Bab 43

51 7 3
                                    

Untuk sekian kalinya Hania Nura membuat pose terakhir untuk sesi photoshoot petang ini, setelah hampir separuh hari dia menghabiskan masanya di studio ini

Sudah la di 'sidai' hampir 2 jam untuk menunggu klien menghantar baju-baju untuk photoshoot, klien pula jenis yang cerewet dan jenis mengarah. Semua yang dilakukan Hania Nura pasti ada sahaja yang tidak kena, sengaja kliennya itu memancing amarah Hania Nura

Hampir sahaja gadis itu bergaduh dengan kliennya hari ini tetapi nasib baik Rayyan Haris ada untuk menenangkan situasi tegang antara dua gadis itu

"Well done Han! You memang the best!" Kata Fiqri, photographer nya hari ini

"Thanks too abang Fiq." Senyuman manis diberikan kepada pemuda itu seraya mencapai air mineral yang disua oleh Rayyan Haris sebelum meneguk perlahan air mineral itu

"Abang jujur la eh? Abang lagi suka and selesa bekerja dengan Han dari model yang lain. Semua macam acuh tak acuh je nak bekerja." Kata Fiqri

"Eleh bang. Ada la tu nak something, tiba-tiba je nak puji Han ni." Sakat Hania Nura dengan senyuman mengusik

"Ish Han ni, abang puji ikhlas dari hati tau." Fiqri mengangkat kedua belah keningnya dengan wajah yang meyakinkan

Sedang mereka berdua sakan berborak dan bergelak tawa, ada mata yang memerhati dengan pandangan tajam "Well thanks ya Hania jadi model I harini, even patutnya orang lain yang datang." Sampuk Juliene secara tiba-tiba dengan nada yang sinis

Hania Nura sekadar membalas dengan senyuman nipis, sengaja dia tidak mahu melayan kerenah Juliene yang tidak habis memancing amarahnya sejak tadi. Apa yang tidak kena pun tak tahu la, semua menjadi isu dimata Juliene

"Oh by the way, I rasa you patut tukar kot style you posing. Nampak outdated sangat, tak cantik langsung. I tak tahu apa yang bos I nampak kat you ni, sedih betul." Sambung Juliene lagi seraya memandang sinis Hania Nura dari atas hingga ke bawah

Rayyan Haris dan Fiqri membulat mata setelah mendengar kritikan dari Juliene, berani dan yakinnya gadis itu memberi kritikan pada Hania Nura tanpa berfikir panjang

Hania Nura yang baru sahaja ingin beredar dari situ serta merta menghentikan langkahnya dan berpusing memandang wajah Juliene, secara tiba-tiba Hania Nura meletuskan tawa kecil seraya melangkah perlahan ke arah Juliene

"Outdated? Me? Tak cantik?" Hania Nura memandang Juliene sebelum menyambung ketawa

"Apa yang lawak?" Tanya Juliene sambil mengangkat wajahnya tinggi

"If I'm outdated and tak cantik, then go ahead to tell your boss that I'm not interested in working or getting involved with your company anymore." Kata Hania Nura dengan tegas seraya memandang tajam kedalam anak mata Hania Nura

"Oh wow. Sombong nya, ingat you ni dah bagus sangat ke? You ingat you ni terkenal sangat ke? Hari-hari job masuk ke? Pfftt setakat job kecil-kecil macam ni tak payah nak berlagak sangat-"

Ting!

Ting!

