Bab 36

90 9 2
                                    

"Sayang. Dah siap ke belum?" Pintu dikuak dari luar dengan perlahan mengintai Hania Nura yang sedang bersiap di dalam bilik beradu mereka berdua

Hania Nura yang sudah siap memakai dress labuh bercorak floral separas lutut itu mencapai perfume kegemarannya Narciso Rodriguez di sembur pada belakang telinga, leher, pergelangan tangan dan pada tubuh badannya di hadapan dan juga bahagian belakang tubuhnya

Kemudian dia mencapai pula perfume kegemarannya juga iaitu La Capital by Xerjoff untuk layer yang ke dua, disembur pada 'point' yang sama sebelum diletakkan kembali diatas meja makeup

"Amboi sayang saya ni wangi-wangi nak pergi mana?" Saja Tengku Syed Emir mengusik isterinya yang sakan bersiap memakai 2 jenis perfume

Wangian yang datang dari tubuh Hania Nura menusuk ke rongga hidungnya, wangi dan.. seksi...

Kata-kata dari Tengku Syed Emir dibiarkan berlalu sebelum mencapai beg tangannya kemudian menapak keluar dari bilik itu,

"Sayang, tunggu la abang." Tengku Syed Emir mengejar isterinya sudah hampir ke pintu masuk apartment itu

Hania Nura menghentikan langkah sebelum menoleh memandang Tengku Syed Emir dengan pandangan yang tajam

"Jangan la pandang abang macam tu, macam nak makan abang je. Ke kita tak jadi pergi rumah mama dan papa?"

"Nak stay dekat dalam bilik je pun abang okay, abang lagi suka!" Usik Tengku Syed Emir lagi

Hania Nura mengeluh perlahan kemudian memutarkan bebola matanya keatas setelah melihat reaksi teruja Tengku Syed Emir, pintu dibuka sebelum dia melangkah keluar, malas mahu melayan jejaka itu

___________________

Sesampai mereka di rumah agam milik keluarga Hania Nura, Tengku Syed Emir segera mencapai tangan isterinya dan menggenggam erat tangan mulus itu. Tindakannya mendapat jelingan tajam oleh Hania Nura

"Lepas la!"

"Tak nak. At least kita sorok hal ni dari family kita." Kata Tengku Syed Emir seraya memandang ke dalam mata hazel Hania Nura

"Oh! Nak saya pura-pura depan family saya la? Tak nak! Cukup awak sorang je pura-pura depan saya!" Dengan itu genggaman tangan dileraikan oleh Hania Nura sebelum gadis itu menapak masuk ke dalam rumah agam itu

Tercengang dibuatnya Tengku Syed Emir mendengar balasan dari Hania Nura, kepala yang tidak gatal digaru perlahan

"Assalamua- Abang Naz!!!!"

Tidak sempat habis menyebut salam Hania Nura sudah pun berlari menerjah Haider Nazir yang sedang duduk di atas sofa, menonton televisyen di ruang tamu hadapan

"Ya Allah Hania! Jangan lari!" Marah Haider Nazir

"Kalau jatuh lagi macam mana? Ish la budak ni."

"Ala... Abang ni nak bebel-bebel pulak, tak nak la kawan!" Sebik Hania Nura

Dia baru sahaja ingin bermanja dan melepaskan rindu pada abang sulungnya, Haider Nazir tetapi sudah dimarahi begitu terus terpotong niatnya

"Bila abang cakap merajuk, sikit-sikit merajuk. Orang risau dekat dia, marah kan tanda sayang." Kata Haider Nazir seraya mengelus lembut rambut coklat perang milik adik perempuannya

The Teaser and Her LoverWhere stories live. Discover now