Seminggu berlalu, akhirnya gosip tentang Hania Nura dan Tengku Syed Emir reda dan terkubur memandangkan pihak mereka berdua tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai isu itu
Tengku Syed Emir mengekori langkah rakannya Tawfeeq Talha yang berjalan didalam mall besar itu sambil melihat satu-persatu butik yang berada di situ
Jenuh Tawfeeq Talha mengajak rakannya itu untuk keluar menemaninya mencari cincin pertunangan untuk dia dan bakal tunangnya. Tinggal 2 minggu sahaja lagi majlis mereka akan berlangsung tapi Tawfeeq Talha tetap lah Tawfeeq Talha, seorang yang terbiasa membuat semua benda last minute dan yang menjadi mangsanya adalah Tengku Syed Emir
"Mir, jom pergi kedai tu. Mana tau design-design dalam tu cantik." Kata Tawfeeq Talha kemudian mengatur langkah kearah butik yang mencuri pandangannya
Tengku Syed Emir hanya menggelengkan kepala melihat rakannya itu sebelum satu suara menyapa "Tengku Syed Emir?"
Jejaka itu kemudiannya menoleh kearah suara itu, terlihat gadis dengan berpakaian ketat tidak cukup kain, bertumit tinggi dan solekannya setebal 7 inchi berjalan kearahnya
'Siapa pulak dia ni? Aku kenal dia ke?' Bisik hati Tengku Emir Aayan rungsing
"Hai Tengku Syed Emir, saya kenalan Hania Nura. Call me Ireen Arina." Kata gadis itu sambil menghulur tangannya ke arah Tengku Emir Aayan
"Oh, hai. Kawan Hania?" Takde pulak Hania Nura menceritakan tentang rakan bernama Ireen Arina, jejaka itu berfikir sejenak tidak menghiraukan tangan gadis itu
"Ya , I kawan rapat dia satu career dengan dia." Gadis itu sambung, Tengku Syed Emir hanya senyum nipis
Tak biasa Tengku Syed Emir bergaul dengan wanita lain selain gadis yang terpahat di hatinya, Hania Nura. Terasa kekok apabila berdiri berduaan dengan Ireen Arina itu
"Handsome jugak you ni, geram I tengok." Tangan Ireen Arina yang ingin mencapai wajah Tengku Syed Emir ditepis kuat oleh seseorang
Mereka berdua terkejut melihat Hania Nura yang berdiri dihadapan Tengku Syed Emir, menjadi perisai jejaka itu "Watch your dirty hand, don't ever dare to lay your dirty hand on him." Hania Nura memandang tajam Ireen Arina
'Eh datang dari mana budak ni?' Tengku Syed Emir mengerut dahinya melihat Hania Nura
"Oh wow! Dia hak kau ke sampai kau nak larang aku? And if I dare to touch him? What can you do?" Gelak sinis Ireen Arina
"Bukan sekarang tapi aku akan pastikan dia jadi yang halal buat aku, and dare me. If you touch him, your face will never appear on any newspaper nor magazine." Matanya tidak berhenti dengan pandangan tajam kearah Ireen Arina
Hania Nura boleh menghidu niat jahat gadis itu, bukan dia tak kenal Ireen Arina ni macam mana. Seseorang yang dipercayainya namun tergamak gadis yang dianggap kawan baiknya itu. Oh lupa, bekas kawan baikya itu menikam dari belakang membuatkan mereka bermusuhan sehingga sekarang
"Kau Hania, tak habis-habis dengan perangai sombong kau! Kau ingat! Hidup kau tak akan senang selagi aku masih hidup!" Tempik Ireen Arina sambil tangannya menunjal bahu milik Hania Nura
"I think you shoul-" Kata-kata Tengku Syed Emir Aayan dipotong oleh Hania Nura
"Trust me, my inner side is eager waiting for your death." Bidas Hania Nura sebelum melanggar bahu Ireen Arina, kemudian menarik lengan baju Tengku Syed Emir supaya beredar dari situ
Tengku Syed Emir tergamam mendengar kata-kata yang dikeluarkan dari mulut Hania Nura 'Boleh tahan savage jugak dia ni'
"Saya boleh jadi lagi savage dari tu kalau saya nak." Kata Hania Nura
"Eh... Em.."
