Hania Nura yang meragakan Crop Top berlengan panjang dan memakai skirt kuning cerah itu membuat beberapa pose sambil melihat kamera yang berada di hadapannya
Jurugambar mengambil gambar Hania Nura setiap kali gadis itu menggerakkan badannya menunjukkan model pose yang dia ingini
"Let's take a short break before we continue." Kata jurugambar di studio itu sebelum dia meluruskan pinggang dan berjalan menuju ke pantry
Rayyan Haris membuka penutup botol mineral sebelum menyerahkan mineral itu kepada Hania Nura "Han okay?"
"Letih sikit." Hania Nura memberikan senyuman tawar kemudian meneguk air mineral yang diberi Rayyan sebentar tadi
Rayyan hanya mampu memerhati Hania yang keletihan itu, tidak mampu berbuat apa-apa kerana ini lah kerja Hania Nura. Mana tidaknya sejak pukul 7 pagi lagi Hania sudah mencelik mata kerana perlu bergerak ke Kuala Selangor untuk sesi shooting untuk iklan televisen kemudian bergerak kembali ke Bandaraya Kuala Lumpur untuk sesi photoshoot pula
Shooting pagi tadi telah memakan masa 5 jam manakala sesi photoshoot ini pula mengambil masa antara 3 jam ke 4 jam untuk menyelesaikannya. Penat makin bertambah apabila untuk 1 sesi photoshoot , model akan menukar pakaian mereka dari 10 hingga ke 15 pasang. Tengok pun sudah letih apatah lagi model itu sendiri yang merasainya
___________________
"Syed Emir!" Suara itu bergema di koridor sunyi hospital itu memandangkan jam sekarang menunjukkan tepat pukul 3 pagi
Syed Emir Aayan mengerling kebelakangnya sekilas sebelum kembali berjalan tanpa menghiraukan jejaka yang berlari anak ke arahnya itu
"Oii tunggu la aku!"
"Tolong bagi laporan pesakit katil 3C." Kata Syed Emir Aayan kepada jururawat sesudah dia sampai ke meja pendaftaran di wad Kecemasan itu
"Kau ni.. Penat aku kejar kau dari tadi" Sapa jejaka yang tadi mengejar Syed Emir Aayan setelah sampai di sebelahnya , tercungap-cungap jejaka itu menutur kata
Syed Emir Aayan menyelak satu persatu kertas laporan yang diberi jururawat tadi "Kenapa nya? Kalau ada benda penting kan boleh whatsapp je aku."
"Aku whatsapp kau? Satu chat pun kau susah nak baca apatah lagi karangan panjang." Perli jejaka itu
Syed Emir Aayan menjeling matanya keatas apabila terasa dirinya diperli "Apa yang urgent sangat sampai kau kejar aku sampai ke sini?" Tanya Syed Emir Aayan kepada jejaka disebelahnya Tawfeeq Talha
Tawfeeq Talha adalah rakan sekerja merangkap rakan serumah Syed Emir Aayan , mereka adalah kawan rapat sejak dari universiti lagi. Walaupun terpisah seketika apabila mereka tamat belajar tetapi takdir menemukan mereka kembali di tempat kerja yang sama. Tawfeeq sahaja yang memahami diri Syed Emir Aayan yang beku seperti ais Kutub Utara
YOU ARE READING
The Teaser and Her Lover
RomansaSyed Emir Aayn seorang yang pendiam dan pemalu dengan orang-orang disekelilingnya tetapi cekap dan teliti dalam pekerjaan. Namun kehadiran seorang gadis bernama Hania Nura telah membuat Syed Emir Aayan berubah perwatakannya dan cara gaulannya dengan...