Nura mengalih pandangan ke arah jejaka yang sedang melangkah kearahnya seraya melabuhkan punggung bersebelahan dengannya

"M..macam mana awak tau saya kat sini?" Soal Hania Nura sebelum mengalih pandangan ke arah lain

"Saya ada banyak mata-mata, lagipun club golf ni kan memang tempat family saya."

Memang diakui Club Golf ini adalah tempat perkumpulan kerabat-kerabat dan orang-orang ternama, Hania Nura juga sudah terbiasa untuk menghabiskan waktu terluangnya disini apabila mengikut Datuk Seri Hamzah bermain golf bersama rakan-rakan sebusinesses papa nya

Hania Nura sekadar mengangguk perlahan sebelum bertanya lagi "Bila awak balik?"

"Baru je tadi, terus saya datang sini nak tengok tunang saya." Tengku Syed Emir tersenyum manis sambil melihat gadis disebelahnya

"Baru sekarang awak nak datang tengok saya? Saya chat pun awak tak balas, saya missed call awak tak call balik." Luah Hania Nura tanpa memandang Tengku Syed Emir

"Maafkan saya, saya tak sempat nak pegang phone sebabkan masa saya terhad kat sana. Saya takde niat nak buat awak tertunggu-tunggu." Rayu Tengku Syed Emir dengan nada yang lembut membuatkan hati seorang Hania Nura lemah apabila mendengarnya

"Tak nak! Saya tak nak kawan awak!" Sebik Hania Nura sebelum mengalihkan tubuhnya membelakangi jejaka itu

"Alololo, merajuk-merajuk ni nak apa? Nak cendol?" Sakat Tengku Syed Emir sebelum dia melepaskan tawa kecil

Hania Nura segera memukul bahu tegap tunangnya itu "Eee awak ni! Saje eh balas dendam?" Kata Hania Nura apabila dia merasakan dirinya diperli

"Sorry.. Sorry.. Jom teman saya makan nak? Lapar la dari pagi tak makan lagi." Lembut suara Tengku Syed Emir menutur kata kemudian dibalas dengan anggukan dari Hania Nura

___________________

"Terima kasih teman saya makan harini, nanti kita keluar cari barang persiapan majlis kita pulak ya?" Kata Tengku Syed Emir

Mereka yang berada didalam kereta Audi R8 milik Tengku Syed Emir sudah pun sampai di lobby condo milik Hania Nura

"M..majlis apa?" Kali ini Hania Nura pula yang tergagap menutur kata, Tengku Syed Emir tersenyum.

'Comel!' Bisik hati Tengku Syed Emir

"Majlis kahwin kita la, takkan awak dah lupa awak tu tunang saya? Ke awak tak nak kahwin dengan saya?" Kedua belah kening Tengku Syed Emir diangkat seraya memandang ke gadis disebelahnya

"A..awak ni. Mesti la saya nak." Memerah muka Hania Nura setelah menjawab soalan dari tunangnya

"Dah la, saya naik dulu. Bye." Segera Hania Nura membuka pintu tetapi terhenti apabila suara romantis Tengku Syed Emir

The Teaser and Her LoverWhere stories live. Discover now