"Farah! Sini!"
Farah Talia yang dari tadi menjenguk mencari kelibat sosok tubuh rakannya serta merta mengecam gadis yang melambai-lambai tangan memanggilnya
"Sorry lambat. Traffic jam." kata Farah Talia setelah tiba dihadapan Hania Nura bersama seorang lagi kenalan gadis itu
"It's okay. Oh by the way, ni Tengku Jasmine. Wife sepupu Emir, Biras I." Hania Nura memperkenalkan Tengku Jasmine kepada Farah Talia
"Farah Talia. Panggil Ara je."
"Tengku Jasmine, panggil Jas je." Mereka berdua berjabat tangan seraya memperkenalkan diri sendiri, senyuman tidak lekang dari bibir dua gadis itu
"Jom! Kita pergi makan dulu? I lapar sangat dah ni." Kata Hania Nura seraya memeluk sebelah lengan Farah Talia dan sebelah lagi memeluk lengan Tengku Jasmin, berjalan diantara dua rakan baharunya
___________________
Kafe yang bertemakan rustic & green menjadi tempat santapan ketiga-tiga gadis 20an itu, mereka mengambil tempat di tingkat atas. Suasana yang tenang dan indah ditemani dengan tumbuhan-tumbuhan hijau membuatkan mereka senang
"Preparation untuk majlis you dah siap ke Ara?" Tanya Hania Nura seraya menghirup ais coklat yang dipesan tadi
"Mostly dah settle cuma tu la, baju je tak jumpa yang berkenan lagi." Farah Talia menghembuskan keluhan kecil sebelum dua ketul french fries disaluti dengan mayonis dan daging hancur dimasukkan ke dalam mulutnya
Risau pula bila fikirkan majlis yang akan tiba tidak lama lagi tetapi baju untuk persandingan Farah Talia dan Tawfeeq Talha masih tidak jumpa yang menarik perhatiannya
Bukan nak kata cerewet tetapi perkahwinan kan hanya sekali seumur hidup, jadi dia mahu semuanya berjalan dan mengikut apa yang sudah dirancang dan apa yang dimahukannya
"Bukan mommy you ada butik baju ke Han? Boleh la custom made baju wedding untuk Ara ni." Tengku Jasmine memberi idea
"Haah la, kenapa you tak cakap kat I je? Nanti I set kan appointment dengan mommy I." Hania Nura langsung mencapai Iphone 13 Pro Max miliknya sebelum menghantar mesej kepada Datin Seri Nadhra
"Tak apa ke? Macam susahkan mommy you je?"
"Tak lah, mana ada susahkan. Mommy I lagi happy kalau ada orang request nak buat baju dengan dia." Hania Nura memberikan senyuman kepada Farah Talia sebelum meletakkam kembali telefon pintar diatas meja, Farah Talia sekadar mengangguk
"Jas, kenapa you tak bawak Naleen hari ni? Rindu la dekat busyuk masyam tu!"
"Bagi la chance kat mak dia ni nak berMe Time. Kalau I bawak dia tadi, memang lambat lagi la I dapat duduk senang lenang macam ni." Balas Tengku Jasmine sebelum menyuap pasta Fettuccine Alfredo kedalam mulutnya
"Hahaha, kenapa? Naleen lasak ke?" Tertawa kecil Hania Nura teringatkan si kecil itu
"Ya Allah Han, bukan lasak je, lasak sangat tau! Kalau dapat anak girl ni memang kena banyak bersabar la, lagi-lagi kalau baru dapat kaki." Tengku Jasmine menggeleng kepalanya apabila teringat telatah Tengku Naleen memanjat sofa di rumahnya kelmarin
"Naleen siapa?" Tanya Farah Talia
"Puteri sulung I, Puteri Naleen Aisyah"
"You dah ada baby? Serius la? Macam mana you maintain badan?" Terkejut Farah Talia setelah melihat tubuh badan ramping milik Tengku Jasmine, walhal gadis itu sudah pun mempunyai seorang anak perempuan
YOU ARE READING
The Teaser and Her Lover
RomantizmSyed Emir Aayn seorang yang pendiam dan pemalu dengan orang-orang disekelilingnya tetapi cekap dan teliti dalam pekerjaan. Namun kehadiran seorang gadis bernama Hania Nura telah membuat Syed Emir Aayan berubah perwatakannya dan cara gaulannya dengan...