Tengku Syed Emir berjalan menuju ke lounge hospital berdekatan bilik kerjanya untuk membeli secawan kopi, harinya ini sedikit meletihkan kerana ruang kecemasan yang dari pagi sehingga petang dipenuhi dengan pesakit-pesakit yang baru dimasukkan
Walaupun penat tetapi bibirnya tidak henti menguntumkan senyuman kepada para pekerja dan pesakit di hospital itu. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, kenapa Tengku Syed Emir memilih untuk berkhidmat di hospital Kuala Lunpur sedangkan pelbagai lagi hospital luar yang lebih privasi dan gaji yang ditawarkan lebih lumayan
Kerana Tengku Syed Emir mengikut jejak ayahnya yang tetap merendah diri, dia berkhidmat hanya untuk membantu rakyatnya tidak mengira nilai wang yang diterima setiap bulan. Dia ikhlas, itu sahaja sebabnya
Setibanya dia dihadapan mesin air layan diri, duit dimasukkan sebelum dia menekan butang untuk air yang diingini
"Emir! There you are!" Sapa satu suara
Tengku Syed Emir mengerling mencari suara yang menyapanya, terlihat Doktor Eliana yang sedang mengatur langkah kearahnya
"El? Cari I ke?"
"Ya, I cari you dari tadi."
"Oh, coffee?" Tengku Syed Emir mempelawa rakan sekerjanya, Doktor Eliana
"It's okay, thanks by the way."
"Kenapa you cari I? Ada benda urgent ke?" Tengku Syed Emir mengambil cawan kertas dari dalam mesin layan diri itu kemudian dibawa ke bibirnya, menghirup perlahan Nescaffe panas itu
"I dengar your wife pregnant, betul ke?" Tanya Doktor Eliana pada rakan sekerjanya
Tengku Syed Emir mengekori langkah Doktor Eliana berjalan ke tempat duduk di lounge hospital tersebut sebelum melabuhkan punggung mereka diatas kerusi
"Betul la tu, Alhamdulillah almost 2 months." Balas Tengku Syed Emir sambil tersenyum terkenangkan kandungan Hania Nura yang hampir mencecah 2 bulan
Perlahan Doktor Eliana menghembuskan keluhan sebelum menyelak rambutnya kebelakang, gelisah dengan kata-kata rakan sekerjanya itu
"Emir, did I not tell you about that?"
"About what?"
"Semasa rawatan kemoterapi, pesakit tidak boleh mengandung."
Kening Tengku Syed Emir bercantum, memandang pelik Doktor Eliana yang berada dihadapannya
"Apa maksud you El?" Perlahan-lahan cawan kertas diletakkan diatas meja, mata kini tertumpu sepenuhnya pada wajah Doktor Eliana
"Ubat dari kemoterapi ni boleh membahayakan janin and the worst thing is miscarriage."
Wajah yang awalnya ceria kini berubah suram dan mendatar setelah mendengar apa yang diperkatakan rakan sekerjanya itu, Doktor yang merawat isterinya selama gadis itu ditahan di hospital
"I ingatkan you tahu tentang hal ni? Bukan I ada bagitahu you ke?" Tanya Doktor Eliana
Tengku Syed Emir kini tidak boleh berfikir apa-apa, fikirannya sedang bercelaru mengenangkan sakit yang ditanggung isterinya dan juga zuriat mereka yang dikandung Hania Nura
"So after this Hania tak boleh ambil ubat tu dah? Macam mana El? Macam mana dengan kanser dia?"
"Kita stop dulu and tengok macam mana nanti, if she's getting better then we will stop the therapy but if otherwise..." Doktor Eliana berhenti seketika, ragu-ragu mahu menyambung kata-katanya

YOU ARE READING
The Teaser and Her Lover
RomansaSyed Emir Aayn seorang yang pendiam dan pemalu dengan orang-orang disekelilingnya tetapi cekap dan teliti dalam pekerjaan. Namun kehadiran seorang gadis bernama Hania Nura telah membuat Syed Emir Aayan berubah perwatakannya dan cara gaulannya dengan...