Hania Nura memusingkan badannya ke kiri dan ke kanan namun matanya masih celik dan tidak boleh pejam,
Krukk~
Tangannya mengelus lembut perutnya yang berbunyi sebentar tadi, "Anak mommy lapar ke?" Hania Nura bermonolog sendirian
Dia memusingkan badannya ke belakang menghadap Tengku Syed Emir yang sedang lena diulit mimpi, wajah tenang suaminya itu ditatap seketika "Senangnya dia ni tidur, letak je kepala terus lena."
Jam dikerling sekilas menunjukkan pukul 2 pagi, perut lapar tapi sudah lewat pagi. Mahu keluar ke dapur untuk masak tetapi malas pula. Keluhan dilepaskan perlahan
"Abang.." Suara sengaja dimanjakan, jari telunjuk mencuit lembut bahu milik Tengku Syed Emir
Tiada respon
"Abang... Bangun la..." Kini badannya dilenyekkan diatas badan Tengku Syed Emir, ingin mengejut jejaka itu bangun dari tidurnya
"Abang.. Bangun! Tolong la bangun!" Badannya digesel lagi pada tubuh sasa suaminya
"Hm..." Setelah sekian kalinya dia cuba untuk mengejut Tengku Syed Emir akhirnya dia menerima respond dari jejaka itu
"Baby lapar, sayang nak makan." Suara dimanjakan lagi
"Sayang lapar? Nak makan apa?" Tanya Tengku Syed Emir dengan suara yang serak basah dan mata yang masih terpejam rapat
Tubuh Hania Nura yang menindihnya itu ditarik masuk ke dalam pelukan hangatnya, wangian bau vanila yang datang dari rambut ikal mayang milik gadis itu menyapa rongga hidungnya
"Sayang teringin nak makan Mcd." Hania Nura mendongak melihat wajah Tengku Syed Emir, mata jejaka itu masih tertutup rapat
Tengku Syed Emir kemudiannya membuka mata dengan perlahan sebelum mengerling jam yang terletak di atas meja di belakangnya, "Dah lewat ni sayang, lagipun mcd tak bagus untuk kesihatan."
"Tapi baby yang teringin, bukan sayang." Mulutnya disebikkan sedikit, pandangannya masih pada wajah Tengku Syed Emir
"Kesian baby, kalau tak dapat nanti air liur dia meleleh-leleh." Hania Nura cuba meyakinkan suaminya jari jemarinya bermain pada dada bidang jejaka itu
Tengku Syed Emir berfikir seketika sebelum membalas "Makan sikit je okay? Untuk alas perut."
"Baik bos!" Lebar senyuman Hania Nura, tangannya memeluk tubuh milik Tengku Syed Emir dengan lebih erat
"Nak upah dulu." Balas Tengku Syed Emir dengan tiba-tiba, mata kembali pejam
"Upah apa?"
"Upah kiss! Apa? Ingat free ke?" Usik Tengku Syed Emir
"Abang ni! Gatal la! Dulu kemain eh malu-malu kucing!" Dada bidang milik Tengku Syed Emir dipukul
Smooch!
Bibir merah jambu Hania Nura disentuh sekilas oleh bibir milik Tengku Syed Emir, makin geram dia apabila melihat pipi putih gadis itu kini sudah bertukar menjadi warna merah jambu
"Itu dulu, sekarang lain. Apa kurangnya sayang abang ni? Dulu kemain berani pikat abang, sekarang abang kiss sikit je dah merah-merah muka tu." Balas Tengku Syed Emir seraya tersenyum sinis melihat isterinya
Belum sempat Hania Nura melakukan apa-apa pada suaminya, Tengku Syed Emir dengan pantas bangun dari katil mereka kemudian berjalan laju menuju ke dalam walk in wardrobe untuk menukar pakaian
"Jangan berangan lama-lama sangat! Nanti anak kita terikut sekali!" Usik Tengku Syed Emir dari dalam wardrobe itu engan nada yang sedikit tinggi
YOU ARE READING
The Teaser and Her Lover
RomanceSyed Emir Aayn seorang yang pendiam dan pemalu dengan orang-orang disekelilingnya tetapi cekap dan teliti dalam pekerjaan. Namun kehadiran seorang gadis bernama Hania Nura telah membuat Syed Emir Aayan berubah perwatakannya dan cara gaulannya dengan...