Terpotong kata-kata Juliene setelah mendengar bunyi deringan telefon pintar Rayyan Haris tanpa henti, serta merta jejaka itu melihat notifikasi di telefon pintarnya

Alangkah terkejutnya Rayyan Haris setelah dia membaca e-mail yang diterima dari pengirim di luar negara, terbuntang luas matanya setelah membaca satu persatu kandungan e-maik tersebut

"Han! Syarikat McBurrery dari London jemput Han sebagai model utama mereka untuk fashion show keluaran baru mereka di sana!" Kata Rayyan Haris dengan penuh teruja

Hania Nura terkedu seketika setelah mendengar kata-kata Rayyan Haris, bagi sesiapa yang sudah terbiasa didalam industri fashion sahaja tahu betapa susahnya untuk menjadi model sebagai wakil syarikat McBurrery

Produk keluaran syarikat mereka sentiasanya eksklusif dan kelainan yang diberikan sememangnya fresh dari McBurrery tersendiri, tidak seperti syarikat-syarikat yang lain yang hanya meniru dan mengolah

"McBurrery? Biar betul Han? Model utama lagi! Terbaik la Han!" Kata Fiqri dengan senyuman bangga

Tetapi tidak pada Juliene yang berkerut dahi memandang mereka bertiga dengan pandangan tidak puas hatinya, 'Macam mana pula perempuan ni boleh terkenal sampai luar negara' dengus Juliene

"Well I dont think I need to explain myself as you have your own ears. By the way, thanks sebab bagi facts about me being Hania Nura." Kata Hania Nura seraya mengenyit sebelah matanya pada Juliene sebelum beredar dari situ

Rayyan Haris dan Fiqri menggigit bibir mereka untuk menahan diri dari melepaskan ketawa setelah melihat muka masam Juliene apabila diperli oleh Hania Nura

'Tu la, pandang orang sebelah mata lagi. Kan dah kena!'

___________________

"Ice Caramel Machiatto with Vanilla cold foam, regular size?" Tanya barista di kaunter pembayaran itu setelah melihat wajah yang dikenalinya

"Wah! Masih ingat pesanan saya eh?" Hania Nura terkejut apabila barista di hadapannya menyebut air kopi yang selalu dipesan olehnya

"Mesti la ingat, akak selalu datang ke sini dulu. Sekarang je tak datang dah, busy ke?" Remaja yang bernama Riana itu bertanya, sudah lama rasanya dia tidak berbual dengan Hania Nura

"Nak Butter Croissont satu. Haah busy sikit la awak, sejak dah kahwin ni saya kurang minum kopi." Jari telunjuknya menunjuk pada pastri di tempat kaca terletak di atas kaunter itu

Tergamam seketika mendengar kata-kata Hania Nura "Akak dah kahwin?!" 

"Iya, akak dah kahwin. Dah nak ada baby dah pun." Ketawa kecil Hania Nura dibuatnya sebelum dia mengelus perut kempisnya itu, walaupun tidak menonjol tapi dia tahu kandungannya sihat dan sedang membesar dengan baik

"Body akak macam ni mana orang tahu akak dah kahwin, ish! Jealous nya saya!" Kata Riana seraya mengambil Croissont yang ditunjuk oleh Hania Nura tadi sebelum diletakkan diatas pinggan

Hania Nura ketawa kecil mendengar kata-kata Riana sebelum menyerahkan kad kreditnya untuk sesi pembayaran

"Saya panaskan dulu Croissont akak, nanti saya hantar ke meja ya?" Kata Rania dengan senyuman, Hania Nura pula

"Thank you." Senyuman manis diberikan kepada Riana sebelum Hania Nura bergerak ke tempat mengambil pesanan

Terlihat cawan plastik yang tertulis namanya, tahu bahawa air yang dipesan tadi sudah siap lantas Hania Nura mencapai cawan plastik itu dan beredar mencari tempat kosong

Buk!

Dahinya terlanggar dengan dada sasa seseorang dengan impak yang kuat, "Aduh!"

"Sorry, Ms are you okay?"

"Hania?"

___________________

Hi korang! Lama tak update kan? Sorry la sebab banyak sangat benda yang jadi sejak masuk tahun baru ni. Hm apa pun thank you pada yang masih setia membaca & menunggu update novel TTAHL ❤️

The Teaser and Her LoverWhere stories live. Discover now