Bab 20

100 9 0
                                    

Hania Nura menggerakkan kedua matanya sebelum perlahan-lahan mata dibuka, cahaya dari lampu bilik wad itu menyapa kemudian dia tutup kembali

Dia berdecit, kepalanya terasa sakit akibat terkejut dengan cahaya yang terang lantas segera dia memegang kepalanya 'Aku kat mana ni?'

"Sayang? Awak okay tak?" Tengku Syed Emir yang terasa ada pergerakan dari Hania Nura segera bangun dari duduknya, merapatkan dirinya dengan Hania Nura

"A..awak s..siapa?" Tanya Hania Nura seraya bangun dari baringnya

Tersentak Tengku Syed Emir apabila mendengar pertanyaan dari Hania Nura, 'Dia tak ingat aku ke? El takde pulak cakap ada side effect dari pembedahan tu'

"A..awak tak ingat saya? Saya Emir, suami awak. Awak betul ke tak ingat saya?"

"Suami? Bila masa saya kahwin?" Hania Nura memandang pelik Tengku Syed Emir

"A..awak.." Terasa dada Tengku Syed Emir sebak, bagaikan tidak percaya yang Hania Nura hilang ingatan tentang dirinya

"Pffttt.. Hahahah." Gelak sakan Hania Nura apabila melihat riaksi yang diberi Tengku Syed Emir tadi

Jejaka itu kini pelik melihat Hania Nura ketawa sakan, dah kenapa? Apa yang jadi sebenarnya ni?

"Saya gurau je la, saya baru sakat sikit awak dah nak nangis." Kata Hania Nura berselang dengan saki baki tawanya

Terus masam muka Tengku Syed Emir setelah sedar dirinya dipermainkan oleh Hania Nura, baru bangun dari koma pandai pulak dia terus nak menyakat orang! Ish!

"Awak ni tak baik tau main-main macam ni."

"Alololo, jangan la marah. Saya minta maaf eh? Awak rindu saya tak?" Hania Nura menyengetkan kepalanya memandang Tengku Syed Emir

"Tak rindu! Kepala tu tak payah senget sangat." Dia menegakkan kembali kepala Hania Nura

"Oh tak rindu eh? Takpe la, saya sambung tidur. Nur-" Baru sahaja Hania Nura ingin menjerit memanggil jururawat terus terhenti apabila bibirnya disentuh dengan bibir Tengku Syed Emir seketika

"Jangan nak nakal sangat boleh tak?" Kata Tengku Syed Emir dengan suara yang garau dan dalam

Wajah mereka rapat sehingga Hania Nura dapat merasa nafas hangat Tengku Syed Emir, jarak hanya seinchi. Pipi Hania Nura merona merah apabila tersedar bibirnya dicium oleh Tengku Syed Emir

"Nak lagi boleh?" Terbeliak mata Tengku Syed Emir apabila mendengar permintaan Hania Nura dengan wajah yang selamba 'boleh tahan jugak budak ni eh?'

"Kita kat hospital-"

"Awak kiss saya tadi boleh? Ala boleh la, saya dah lama tak rasa hmmpp" Segera Tengku Syed Emir menutup mulut isterinya menggunakan tangan, meminta pula Hania Nura ni, membuatkan Tengku Syed Emir terasa malu dengan tindakannya tadi

"Saya nak awak tutup mulut saya dengan bibir awak! Bukan dengan tangan awak!" Sebik Hania Nura setelah menarik ketepi tangan Tengku Syed Emir yang menutupi mulutnya

Makin terbeliak mata Tengku Syed Emir dengan kata-kata Hania Nura, selamba betul dia bercakap riak wajah pun bersahaja 'kalau tau tadi baik aku tak cium' gumam dia didalam hati, Hania Nura bercakap bagai perkara itu biasa

"Hania, kita kat hospital ni. Tunggu kita balik nanti baru saya buat lagi eh?" Pujuk Tengku Syed Emir cuba untuk menghentikan Hania Nura dari melanjutkan topik ini

"Janji eh? Saya nak lebih tau! Pakej baby!" Terkaku Tengku Syed Emir sekali lagi, ini dah mendalam sangat topik ni

"T..tak awal sangat ke?" Tanya Tengku Syed Emir seraya mengusap belakang lehernya , segan pulak apabila berbicara tentang topik ini

"Mana ada awal, saya tak nak lama-lama. Tak tahan~" Bisik Hania Nura di telinga Tengku Syed Emir dengan intonasi yang menggoda

Gulp!

