"N..Naz nak kahwin."
Terbuntang luas mata Datuk Seri Hamzah dan Datin Seri Nadhra, Hania Nura yang baru sahaja menyuap makanannya ke dalam mulut terus terkeluar kembali makanan tadi dek kerana mulutnya terbuka luas
Sudu pencedok lauk pula terlepas dari genggaman tangan Rayyan Haris terkejut dengan kata-kata dari Haider Nazir
Mana tidaknya, tiada dalam pengetahuan mereka yang Haider Nazir mempunyai sebarang kawan perempuan, yang ada hanyalah kenalan satu industri. Itu pun mereka akan bergaul semasa kerja sahaja tidak pernah lagi dia keluar bersama kenalan-kenalan perempuannya itu
Tengku Syed Emir melihat reaksi mereka yang terkejut beruk, 'Kenapa dorang ni terkejut sangat?' Bisik hati Tengku Syed Emir
"Naz nak kahwin dengan siapa?"
"Abang nak kahwin dengan siapa?"
"Kau nak kahwin dengan siapa?"
Mereka berempat bertanya serentak seraya memandang Haider Nazir dengan riak yang sungguh ingin tahu, terkejut bercampur juga
"Ada la, nanti Naz bawa jumpa semua." Balas Haider Nazir dengan keadaan yang tenang sebelum memasukkan makanan ke dalam mulutnya
"Kau ni sejak bila ada girlfriend ni? Tak pernah pun kau cerita? Kawan pun tak ada macam mana boleh ada awek?" Sembur Rayyan Haris
Jelingan maut diberikan oleh Haider Nazir, "Aku korek biji mata kau nanti baru tahu!" Garfu diangkat sebelum disuakan pada wajah Rayyan Haris
"Dah lama ke Naz kenal dengan budak perempuan tu?" Tanya Datin Seri Nadhra
"Lama tak berapa lama pun ma, tapi Naz rasa nak jaga dia dan sentiasa ada disamping dia."
Datuk Seri Hamzah dan Datin Seri Nadhra mengangguk faham dengan jawapan yang diberi oleh anak sulungnya
"Sejak bila kau pandai jiwang-jiwang ni?" Riak wajah menjijikkan diberi oleh Rayyan Haris, Haider Nazir sekadar menjeling jejaka di sebelahnya
"Ala! Nanti Han dah tak boleh nak manja-manja dengan abang Naz. Tak nak la macam ni!"
Sebik Hania Nura setelah mengenangkan satu-satunya abang dan tempat dia bermanja bakal meninggalkannya dan bakal membina masjid tidak lama lagi
"Jangan la macam ni, Han kan dah ada suami. Kesian la kat abang yang tak ada tempat nak manja ni." Haider Nazir memandang Hania Nura dan memberikan senyuman kepada gadis itu tanda semuanya akan baik-baik sahaja
___________________
Hania Nura sedang duduk di salah satu kerusi di halaman rumah keluarganya, langit biru yang terbentang luas ditatap dengan tenang. Angin yang terkadang lalu meniup lembut rambut coklat perangnya
"Adik abang termenung apa tu?"
Haider Nazir mengambil tempat bersebelahan dengan Hania Nura, gadis itu tidak mengalih pandangan untuk memandangnya
"Adik abang ni merajuk lagi ke dengan abang?"
Dengan tiba-tiba air mata Hania Nura mengalir dengan perlahan kemudian menitik jatuh ke pehanya
YOU ARE READING
The Teaser and Her Lover
RomanceSyed Emir Aayn seorang yang pendiam dan pemalu dengan orang-orang disekelilingnya tetapi cekap dan teliti dalam pekerjaan. Namun kehadiran seorang gadis bernama Hania Nura telah membuat Syed Emir Aayan berubah perwatakannya dan cara gaulannya dengan...