Bab 23

85 6 0
                                    

"Hello? El?"

"Yes Mir? Anything I can help?"

"El I nak tanya, side effect dari ubat kemo tu ada pening-pening and muntah-muntah ke?" Tanya Tengku Syed Emir

"Hm.. Sometimes ada Mir, ikut pada badan masing-masing. Why? Teruk ke muntah-muntah wife you?" Kedengaran suara Doktor Eliana yang kerisauan

"Baru tadi dia muntah tapi muka Hania pucat sangat, I risau. Kalau side effect memang macam tu then it's okay la."

"Oh I see. Don't worry la Emir, side effect je tu. Kalau worse sangat better you bawak Hania ke hospital, I can check her."

"Okay I will, thanks El." Panggilan dimatikan, dia kembali ke katil dimana Hanai Nura sedang berehat. Telefon perlahan-lahan diletakkan diatas meja supaya tidak membuat bising, tidak mahu Hania Nura terjaga

Helaian rambut Hania Nura diselak ketepi supaya tidak menutupi wajah cantik gadis itu. Beberapa helaian rambut gugur ke tangan Tengku Syed Emir sewaktu dia menyentuh rambut gadis itu, keluhan kecil dilepaskan

Jujur hatinya luluh melihat keadaan Hania Nura sekarang, hari demi hari rambut ikal mayang milik gadis itu gugur satu persatu akibat dari rawatan yang diterima oleh Hania Nura. Badannya juga sering seperti tidak bermaya dan juga makin susut kerana tiada selera makan

Tidak henti Tengku Syed Emir berdoa agar masa dipercepatkan supaya Hania Nura kembali sembuh dan kembali seperti dahulu. Pasti gadis ini rindu dengan kerjayanya

___________________

Pakaian Mess Kit diraja yang terletak di tubuh badan Tengku Syed Emir diperkemaskan oleh Hania Nura, teliti dan fokus gadis itu memperbetulkan satu persatu perincian di baju itu

Hania Nura pula mengenakan dress Songket labuh berwarna kelabu terang dihiasi batu-batu manik yang menaikkan seri dress Songket yang dijahit oleh mama nya sendiri, Datin Seri Nadhra

"Cantiknya sayang saya harini." Tangan Tengku Syed Emir menjalar ke pinggang ramping milik Hania Nura

"Harini je ke saya cantik? Selalunya tak cantik la?" Tanya Hania Nura, pandangannya tetap di baju yang dipakai Tengku Syed Emir

"Hari-hari sayang saya ni cantik, tapi harini extra cantik!" Ciuman dilabuhkan dipipi Hania Nura

"Ish awak! Habis la makeup saya!" Sebik Hania selepas dia memukul bahu Tengku Syed Emir

"Awak ada makeup ke takde ke, tetap cantik di mata saya." Sebelah mata dikenyitkan kearah Hania Nura sebelum senyuman manis dilemparkan

"Ish! Sweet Talker!"

"Mir! Dah siap ke belum?! Kita dah lambat ni!" Jerit Tengku Syed Asyraff dari ruangan bawah

"Awak! Cepat! Ayah dah panggil!" Bergegas Hania Nura mencapai selendang kemudian diletakkan diatas kepala menutupi separuh rambutnya sebelum bergegas keluar dari bilik mereka

"Dah! Dah! Jom." Jawab Tengku Syed Emir yang sedang menuruni anak tangga di rumah agam itu bersama Hania Nura

"Amboi! Nak kata pengantin baru tapi dah lama kahwin." Usik Tengku Syed Asyraff

"Alaa, bagi la chance Emir nak bermanja dengan Hania. Bukannya selalu." Balas Tengku Syed Emir selamba

"Awak!" Badan sasa Tengku Syed Emir dipukul dari tepi, malu pula bila suaminya menjawab begitu

The Teaser and Her LoverWhere stories live. Discover now