Hania Nura berjalan bersebelahan dengan Syed Emir Aayan atau gelaran baharunya Tengku Syed Emir Aayan. Hania Nura berasa kekok berjalan dengan jejaka yang tidak dikenali asal usulnya itu
"Em.. awak sihat?" Tanya Tengku Syed Emir sambil mengerling gadis disebelahnya, Hania Nura hanya menganggukkan kepala
"Boleh saya tanya?" Tanya Hania Nura setelah mengambil tempat di salah satu lounge chair yang berada dihalaman itu
"Boleh." Sepatah saja yang keluar dari mulut Tengku Syed Emir Aayan setelah mengambil tempat berhadapan dengan Hania Nura
"Awak tak selesa dengan saya ke?" Tanya Hania Nura sambil memandang anak mata berwarna amber milik Tengku Syed Emir Aayan
Tersentak mendengar soalan yang dilontarkan oleh Hania Nura membuatkan Tengku Syed Emir mendiamkan diri seketika sebelum berusara "B..bukan macam tu.."
"Saya cuma tak biasa dengan kaum hawa." Jawab Tengku Syed Emir sambil menundukkan kepalanya
"Em.. Awak.. Tak nak cerita kat saya? Apa yang jadi kat awak lepas kita keluar makan haritu?"
Flashback
Pakaian Mess Kit diraja terletak cantik diatas tubuh Syed Emir Aayan yang tegap dan tinggi itu dengan rambut berwarna coklatnya disikat rapi mampu menggugat para gadis dengan sekilas pandangan
Upacara Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran kepada anakanda sulung Raja dan Permaisuri iaitu ayahanda kepada Syed Emir ataupun gelaran baharunya Tengku Syed Emir Aayan berjalan dengan lancar , para tetamu yang menjadi saksi hari bersejarah ini tidak berhenti mengucapkan tahniah kepada keluarga kecil Tengku Asyraff Musa
"Syed Emir! My cousin!"
Satu suara menyebut namanya membuatkan dia menoleh kebelakang, terlihat seorang jejaka berpakaian sama sepertinya bersama seorang wanita disamping jejaka itu berjalan menuju ke arah Tengku Syed Emir
"Long time no see, kau sihat?" Tengku Syed Emir dan Tengku Amar Yusuf bersalaman sebelum melagakan bahu mereka
"Alhamdulillah sihat. Kau apa khabar?"
"Sihat, sihat Alhamdulillah."
"Berapa bulan dah?" Syed Emir Aayan memandang sekilas perut Tengku Jasmine Adilla yang makin membuncit
"8 bulan dah, tunggu due date je ni." Balas Tengku Jasmine sambil mengukir senyuman dibibirnya
"You tu, bila nak tamatkan zaman bujang? Ke nak kitaorang cari kan?" Gurau Tengku Jasmine , Tengku Syed hanya balas dengan senyuman
Tengku Amar Yusuf dan Tengku Jasmine Adilla disatukan 2 tahun yang lepas , akhirnya penantian mereka suami isteri tamat apabila mereka dikhabari dengan berita gembira kehamilan Tengku Jasmine
YOU ARE READING
The Teaser and Her Lover
RomanceSyed Emir Aayn seorang yang pendiam dan pemalu dengan orang-orang disekelilingnya tetapi cekap dan teliti dalam pekerjaan. Namun kehadiran seorang gadis bernama Hania Nura telah membuat Syed Emir Aayan berubah perwatakannya dan cara gaulannya dengan...