'Dia dengar ke apa aku cakap dalam hati ni?' Berkerut kening Tengku Syed Emir
___________________
Selesai majlis pertunangan Tawfeeq Talha dan pasangannya, Farah Talia. Tak lekang senyuman dari wajah mereka berdua, sama cantik sama padan apabila mereka duduk berdua diatas pelamim mini untuk sesi bergambar
Majlis kecil yang diadakan dirumah Farah Talia dikunjungi dengan saudara mara dan rakan-rakan terdekat pasangan tersebut
"Tahniah bro, semoga kekal ke jinjang pelamin." Ucap Tengku Syed Emir sambil melagakan bahu bersama Tawfeeq Talha
Tawfeeq Talha kemudiannya memberi senyuman kearah gadis yang berpakaian kurung moden disebelah Tengku Syed Emir. Puas memujuk rakannya itu supaya membawa plus one , dengan alasan agar Tengku Syed Emir tidak berseorangan dan...
"Hania Nura? Ya Allah cantiknyaa awak depan-depan!! Saya minat sangat dekat awak!!" Teruja Farah Talia melihat plus one Tengku Syed Emir
Tawfeeq Talha tahu bahawa tunangnya itu gemar dan minat akan Hania Nura. Mana tidaknya, model terkenal itu sudah la cantik, tinggi dan badannya yang ramping menjadi pujaan para kaum hawa sendiri. Tidak cukup dengan itu, banyak juga tersebar tentang Hania Nura yang peramah dan bersikap humble ketika peminat-peminat datang menyapa untuk bergambar dengannya
Hania Nura tersenyum malu apabila dipuji oleh gadis itu , "Terima kasih, apa kurangnya awak. Cantik dan manis. Btw congrats ya, both of you"
Kedengaran bisikan-bisikan yang sayup tetapi dapat didengari mereka berempat
"Tu bukan Tengku Syed Emir ke?"
"Model murahan tu kan? Gosip dengan Tengku Syed Emir"
"Apa yang dipandang model murahan tu pun tak tau la, tah-tah diguna-guna agaknya."
Hania Nura mengetap bibirnya menahan rasa marah dan sedih apabila dilabel sebagai 'model murahan' . Dia sedar bahawa pakaian sewaktu dia bekerja dan pakaian hariannya sedikit mencolok mata tetapi bukannya dia menjual harga diri atau menjual badannya sana sini
Dah itu kerja yang disukai oleh Hania Nura dan gajinya itu lah yang telah menyara dirinya sehingga sekarang, kenapa mesti ada yang pertikaikan soal kerjanya?
"Awak? Jom kita makan?" Suara lembut Tengku Syed Emir menghentikan lamunan gadis itu
"Haah jom makan sekali dengan kitaorang, tak sempat lagi menjamah ni." Tawfeeq Talha turut bersuara , ingin meleraikan suasana tegang
"Jom?" Farah Talia menarik lembut lengan Hania Nura, gadis itu mengikuri langkah Farah Talia yang memimpinnya
Mereka berempat mengambil tempat duduk di hujung sudut khemah itu, rancak mereka bersembang sambil bergelak tawa. Ada saja idea Hania Nura menyakat Tengku Syed Emir, Hania berasa gembira dan senang. Sudah lama dia tidak merasa seperti ini , berbual bersama rakan-rakannya
YOU ARE READING
The Teaser and Her Lover
RomanceSyed Emir Aayn seorang yang pendiam dan pemalu dengan orang-orang disekelilingnya tetapi cekap dan teliti dalam pekerjaan. Namun kehadiran seorang gadis bernama Hania Nura telah membuat Syed Emir Aayan berubah perwatakannya dan cara gaulannya dengan...