Bab 8

121 13 0
                                    

Rayyan Haris meneliti jadual harian Hania Nura sambil menghirup Ice Vanilla Americano yang dibelinya tadi , sekarang dia berada di dalam kereta terparkir elok di lobi condo milik Hania Nura menunggu gadis itu menukar pakaian di atas. Rayyan Haris telah ditugaskan oleh Datin Seri Nadhra untuk bawa pulang gadis itu ke rumah keluarganya, entah apa la yang dirancang oleh wanita itu

"Sorry abang! Han lama sebab cari ipad, lupa letak kat mana. Hehe" Tersengih gadis itu apabila pintu kereta Toyota Vellfire terbuka

Setelah Hania Nura berjaya masuk kedalam kereta itu, driver mereka langsung memulakan perjalanan dengan bacaan Bismillah. Macam jauh je perjalanannya ya? Tapi sebenarnya tak sampai 1 jam pun untuk sampai ke rumah keluarga Hania, cumanya untuk memulakan setiap perkara dengan bacaan Bismillah kan lagi afdhal

Sampai sahaja di rumah agam milik Hania Nura melihat pelik apabila terdapat 2 biji Arabian Canopy terletak di parking kereta rumah, khemah itu cantik dihiasi dengan tenda berwarna maroon

'Kenduri apa pulak ni? Papa nak kahwin lain ke?' Tanya Hania dalam hati

"Ha sampai pun! Rayyan mana?" Sapa mama Hania Nura setelah melihat gadis itu di bawah khemah

"Abang Rayyan drop off Han je, dia ada kerja yang kena settle" balas Hania

"Mama, khemah ni untuk siapa? Papa nak kahwin lain ke?" Pertanyaan dari Hania Nura membuatkan Datin Seri Nadhra mencubit lengan gadis itu

"Aduh! Mama! Sakit!" Hania mengusap tempat yang dicubit mama nya tadi

"Dah! Jangan banyak tanya. Pergi masuk, rehat dalam bilik. Esok bangun pagi!" Kata mama nya tegas sebelum beredar dari tempat itu

"Ish mama ni, orang tanya lain dia cakap lain. Nak marah tapi kena sabar. Nak marah tapi kena sabar." Hania mengurut dada sebelum melangkah masuk ke kediaman rumah keluarganya

___________________

"Apa ni mama! Han tak nak tunang!" Tempik Hania Nura sambil menghentak kakinya apabila mendengar jelasan dari mama nya Datin Seri Nadhra

Terkejut gadis itu apabila diberitahu oleh Datin Seri Nadhra bahawa hari ini adalah hari pertunangannya. Sudah la majlis ini tiada didalam pengetahuannya malah siapa lelaki yang akan menjadi tunangnya juga dia tidak tau

"Han jangan nak buat perangai ya, tetamu mama ramai kat luar tu. Bakal mertua Han pun ada." Ugut Datin Seri Nadhra kepada anak perempuannya

"Mama! Han tak nak! Han kata Han tak nak! Tolong la mama." Nada suara Hania Nura semakin sebak

"Bagitau mama, kenapa Han tak nak? Han dah ada someone ke?" Datin Seri Nadhra mengangkat sebelah keningnya

Hania Nura diam seketika , dia menunduk melihat lantai. Hujung baju songket kebaya berwarna maroon gold itu dimain dengan jari jemarinya sebelum dia mengangguk

"Mama nak Han lupakan dia, I'm doing this for your own future" Kata Datin Seri Nadhra mendatar sebelum melangkah keluar dari bilik anak perempuannya

Dengan pantas air mata yang ditahan Hania Nura tadi mengalir, dibiar air mata itu jatuh. Hatinya luruh apabila masa depannya diatur oleh Datin Seri Nadhra, baru sahaja gadis itu terbayang masa depannya bersama Tengku Syed Emir disisi

"Awak suka saya tak?" Tanya Hania Nura sambil menatap mata amber milik Tengku Syed Emir

"Tipu la saya kalau saya cakap tak suka."

"Awak nak kahwin dengan saya tak?" Selamba Hania Nura bertanya membuatkan kedua biji mata Tengku Syed Emir membulat

"I..InsyaAllah kalau a..ada jodoh." Tergagap Tengku Syed Emir menjawab

Hania Nura teringat perbualan bersama Tengku Syed Emir tempoh hari, semakin sebak dadanya "Saya pun nak kahwin dengan awak. Saya suka awak." Luah Hania Nura berselang dengan tangisannya

___________________

Hania Nura duduk diatas pelamin yang dibuat khas untuk nya, senyuman nipis diberikan kepada tetamu yang melihat demi menjaga nama baik mama dan papa nya

Seorang wanita separuh usia melangkah naik ke pelamin kemudian mengambil tempat di sebelah Hania Nura, wanita itu memberikan senyuman kepada Hania Nura sebelum menggapai tangan gadis itu kemudian menyarung cincin ke jari manis Hania Nura

Hania Nura menyalami tangan wanita separuh usi itu tanpa melihat wajah wanita itu, pandangannya tetap menatap permukaan karpet pelamin. Tiada kekuatan dia ingin melihat atau memandang wajah wanitu itu

"Terima kasih sudi terima anak bonda."

'Eh? Macam kenal suara ni?' Hania mengangkat wajahnya memandang wanita separuh usia yang berada di depannya itu tersenyum melihat Hania Nura

Selepas beberapa ketika memandang wajah wanita itu dengan pelik, membulat mata Hania Nura setelah dapat mengecam siapakah gerangan wanita separuh usia itu

"Maaf ya Emir tak dapat hadir harini, dia ada kerja yang perlu diselesaikan." Sambung wanita itu sambil mengusap lembut kepala Hania Nura

Tanpa disedari air mata Hania Nura mengalir dengan laju "B..bonda.." teresak-esak Hania Nura menangis

Terlihat di pintu masuk Datin Seri Nadhra dan Datuk Seri Hamzah ketawa kecil melihat gelagat anak perempuannya yang menangis seperti kanak-kanak hilang ara tuju di atas pelamin

Rancangan untuk menyakat anak perempuannya itu berjaya! Datin Seri Nadhra dan Datuk Seri Hamzah saling melagakan telapak tangan mereka untuk membuat High Five , kemudian melangkah masuk menuju ke pelamin

"Awak tengok la anak kita ni, menangis macam budak-budak." Sakat Datin Seri Nadhra

"Mama ni! Ni plan mama kan? Kenapa buat Han macam ni!" Lagi kuat raungan gadis itu

Semua tetamu yang melihat aksi anak beranak itu ketawa membuatkan rumah itu meriah dengan suara-suara tetamu

Tidak tipu sebenarnya didalam hati Hania Nura yang dia berasa lega kerana telah menjadi tunang milik Tengku Syed Emir, jejaka idaman dan jejaka yang berjaya memaut hatinya

___________________

Maaf sebab lambat update T.T saya janji harini saya update double episode and InsyaAllah esok pun sama. Doakan segala urusan saya dipermudahkan ya! Thankyou!

The Teaser and Her LoverWhere stories live. Discover now