Bab 40

83 10 0
                                    

Suasana yang tadinya riuh dengan suara-suara pemain Golf disitu tiba-tibanya sunyi apabila kasut tumit tinggi menyapa gegendang telinga mereka, kelihatan sosok tubuh seorang gadis berpakaian dress yang labuhnya diatas lutut, menampakkan bentuk tubuhnya yang cantik

Gadis itu berjalan dengan penuh gaya tanpa memandang ke kiri mahupun ke kanan untuk melihat jejaka-jejaka disitu namun pandangannya terus ke hadapan menuju ke tempat duduk hujung dimana tempat 3 jejaka yang menanti kehadirannya

Tiga jejaka itu hanya memerhati gerak geri gadis itu dengan senyuman sinis, tidak lepas pandangan mereka terhadap gadis yang mengatur langkah kearah mereka

"Apa ni Bell, macam mana you nak main golf dengan kitaorang kalau you pakai macam ni?" Tanya Tengku Aideen

"Memang kat sini tak ada tempat tukar baju kan?" Tengku Rosabella memandang sinis sepupunya itu

"Kalau I tak tukar pun, ingat I tak boleh main ke?" Beg tangannya diletakkan diatas kerusi bersebelahan dengan Tengku Mukhriz sebelum dia merampas kayu golf dari tangan Tengku Aideen

Posisi dibetulkan sebelum Tengku Rosabella menghayun kayu golf itu membuatkan bola kecil berwarna putih itu melayang jauh dari tempat asalnya

Pak!

Tengku Aideen ternganga setelah melihat aksi yang ditunjukkan Tengku Rosabella sebentar tadi, kuat hayunan gadis itu dapat didengari dari bunyi kayu golf itu tadi

"Whose balls next?" Tanya Tengku Rosabella seraya meletakkan kayu golf yang dipegangnya diatas bahu

"That's my woman!" Kata Tengku Mukhriz seraya menepuk tangannya, tersenyum bangga melihat Tengku Rosabella

Dengan pantas Tengku Aideen mengambil beg tangan milik Tengku Rosabella sebelum meletakkan diatas riba pehanya, menutupi bahagian bawah perutnya

Tengku Rosabella tersenyum sinis melihat Tengku Aideen yang mengelak pandangan matanya, tu la lain kali jangan pandang sebelah mata!

Tengku Razeen kemudian mengambil posisi Tengku Rosabella sebentar tadi sebelum menghayunkan kayu golf yang berada digenggamannya

"You guys tahu tak yang wife Emir tu pregnant?" Tanya Tengku Razeen

"Pregnant? Wow! Subur jugak si Emir tu eh? Nampak je kayu macam tu!" Seloroh Tengku Aideen

Tengku Rosabella berdecit sebelum mecampak kayu golf yang dipegangnya ke arah Tengku Aideen

"Adoi!! Sakit la Bella!" Tengku Aideen mengurut kepalanya yang sakit dek kerana kayu golf yang dibaling Tengku Rosabella tadi

"You patut bersyukur tau Bella, our parents not in Malaysia. Kalau tak habis la you kena dengan daddy." Balas Tengku Razeen lagi

"Memang patut pun la Bella tolak perempuan tu, suka suka hati dia je panggil Bella ni psycho. Mulut perempuan tu macam bangsat!" Marah Tengku Mukhriz

Tengku Rosabella memeluk tubuh memandang padang golf yang terbentang luas itu, dia masih tidak berpuas hati dengan Hania Nura sejak hari pertama mereka bertentang mata

Lagi-lagi pula dari anggapannya Hania Nura telah merampas Tengku Syed Emir darinya, dia perlu mencari jalan bagaimana mahu mendapatkan Tengku Syed Emir semula

"Tapi kan, aku tengok wife Emir tu cantik jugak eh? Macam sedap je kalau kena ratah." Kata Tengku Aideen sambil tersenyum sinis

Mendengar kata-kata Tengku Aideen membuatkan Tengku Rosabella tersenyum sinis, "You betul ke nak ratah dia?"

