"How's life? I dengar khabar angin sekarang you makin bahagia eh?" Tengku Rosabella menghirup Ice Caramel Macchiato yang dipesan tadi
Tengku Rosabella dan Tengku Syed Emir sekarang berada di kafe tidak jauh dari Hospital Besar Kuala Lumpur itu, meja dengan 2 kerusi di tepi dinding kaca menjadi tempat pilihan mereka
"Alhamdulillah after I kahwin, baru I tahu bahagia yang sebenar."
Tengku Rosabella sekadar mengangguk seraya memberi senyuman segaris 'Tskk, jawapan cliché sangat.'
"You tu pun dah boleh cari calon, best tau kehidupan selepas berkahwin." Sambung Tengku Syed Emir sekadar hanya mencari topik untuk berbual
"Calon I pun dah kena rampas, macam mana I nak kahwin?"
Tengku Syed Emir mengalih pandangan ke arah lain, dia tahu calon yang dimaksudkan tu adalah dirinya sendiri. Tiba-tiba dia teringat janji yang dibuat sewaktu mereka kecil dahulu, tidak mungkin Tengku Rosabella masih ingat tentang janji itu?
"Rose, ramai lagi lelaki kat luar sana yang suka pada you. Lagipun kita ni kan sepupu?" Mata yang tadi memandang pandangan luar beralih arah memandang Tengku Rosabella yang berada dihadapannya
"Tapi masalahnya I nak you seorang je Mir, bukan lelaki lain kat luar sana."
"I dah kahwin Rose, I dah jadi suami orang-"
"So kalau takde wife you, you akan kahwin dengan I?" Riak wajahnya bagai menyimpan seribu harapan
"Please jangan macam ni Rose-" sekali lagi kata-kata Tengku Syed Emir dipotong oleh Tengku Rosabella
"It's okay Mir, I faham. Takpe, I doakan you happy selagi masih ada masa." Dengan itu Tengku Rosabella bangun dan beredar meninggalkann Tengku Syed Emir berseorangan
Terpinga-pinga Tengku Syed Emir disitu 'Selagi ada masa? Apa maksud Rose?' Tertanya dengan kata-kata terakhir yang dilontarkan oleh Tengku Rosabella sebentar tadi, hatinya seperti tidak sedap tetapi di cuba untuk menghalau perasaan itu
___________________
Tengku Syed Emir membantu Hania Nura untuk merebahkan badannya ke katil, mereka baru sahaja pulang dari rawatan kemoterapi dan rawatan perlu dibuat 2 kali seminggu sepanjang bulan
"Sayang rehat dulu ya? Saya turun bawah kejap ambilkan makanan." Rambut Hania Nura dielus lembut sebelum selimut ditarik supaya menutupi tubuh Hania Nura
Belum sempat Tengku Syed Emir menapak pergi tanganna ditarik oleh Hania Nura "Jangan tinggalkan saya..." Suara perlahan mendayu tetapi dapat didengari oleh Tengku Syed Emir
"Tak sayang, saya tak tinggalkan awak. Saya turun bawah sekejap je." Tangan Hania Nura yang memegang tangannya itu dilepas perlahan kemudian dibawa kebibir, ciuman dilabuhkan
"Tak nak... Nak awak teman saya..." Tiba-tiba dadanya terasa sebak, mata kian membahang
"Hey.. Hey. Kenapa ni? Ok saya temankan awak ya? Jangan menangis please?" Air mata yang menitis itu diseka lembut kemudian Tengku Syed Emir melabuhkan badannya menghadap Hania Nura
Sejak Hania Nura memulakan rawatan kemoterapinya, emosinya tidak dapat dijangka. Kadang ceria, kadang sedih dan boleh dikatakan dia cepat cengeng sekarang, mungkin disebabkan rawatan itu yang membuatkan emosinya tidak stabil dan sering keletihan
Tengku Syed Emir akan sering menemani Hania Nura pergi rawatan kemoterapi, kadang dia akan mengambil cuti dan kadang dia cuma akan meneman Hania Nura ke hospital kemudian menghantar gadis itu pulang ke rumah keluarga milik Tengku Syed Emir
YOU ARE READING
The Teaser and Her Lover
RomanceSyed Emir Aayn seorang yang pendiam dan pemalu dengan orang-orang disekelilingnya tetapi cekap dan teliti dalam pekerjaan. Namun kehadiran seorang gadis bernama Hania Nura telah membuat Syed Emir Aayan berubah perwatakannya dan cara gaulannya dengan...