Air liur ditelan kesat, tiba-tiba badannya terasa panas 'Sabar Mir, tahan.' Matanya ditutup seketika cuba menenangkan fikiran

"D..dah dah. Awak rehat eh? Saya pergi toilet kejap." Kata Tengku Syed Emir seraya bangun berjalan menuju ke bilik air wad itu

Makin pandai Hania Nura mengusik Tengku Syed Emir, topik yang Advance pulak tu. Bukan main eh? Macam bukan baru bangun dari koma je? Hm

"Pffftt. Baru goda sikit, dah tak tahan." Hania Nura menahan dirinya dari ketawa besar setelah melihat reaksi Tengku Syed Emir sebentar tadi

Suka betul dia menyakat Tengku Syed Emir, bukan apa dia suka melihat reaksi jejaka itu yang malu apabila diusik. Nakal? Ye memang dia nakal, mengusik dan menyakat memang hobinya sejak kecil lagi

___________________

"Assalamualaikum." Tengku Syed Emir membuka pintu rumah agam milik keluarganya , kemudian dia memimpin Hania Nura masuk bersama

Akhirnya setelah beberapa hari ditahan di hospital kini Hania Nura telah dibenarkan pulang ke rumah, keadaannya sudah stabil dan semakin sembuh. Terima kasih kepada Doktor Eliana yang merawatnya semenjak dia tiba di hospital itu

Maklum lah pesakit VVIP la katakan, mesti la kena extra monitor. Cucu menantu kepada Raja dan Permaisuri Agong kan

"Waalaikumsalam, sampai pun Mir." Tengku Aafiyah yang datang dari dapur mendapatkan anak dan menantunya

"Ni Hania dah okay ke ni?" Tanya Tengku Aafiyah setelah tangannya disalam oleh Tengku Syed Emir dan Hania Nura

"Alhamdulillah okay bonda." Senyuman diukir dibibir Hania Nura

"Hania nak makan tak? Bonda baru lepas masak makan tengahari. Ada masak lemak daging salai, ayam berempah, sambal udang petai pun ada."

Bersinar-sinar mata Hania Nura setelah mendengar lauk kegemarannya, masak lemak daging salai! Segala masakan berkenaan daging atau daging salai pasti akan menjadi makanan kegemarannya

"Boleh juga bonda, kita makan sama-sama." Kata Tengku Syed Emir

"Tapi udang awak tak boleh makan tau? Nanti gatal-gatal kat bekas operation tu." Nasihat diberi oleh Tengku Syed Emir

Ahhh! Tak kisah! Sebab bukan udang yang dikejarnya, ada daging memang lauk lain tak pandang la!

Mereka bertiga bergerak menuju ke meja makan yang boleh memuatkan 10 orang itu, Tengku Syed Emir menarik kerusi sebelum Hania Nura melabuhkan punggungnya kemudian mengambil tempat duduk di sebelah gadis itu

Teruja Hania Nura melihat lauk pauk yang terhidang diatas meja makan, pembantu rumah itu mencedok nasi untuk mereka bertiga kemudian menuang pula air mangga ke dalam cawan

"Nak lebih boleh? Hehe" Sengih Hania Nura sehingga menampakkan gigi putihnya apabila Tengku Syed Emir menciduk lauk Masak Lemak Daging Salai ke dalam pinggannya

"Nak lagi?"

"Cukup. Cukup. Thank you."

Tengku Syed Emir, Hania Nura dan Tengku Aafiyah makan sambil berbual di ruang makan itu, pelbagai topik yang diborak oleh Hania Nura dan Tengku Aafiyah. Tersenyum Tengku Syed Emir melihat dua wanita kesayangannya ceria berborak, sudah lama dia teringin suasana begini



















Thank you pada yang sudi membaca! Jangan lupa vote dan comment tau! 😘❤️ Sayang korang! 🥰❤️

The Teaser and Her LoverWhere stories live. Discover now