Bab 25

77 5 0
                                    

Rayyan Haris berjalan melalui koridor pejabat itu, bilik CEOnya dituju. Semua kakitangan yang lain sedang sibuk membuat kerja-kerja mereka tersendiri

Dia memberikan senyuman kepada PA CEOnya, Mastura sebelum menuju pintu bilik dengan tanda nama sederhana besar 'Chief Executive Officer' diketuk perlahan, "Masuk."

Dengan berhati-hati pintu pejabat itu dibuka sebelum Rayyan Haris melangkah masuk ke dalam lalu pintu ditutup rapat

"Ha. Rayyan, duduk."

Rayyan Haris mengambil tempat duduk berhadapan dengan Encik Izkandar, bos besarnya iaitu CEO syarikat dimana sia bekerja

"So how's Hania? Dah lama aku tak dengar khabar pasal dia?" Tanya Encik Izkandar

"Dia masih dalam proses untuk sembuh bos."

"Hm.. Ambil masa berapa lama lagi ni Rayyan? Dah nak dekat 3 bulan, semua klien kita tunggu dia."

"Kau sendiri tau semua nak Hania jadi muka depan majalah dorang. Dia je talent yang popular yang kita ada."  Sambung Encik Izkandar

"InsyaAllah bos, tak lama lagi dia sihat dan kembali bertugas. Saya dah cuba slow talk dengan klien kita. Ada yang sanggup tunggu." Balas Rayyan Haris dengan nada yang tenang

"Kalau dah lama sangat tunggu, aku takut dorang lari je Rayyan."

"Macam ni la, aku ingat nak buat Audition untuk talent baru. Buat gantikan Hania, dan aku nak kau yang handle talent baru tu."

"T..tapi kalau Hania balik macam man-"

Pintu dikuak dari arah luar, serta merta seorang gadis menerpa masuk ke dalam "Tak payah la hire baru. I dah sihat, boleh kerja macam biasa."

"Han? Han dah sihat ke?"

"Hania?"

"Hi bos, sorry I berehat lama sangat." Kata Hania Nura seraya mengambil tempat duduk disebelah Rayyan Haris, pengurusnya

"Takpe, but you sure ke yang you dah sihat untuk start kerja ni?" Tanya Encik Izkandar

"Yes bos. Lusa saya dah boleh sambung kerja saya, tau abang Rayyan?" Hania Nura mengalih pandangannya ke arah Rayyan Haris yang masih memandangnya

"Okay! Kalau macam tu! Everything is settled! By the way, Welcome Back Hania Nura." Senyuman diberikan kepada Hania Nura

"Thanks boss."

___________________

Rayyan Haris melihat sekilas Hania Nura yang berada di tempat duduk belakang, "Han betul-betul dah sihat ke ni?"

"Iye abang, Han dah okay. Dah sihat, jangan la risau." Pandangan Hania Nura tetap di telefon pintarnya

"Ni Emir tau tak yang Han dah start kerja?"

Terhenti seketika jari Hania Nura yang tadinya sibuk scroll Instagram miliknya, sejak pergaduhan dia dengan Tengku Syed Emir haritu, Hania Nura bersikap dingin

Apabila di rumah, Hania Nura tidak akan bersuara jika ada hal yang penting untuk dibicara, bila malam tiba dia cepat-cepat tidurkan diri bagi mengelak dari berjumpa dengan Tengku Syed Emir

Jejaka itu pula bukan reti nak memujuk, malah dia ikutkan saja sikap Hania Nura. Tidak ingin mengacau isterinya kerana tidak mahu Hania Nura stress dan terlampau banyak berfikir

Ada la sesekali dia cuba untuk memujuk tapi belum sempat Tengku Syed Emir membuka mulut, Hania Nura sudah beredar dan mengelak darinya. Nak buat macam mana, itulah lumrah wanita

"Tau.. Kot.."

"Kot?? Habistu Han keluar ni dia tau tak?" Kali ini Rayyan Haris memalingkan tubuhnya memandang Hania Nura dibelakang

"Tau.. Kot.. Dah chat dia tadi."

"Han gaduh dengan Emir ke? Apa si Emir buat dekat adik abang sorang ni?"

Soalan Rayyan Haris dibiar tanpa jawapan, pandangan dikalihkan melihat pandangan luar. Bangunan-bangunan tinggi di tepi highway menjadi tarikan pandangan Hania Nura

Kenapa sejak dua menjak ni dirinya cepat terasa, cepat menangis, cepat marah? Terkadang tanpa sebab dia tidak dapat mengawal tindakannya sendiri, Hania Nura sendiri tidak tahu apa yang terjadi pada dirinya. Begitu kuat penangan ubat dari rawatan kemoterapi yang diterimanya

___________________

"Thank you abang." Kata Hania Nura setelah dia keluar dan menutup pintu kereta itu

"Sama-sama, ni Emir ambil kat sini ke kejap lagi?" Tanya Rayyan Haris

"Er.. Haah. Nanti abang ambil Han eh?"

"Ye abang ambil macam biasa."

Setelah itu kereta yang dipandu pemandu mereka meluncur keluar dari perkarangan lobi apartment Hania Nura, pintu masuk lobi dituju sebelum butang lift ditekan

Sudah lama rasanya dia tidak kembali ke sini, rumah pertama yang dibeli menggunakan hasil titik peluhnya

Setiba dia di tingkat apartmentnya, pintu rumahnya dibuka perlahan sebelum salam diberi, dengan berhati-hari dia melangkah masuk ke dalam rumah itu

Ruang hadapan yang bersambung dengan ruang dapur itu ditatap, perabot dan perhiasan bertemakan Rose Gold dan Putih itu semuanya terletak elok dan rapi. Tiada sikit pun cacat cela yang terlihat, pasti Rayyan Haris yang menjaga rumah kesayangannya ini

"Haih rindunya dekat my baby semua, semua rindu mommy tak?" Hania Nura bermonolog sendirian walaupun dia tahu perabot dan perhiasannya itu tiada suara untuk menyahut

Dia kemudiannya masuk ke dalam bilik beradunya sebelum mencapai tuala baru didalam almari, dia ingin membersihkan diri. Walaupun tiada aktiviti berat yang dilakukan hari ini, badannya tetap terasa letih

Seusai Hania Nura membersihkan diri dan menukar kepada pakaian tidur, badannya direbahkan diatas katil empuk bersaiz Queen itu sebelum telefon pintarnya dicapai

Beberapa chat dari Tengku Syed Emir dilihat seketika, namun dia tidak mengendahkan chat dari jejaka itu

Incik Shubend

Sayang, awak kat
mana?
8.36 pm

Awak, balas la chat saya
ni
8.40 pm

Awak marah saya lagi
ke sayang?
8.45 pm

Sayang please.. balas
chat saya. Saya risaukan
awak
8.48 pm

Kemudian panggilan masuk dari Tengku Syed Emir, tetap juga tidak diendahkan bahkan telefonnya diletakkan di atas meja bersebelahan katilnya

Selimut ditarik agar menutupi tubuhnya, sejuk! Dia nekad untuk tidur di apartmentnya malam ini! Tidak mahu balik ke rumah bersua muka dengan Tengku Syed Emir

Hatinya masih terasa sakit dan cemburu apabila terkenangkan Tengku Syed Emir dan Tengku Rosabella, walaupun dia tahu hubungan mereka hanyalah sekadar sepupu. Atau adakah lebih dari itu?

The Teaser and Her LoverWhere stories live. Discover now