Bab 11

113 8 0
                                    

Seminggu kemudian

Hania Nura mengeluh perlahan sebelum menghempaskan badannya diatas tempat duduk penumpang didalam van diikuti dengan rakan-rakan sekerja yang lain. Jam menunjukkan 2 pagi, mereka semua baru sahaja selesai sesi bergambar pada hari ini. Seteleah semua usai mengambil tempat duduk masing-masing, van pun mula bergerak menuju ke hotel dimana mereka menginap

Sudah seminggu Hania Nura berada di tanah Singapura dan masih berbaki seminggu untuk menyelesaikan tugasnya di sini. Hania Nura menatap gambar selfie nya bersama Tengku Syed  Emir didalam Iphone 13 Pro Max miliknya, sungguh dia rindui untuk mengusik jejaka itu. Tersenyum dia sendiri apabila teringat riak wajah tunangnya

"Awak nak souvenir dari Singapore tak?" Tanya Hania Nura sambil menghirup Chocolate Ice yang dipesannya tadi

"Saya tak nak apa-apa, cuma nak awak balik sini dengan selamat. Dah cukup untuk saya."

"InsyaAllah, jangan la risau. Saya akan balik dengan selamat." Balas Hania Nura

"See you when I see you!" Sambung gadis itu lagi sambil mengenyit mata kearah jejaka itu

Lamunan gadis itu terhenti apabila dia terasa van yang dinaiki itu mula bergerak ke kiri dan ke kanan, matanya memandang sekeliling tetapi rakan-rakannya sedang lena dibuai mimpi

Pin!

Pin!

___________________

"Em.. Emir!! Emir!!" Termengah-mengah Tawfeeq Talha memanggil Tengku Syed Emir

"Kenapa kau ni? Ada lumba marathon ke?" Perli Tengku Syed

Tawfeeq Talha menunduk menahan letih, dadanya turun naik, nafasnya laju kerana terlalu penat berlari mencari rakannya

"K..kau dah t..tengok n..news ke belum?" Kata Tawfeeq Talha berselang dengan hembusan nafas pentanya

"Tengok phone pun tak sempat ni kan pulak berita, apahal kau ni? Dari tadi aku tanya tak jawab." Kakinya mula melangkah untuk beredar dari situ, terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum hujung minggu ini

Tengku Syed Emir ingin membereskan kerja-kerjanya supanya dia dapat meluangkan masa bersama Hania Nura untuk membuat persiapan majlis perkahwinan mereka, memikirkan hal itu membuatkan dia teruja bercampur rindu akan tunangnya yang jauh dari tanah air

"Mir! Hania! Hania accident!" Jeritan Tawfeeq Talha membuatkan langkah Tengku Syed Emir terhenti sebelum dia berpaling ke arah rakannya

"Hania kemalangan dekat Singapore. Kau kena ger-"

Tidak habis perkataan yang ditutur oleh Tawfeeq Talha kerana rakannya itu telah bergegas lari meninggalkannya dibelakang

'Aku doakan semoga kau dan dia sentiasa dilindungi Allah S.W.T' doa Tawfeeq Talha dalam hati

___________________

Prak!

Tanpa sedar gelas yang berada di tangan Datin Seri Nadhra terlepas dari genggamannya, Zap! Hatinya terasa tidak sedap dan berdebar-debar, nafasnya laju, dadanya juga turun naik tanpa henti

Kring!

Segera Datin Seri Nadhra mencapai telefon yang berada di atas table top dapur itu,

"Hello ma! Han kat mana?"

Kedengaran suara anak sulungnya didalam telefon cemas, "H..han outstation, kenapa ni Naz?"

"Dia outstation dekat mana ma?" Tegas suara Haider Nazir

"Dekat Singapore, N..naz cakap dengan mama. Kenapa ni?" Makin berdebar hati Datin Seri Nadhra

"Allahuakbar.. Mama tengok berita sekarang! Naz balik Malaysia malam ni! Mama tunggu Naz balik!" Kata Haider Nazir sebelum dia mematikan panggilan

Ruang utama menjadi langkah tujuan Datin Seri Nadhra yang ingin membuka televisyen tetapi terhenti apabila terlihat berita di kaca televisyen yang hampir menghentikan nafasnya, Datuk Seri Hamzah sudah pun berada di hadapan televisyen

"Van yang dinaiki model dan krew pengambaran terbabas ketika dalam perjalanan pulang dari lokasi pengambaran. Bella Lestari, 26 tahun, Natalia Rose, 26 tahun, Vincene Tan, 23 tahun, Rayyan Haris, 26 tahun  serta pemandu cedera parah"

"Manakala Hania Nura, 24 tahun, Natalie Ivin, 23 tahun dan Mohd Najmi, 27 tahun dan Suraiya Iman, 25 tahun cedera ringan. Mereka telah dibawa ke National University Hospital of Singapore untuk pemeriksaan lanjut."

"Allahuakbar!" Datuk Seri Hamzah segera mencapai isterinya yang hampir jatuh apabila terdengar nama anak perempuannya bersama gambar dari kad pengenalan gadis itu dipapar didalam berita

"Sabar awak, insyaAllah anak kita takde apa-apa." Kata Datuk Seri Hamzah seraya menepuk perlahan bahu isterinya

The Teaser and Her LoverWhere stories live. Discover now