Muka Tengku Syed Emir sikit pun tak dipandang oleh Hania Nura, sejak keluar dari rumah keluarganya muka Hania Nura masam bagaikan gummy Sour Plus. Sedikit senyuman pun tidak terukir di wajah gadis itu, matanya khusyuk memandang pemandangan luar
Tengku Syed Emir melihat sekilas isterinya yang seakan merajuk, diam seribu tanpa kata-kata. Biasanya jika keluar berdua begini pasti ada saja idea-idea yang keluar dari mulut Hania Nura ataupun wajah Tengku Syed Emir akan ditatap olehnya sepanjang perjalanan
"Cantik kan cuaca harini?" Tengku Syed Emir cuba untuk memulakan perbualan
Senyap..
"Awak ada craving apa-apa tak harini?"
Senyap..
"Sayang. Awak okay tak ni?"
Senyap..
"Sayang.." Tengku Syed Emir memanggil Hania Nura dengan nada yang lembut, seperti biasa seorang Hania Nura akan lentok dan cair apabila mendengar panggilan lembut olehnya. Bukan setakat Hania Nura seorang saja, gadis-gadis di luar sana juga pasti sama
"Hm.. Tak nak kawan dengan awak!" Kata Hania Nura seraya memeluk tubuhnya, matanya tak beralih, masih memandang pandangan luar
"Sayang.. Kenapa ni? Saya ada buat salah ke? Bagitahu saya." Tengku Syed Emir cuba untuk memegang tangan Hania Nura tapi ditepis oleh gadis itu
"Tak nak! Jangan cakap dengan saya! Saya tengah sakit hati ni!" Kata gadis itu lagi
Signal ke kiri diberikan sebelum Tengku Syed Emir memberhentikan kereta yang dipandunya di bahu jalan raya, dia mengalihkan tubuhnya untuk memandang Hania Nura "Kenapa ni? Bagitahu saya, siapa buat awak sakit hati ni?"
Dia cuba mengalihkan tubuh Hania Nura supaya isterinya itu memandangnya tetapi gadis itu mengeraskan badan, degil budak ni. Ish!
"Sayang.. Pandang saya, sini. Please?" Suara Tengku Syed Emir sengaja dilembutkan lagi, pandai eh dia nak buat orang cair!
Hania Nura mengalah, dia membetulkan duduknya untuk menghadap Tengku Syed Emir. Mulutnya muncung seperti itik, mesti ada yang tak kena ni
"Siapa yang buat awak sakit hati ni? Hm?" Tanya jejaka itu dengan nada yang masih lembut seraya menyelak helaian rambut isterinya, Hania Nura
"Awak la! Awak senyum-senyum kat si Nad tu kenapa? Budak tu bukannya boleh! Psycho!"
"Kalau awak tak layan si psycho tu, takde nya dia nak mengedik-gedik dengan awak! Siap nak ikut kita bulan madu bagai, ish! Kalau ikutkan hati, kalau mama dan papa takde kat situ memang saya dah ganyang dua beranak-"
Smooch!
Tengku Syed Emir melabuhkan ciuman pada bibir isterinya, terus terkaku Hania Nura dibuatnya. 'Tak pernah-pernah dia cium titew, tiba-tiba dia cium! Eee first kiss saya tu!' Bisik hati Hania Nura seraya menyentuh bibir yang basah, wajahnya sudah memerah. Wajah Tengku Syed Emir dipandang , matanya berkedip-kedip
Tidak percaya yang dihadapannya itu Tengku Syed Emir, dimana jejaka yang dulunya pemalu? Sekarang dia sudah berani dan lebih yakin untuk lakukan perkara seperti itu dengan Hania Nura, betul la orang kata yang Cinta boleh merubah sesiapa atau apa-apa
"Saya senyum dekat dia sebab saya tak nak dianggap biadap, saya layan dia bukan sebab saya nak tapi sebab dia sepupu awak. Lagipun kan masa tu mama dan papa ada, saya tak nak keruhkan keadaan. Walau apa pun jadi tak ada sesiapa boleh ganti Hania Nura saya sorang ni."
"Saya minta maaf ya sayang? Maafkan saya eh? Tak nak merajuk dah. Tak lengkap rasa hari saya kalau tak ada senyuman manis dari isteri saya ni." Sambung Tengku Syed Emir seraya mengelus lembut kepala Hania Nura
YOU ARE READING
The Teaser and Her Lover
RomanceSyed Emir Aayn seorang yang pendiam dan pemalu dengan orang-orang disekelilingnya tetapi cekap dan teliti dalam pekerjaan. Namun kehadiran seorang gadis bernama Hania Nura telah membuat Syed Emir Aayan berubah perwatakannya dan cara gaulannya dengan...