Bab 12

127 10 0
                                    

Hania Nura membuka matanya perlahan-lahan sambil melaraskan pandangannya dengan cahaya yang datang dari lampu syiling hospital itu, dia tahu dimana dia berada. Semasa dirinya dikejarkan ke hospital, Hania Nura masih separa sedar

Perlahan-lahan Hania Nura  bangun dari baringnya, bersandar dikepala katil. Masih tengiang-ngiang kata-kata doktor semalam apabila selesai dirawat dan dipindahkan ke wad biasa

"Do you remember what happened to you yesterday?" tanya doktor kepada Hania Nura yang sedang bersandar diatas katil, kepala gadis itu dibalut dengan bandage

Hania Nura sekadar mengangguk

"Do you know that you have a stage 3 brain tumor?" tanya doktor itu lagi

Hania Nura membeku seketika sebelum dia mengangguk perlahan

"You don't want to do treatment? You still have chance if you start your treatment now-" Hania Nura memotong kata-kata doktor dihadapannya itu

"I need your help, please keep this from my family. I don't want anyone to know." Dingin kata-kata Hania Nura

"Alright, I respect your decision and I believe you have your own reason. Take a good care of yourself, if you need any assistance just press the button"

Tidak dia sangka bahawa tumornya merebak dengan pantas, baru sahaja beberapa bulan dia diberitahu tentang kewujudan tumor yang berada didalam kepalanya itu. Patut lah makin kerap dia berasa sakit kepala, pening-pening, mual dan cepat letih, anggapannya kerana dia terlalu penat bekerja tetapi tidak!

Matanya memandang keluar tingkap, melihat rintik hujan yang turun dari langit membasahi bumi Singapura. Langit yang mendung seperti hatinya yang sayu memikirkan masa depannya yang gelap, gelap kerana tiada masa depan untuknya

Hania Nura tahu masa yang berbaki untuknya tidak lama, tidak lama untuk dia merasa bahagia, tidak lama untuk dia menyemai kasih bersama jejaka kesayangannya, tidak lama untuk dia mencium pipi gebu bakal anak-anaknya. Tanpa sedar air matanya mulai membasahi pipi seperti rintik hujan yang membasahi bumi

"Kenapa?! Kenapa aku?! Kenapa aku yang dipilih?!" Teriak Hania Nura, bantal dan barang-barang sekelilingnya dilempar jauh darinya, dilempar keatas lantai. Amarah mulai menguasai diri

"Aku tak nak semua ni! Aku tak nak sakit ni! Ya Allah engkau tarik la semula sakit ini dari aku Ya Allah!"

"Aku tak nak! Aku tak sanggup Ya Allah!" Teriak Hania Nura lagi sebelum memukul kepalanya berkali-kali

Jururawat yang mendengar teriak Hania Nura bergegas masuk, mereka memegang tangan dan kaki gadis itu tetapi gadis itu tetap meronta-ronta. Dengan pantas doktor yang merawatnya tadi menyuntik ubat penenang ke dalam badan Hania Nura, dalam beberapa saat gadis itu berhenti meronta dan matanya perlahan tertutup

"If she goes under control again, inject her. We cannot let her stress." Kata doktor itu

___________________

Hania Nura terasa tidurnya terganggu apabila terasa ciuman hangat dilabuhkan ditangannya, perlahan-lahan dia membuka mata. Kelihatan wajah yang dirinduinya bertahun-tahun kini berada dihadapannya

"A..abang Naz?" Suara serak basah Hania Nura memanggil Haider Nazir membuatkan mata jejaka itu terbuka

"Han! Han dah sedar! Han okay? Adik abang ni okay tak?" Tanya Haider Nazir teruja bersilang cemas

The Teaser and Her LoverWhere stories live. Discover now