Ketiga tiga jejaka itu memandang gadis itu pelik kemudian memandang sesama mereka sendiri "Don't tell me...." Sapa Tengku Razeen serentak dengan Tengku Mukhriz

"Well, ada orang cakap ibu mengandung ni rasa dia lain macam."

"I tak nak masuk campur." Tengku Razeen mengangkat kedua tangan

"Kau tak nak, aku nak!!" Jerit Tengku Aideen teruja dengan idea sepupunya, Tengku Rosabella

Mata mereka kini tertumpu pada wajah Tengku Mukhriz menunggu jawapan dari jejaka itu, "Fine." Itu sahaja jawapan yang keluar dari mulut jejaka itu

"Apa plan you Belle?" Tengku Aideen dengan terujanya memandang Tengku Rosabella yang dari tadi tidak berhenti dengan senyuman jahatnya

"Chill, I bagitahu plan tu nanti but tonight let's party! It's on me!"

___________________

Hania Nura mengekori langkah Tengku Syed Emir yang sudah bersiap dengan pakaian kerjanya itu ke ruang tamu, wangian perfume yang menyapa rongga hidungnya itu membuatkan langkahnya makin laju mengekori suaminya

Buk!

"Auchh!! Abang!" Sebik Hania Nura setelah dahinya merempuh belakang tubuh sasa Tengku Syed Emir itu, dahinya digosok perlahan

"Lah sayang, dah kenapa ikut abang dari belakang? Abang ingat sayang dalam bilik." Tengku Syed Emir memegang wajah Hania Nura dengan kedua tangannya

"Sorry sayang." Dahi Hania Nura dikucup lembut sebelum mengelus lembut kepala milik Hania Nura

"Dari tadi sayang ikut abang, bau abang wangi sangat. Nak pergi kerja ke nak pergi dating ni?" Sebik Hania Nura sekali lagi

"Apa sayang ni? Abang nak pergi kerja la, cari rezeki untuk sayang and anak kita ni." Perut Hania Nura yang makin membuncit itu dielus lembut

"Tak boleh ke kalau sayang ikut?" Mata dikedip beberapa kali, membuat mimik wajah comel pada Tengku Syed Emir

"Tak boleh sayang, nanti sayang lagi bosan kalau sayang ikut abang."

"Hm fine... Kalau macam tu petang nanti sayang nak keluar dengan Farah dan Tengku Jasmine boleh?"

"Sayang nak keluar jugak ke? Tapi kan sayang baru lepas check up semalam, abang tengok muka sayang ni pun macam tak larat je. Sayang rest je la kat rumah eh?"

Tengku Syed Emir memandang wajah pucat sang isterinya, nampak keletihan di wajah gadis itu tetapi masih juga dia mahu meneruskan rancangan untuk keluar malah bersama rakan-rakan baharunya. Sudah nama pun Hania Nura, memang tidak reti duduk bersahaja di rumah, pasti ada sahaja akal panjangnya

"Ala sekejap je abang, lagipun bosan la duduk rumah. Sayang larat je ni. Please abang." Hania Nura mencebik bibir, suaranya sengaja dilentokkan seraya menggoncang lengan suaminya

Tengku Syed Emir memandang wajah sang isteri sebelum melepaskan keluhan kecil, bukan dia sengaja tidak membenarkan Hania Nura keluar bersama Farah Talia dan Tengku Jasmine cuma hatinya terasa berat ingin melepaskan isterinya pergi

"Yelah, janji pada abang kalau ada apa-apa berlaku, terus call abang." Pesan Tengku Syed Emir

"Janji! Hehe Thank you abang! Sayang suami Hania seorang ni!" Kepala dilentokkan kemudian digesel pada lengan Tengku Syed Emir, tidak ubah seperti seekor kucing meminta perhatian dari tuannya

The Teaser and Her LoverWhere stories live. Discover now