"Emir!!!"
Perempuan yang tadinya sedang sakan mencium-cium leher milik Tengku Syed Emir, terkejut dengan terjahan suara dari arah pintu masuk bilik hotel itu, lantas memalingkan badan memandang ke arah suara tadi
"Kau perempuan?!!!" Makin berang Hania Nura jadinya setelah melihat gerangan siapa yang berdua-duan bersama suaminya
"Kau ni memang tak guna kan!!" Hania Nura segera menarik rambut Ireen Arina supaya jauh dari Tengku Syed Emir
Rambut yang ditarik Hania Nura direntap dengan kasar menyebabkan tubuh Ireen Arina terdorong kearahnya sebelum menolak tubuh Ireen Arina jatuh ke lantai
"Apa lagi yang kau nak dari aku ni?!!!" Amuk Hania Nura, dadanya turun naik dengan laju. Tangannya menggigil dengan hebat, sudah lama dia tidak mengamuk seperti ini
Pengurus hotel dan kakitangan yang mengekorinya sejak tadi terbuntang luas mata mereka apabila melihat amukan Hania Nura, tapi Hania Nura kesah apa! Hati tengah membara sekarang!
Mereka segera menutup pintu bilik hotel, tidak mahu pelanggan yang menginap di hotel De Merriz itu melihat adegan menyeramkan antara dua gadis itu
"Kalau aku tau yang kau akan buat macam ni, memang dari dulu aku dah bunuh kau tau tak!!!!"
"Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku?? Sampai laki aku pun kau nak kacau?!!" Tengking Hania Nura lagi
"Ha..Hania sa..sayang.." Panggil Tengku Syed Emir dengan lemah, dia cuba untuk bangun dan mendapati isterinya cuma badannya sekarang betul-betul terasa lemah
"Memang!! Memang aku tak puas hati dengan kau!! Sebab kau dapat semua yang kau nak!! Aku benci dengan apa yang kau ada!! Memang aku nak rampas semua hak milik kau!!" Tempik Ireen Arina setelah dia bangun berdiri dihadapan Hania Nura
"Mesti kau tak tau lagi kan? Sebenarnya aku la yang sebarkan gosip tentang kau dan Emir. Aku la yang tangkap gambar kau berdua-duaan dengan dia." Sambung Ireen Arina lagi, bibirnya terjungkir sebelah, senyuman jahat
"Aku ingatkan lepas aku dah sebarkan gambar tu, dah berjaya labelkan kau sebagai perempuan murahan. Tapi tup tup kau kahwin dengan dia?"
"Apa yang kau ada sampai semua orang nak agungkan kau?!! Apa lebihnya kau?! Aku ni lagi layak dapat semua yang kau ada sekarang, patutnya aku!!" Semakin tinggi suara Ireen Arina, bahu Hania Nura ditunjal setiap kata yang dilontar olehnya
Makin memerah muka Hania Nura menahan marah, tangan milik Ireen Arina ditepis sebelum tangannya pantas menampar pipi putih milik Ireen Arina membuatkan wajah perempuan itu terteleng ketepi
"Firstly, yang murah tu kau bukan aku! Secondly, do you even know about fate?! Kalau kau nak orang layan kau dengan baik then fix yourself!!" Kini giliran Hania Nura pula menunjal bahu Ireen Arina
Ireen Arina tergamam, tangan perlahan memegang pipinya yang terasa pijar selepas ditampar kuat oleh Hania Nura
"Kalau ikutkan hati aku, nak je aku sagat mulut kau tu atas jalan tar!! Dasar perempuan sundal!!"
"Kau dah kacau suami aku, kau dah cabar kesabaran aku!! Kau nak sangat tengok aku guna kuasa Veto kan?!" Kata Hania Nura, mata hazel miliknya kini menjadi gelap, segelap-gelapnya. Tangannya sibuk menekan sesuatu di telefon untuk menghantar satu pesanan kepada seseorang
"K..k..kau nak buat a..apa ni Hania?" Tergagap Ireen Arina menutur kata, ketakutan mula menguasai diri
Hania Nura tidak mengendahkan suara Ireen Arina malah dia berjalan kearah sosok tubuh Tengku Syed Emir yang berbaring diatas katil
YOU ARE READING
The Teaser and Her Lover
RomanceSyed Emir Aayn seorang yang pendiam dan pemalu dengan orang-orang disekelilingnya tetapi cekap dan teliti dalam pekerjaan. Namun kehadiran seorang gadis bernama Hania Nura telah membuat Syed Emir Aayan berubah perwatakannya dan cara gaulannya dengan...