"Hello. Sorry lambat, ada urusan tadi." Kata Tengku Rosabella seraya menapak masuk ke dalam ruang menjamu selera sebelum dia mengambil tempat bersebelahan dengan abangnya, Tengku Razeen
Semua mata berkalih memerhati Tengku Rosabella sehingga dia mengambil tempat
Dengan itu lengkap seluruh ahli keluarga Kesultanan Diraja Pahang, mereka semua mula menyantap makanan yang telah terhidang diatas meja panjang dan besar itu
Sambil topik-topik rawak dibual sesama mereka membuatkan ruangan itu riuh dengan suara-suara mereka
"So, Hania is it? Dah lama ke kenal dengan Emir?" Satu suara menyapa sistem pendengaran Hania Nura
Serta merta Hania Nura yang tadinya sedang leka dengan makananya lantas mengangkat wajah memandang gadis dihadapannya. Gadis berambut coklat gelap bercampur dengan highlight berwarna perang itu ditatap seketika 'Siapa pulak dia ni?'
"Tengku Rosabella, panggil je Bella." Jawab gadis dihapannya seolah-olah mendengar bisikan hati Hania Nura
'Oh.. ni ke perempuan yang sibuk chat laki aku haritu?' Gumam hati Hania Nura lagi
"Hello? I tanya you ni?" Budak ni boleh mengelamun pulak, orang tanya ish!
"Oh ya, sorry. Hampir setengah tahun." Jawab Hania Nura langsung kembali fokus pada makanannya
"Macam mana you guys kenal?"
"Long story, if I cerita kat sini memang tak habis." Balas Hania Nura tidak mengendah untuk pandang wajah Tengku Rosabella dihadapannya
Sedikit sebanyak hatinya sakit apabila memandang Tengku Rosabella kerana pandangan sinis yang diberikan oleh gadis itu. Seolah-oleh memandang rendah pada Hania Nura
"Ouh.. Romantik sangat ke cerita cinta you and Emir tu?" Kening diangkat sebelah seraya mencapai gelas yang berisi air kemudian disuakan kemulutnya
"Tersangat lah romantik. Tapi orang luar tak perlu tau kot." Sengaja Hania Nura menekan perkataan pertama yang disebutnya seraya memandang Tengku Rosabella, bibirnya dijungkit sebelah
Apa ingat Tengku Rosabella sahaja yang boleh pandang sinis pada dirinya? Dia juga boleh la! Setakat rambut perang macam minah remp! Eleh!!
"Orang luar? Hahaha if you know that my love story with Emir dulu lagi romantik dari you punya." Tengku Rosabella meletuskan ketawa
"Huh what? Love story as a sepupu or siblings? Ke.... One sided?" Perli Hania Nura
Tengku Rosabella mengetap bibirnya, geram apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Hania Nura. Tangannya digumpal menjadi penumbuk
Hania Nura tersenyum puas setelah tiada jawapan yang diberi oleh Tengku Rosabella, dia kemudiannya sambung menjamu selera. Harap-harap la Tengku Syed Emir tidak mendengar pertelingkahan mulut antara dia dan Tengku Rosabella
___________________
Sampai sahaja di rumah, Hania Nura bergegas pergi ke bilik air untuk mengeluarkan segala isi perutnya. Dia sudah tahan sejak di Istana tadi lagi, kepalanya pening dan terasa sangat berat membuatkan dia mual-mual
Dia tidak mahu beritahu Tengku Syed Emir ketika mereka di Istana tadi , tidak mahu suaminya risau langsung mengundurkan diri dari majlis makan-makan tadi
Tengku Syed Emir mengekori Hania Nura ke bilik air, belakang tubuh isterinya digosok perlahan dengan penuh kasih sayang, risau bercampur juga bila melihat keadaan isterinya sekarang
YOU ARE READING
The Teaser and Her Lover
RomanceSyed Emir Aayn seorang yang pendiam dan pemalu dengan orang-orang disekelilingnya tetapi cekap dan teliti dalam pekerjaan. Namun kehadiran seorang gadis bernama Hania Nura telah membuat Syed Emir Aayan berubah perwatakannya dan cara gaulannya dengan...