Hania Nura memandang pemandangan diluar tingkap biliknya, dia telah pulang ke tanah air beberapa hari yang lepas bersama keluarganya dan Rayyan Haris. Sejak kepulangannya ke Malaysia Hania Nura kerap berkurung, tidak bercakap, makan dan minum pun dia menolak apabila dipujuk oleh mama nya
Dia meminta pada agensi dimana dia bekerja untuk meluluskan cuti sakitnya, dia perlu berehat. Memandangkan Rayyan Haris juga masih di hospital, dia perlu melakukan semuanya sendiri. Nasib baiklah tiada apa-apa yang serius pada Rayyan Haris, risau juga Hania Nura apabila melihat pengurusnya itu terlantar di hospital
Ada beberapa kali Hania Nura melawat Rayyan Haris di hospital, mereka berbual seperti biasa dan kadang Hania Nura menolong jejaka itu memandangkan tangan kiri Rayyan Haris disimen kerana terdapat sikit retakan di tulang tangan kirinya itu. Tetapi setiap kali Hania Nura pulang ke rumah, dia kembali mengurung dirinya didalam bilik dan melarang sesiapa pun dari berjumpa dengannya
Ting!
Ting!
Bunyi telefon Hania Nura berbunyi menandakan ada mesej yang masuk, dia melihat telefonnya
Tengku Syed Emir
Hi awak. Awak sihat?
2.08 pmAwak dah makan? Jangan
lupa makan tau?
2.08 pmJaga diri, jaga kesihatan awak.
Jangan lupa makan ubat.
2.09 pmHania Nura membaca pesanan mesej yang dihantar oleh Tengku Syed Emir. Jejaka itu tidak pernah lupa untuk menghantar mesej kepadanya setiap hari, dia sering menanya keadaan gadis itu dan sering mengajak Hania Nura untuk berbual didalam mesej itu tetapi malangnya Hania Nura hanya membaca tanpa membalas sebarang pesanan mesej itu
Tengku Syed Emir
Saya rindu awak
2.10 pmPesanan yang baru sahaja diterima Hania Nura membuatkan gadis itu sebak, air matanya bertakung. Dia juga rindu Tengku Syed Emir, rindu untuk berbual dengan jejaka itu, rindu untuk menatap wajah jejaka itu, rindu untuk memyakat jejaka itu dan melihat muka memerah jejaka itu, dia tersangatlah rindu
"Saya minta maaf awak. Saya tak nak jadi selfish. Saya tak nak awak menderita sebab saya." Air mata yang bertakung tadi mengalir dengan laju dipipi Hania Nura
"Saya pasti ada orang lain yang boleh bahagiakan awak selain saya, saya tak mampu."
Bilik yang tadinya sunyi kini bergema dengan tangisan Hania Nura, hatinya hancur dan sakit. Kini tiada ubat yang dapat merawatnya, hanya ajal yang dia nanti. Dia ingin akhiri semua ini, tidak mahu melihat orang-orang sekelilingnya sedih melihat keadaannya begini
Rahsianya disimpan dengan baik, tiada siapa yang tahu tentang sakitnya, tiada siapa yang tahu tentang kewujudan tumor di kepalanya. Biar lah mereka menganggap kemurungannya ini akibat dari kemalangan di Singapura, dia tidak mahu semua orang risau tentang sakit yang dia hadapi. Biar dia menanggung dan alami seorang diri
Pintu biliknya dibuka, Haider Nazir melangkah masuk seraya melabuhkan punggungnya disebelah Hania Nura. Haider Nazir menyeka air mata dari wajah Hania Nura, dia melihat adik perempuannya itu semakin kurus dan keadaannya tidak terurus
YOU ARE READING
The Teaser and Her Lover
RomanceSyed Emir Aayn seorang yang pendiam dan pemalu dengan orang-orang disekelilingnya tetapi cekap dan teliti dalam pekerjaan. Namun kehadiran seorang gadis bernama Hania Nura telah membuat Syed Emir Aayan berubah perwatakannya dan cara gaulannya dengan...