Bab 17

104 9 0
                                    

Kuala Lumpur International Airport

"Finally, I'm back!." Tengku Rosabella membuka kedua lenggannya sambil menghirup udara di luar pintu masuk KLIA itu, akhirnya setelah beberapa tahun lamanya dia menghabiskan pengajian perubatannya di Australia kini tiba masanya dia mengembangkan kerjayanya sebagai doktor di Malaysia

"My sister! How are you? Makin cantik adik I sekarang ya?" Sapa Tengku Razeen

"Of course , you ingat I tak pandai bawak diri kat negara orang ke?" Sindir Tengku Rosabella

"Hahaha, you and your sarcastic memang tak boleh pisah eh?"

"Hm. Mana your two minions? Hidup ke mati dah dorang?" Tanya Tengku Rosabella sambil kening sebelah terangkat

"Hidup lagi, masing-masing busy. Kaki perempuan kan? By the way, you dah tau ke sepupu kesayangan you dah kahwin?" Tanya Tengku Razeen seraya mengangkat bagasi Tengku Rosabella kemudian meletakkan ke dalam bonet kereta Peugeot 508 berwarna merah gelap miliknya

"Ughh! I tak nak cakap pasal ni sekarang. I just want to go home and get a beautiful rest." Kata Tengku Rosabella sebelum masuk ke dalam kereta milik abangnya, Tengku Razeen

___________________

"Welcome, welcome my love! Akhirnya you balik jugak Malaysia, you tau tak I rindu you separuh nyawa." Kata Tengku Aideen, sepupu kepada Tengku Rosabella dan Tengku Razeen

"Rindu separuh nyawa la sangat, kenapa tak sampai mampos je?" Sindir Tengku Rosabella , suaranya sedikit tinggi kerana mahu melaraskan suaranya bersama musik di club malam itu

Mereka menganbil tempat khas VVIP di tingkat atas, suasana yang riuh, musik dari mainan DJ yang kuat dan lampu-lampu malap menerangi mereka. Berberapa botol arak tersusun di atas meja di hadapan sofa itu, Pasion Azteca, Diva Vodka, Morsha Vodka, Blender's Pride Whiskey & macam-macam lagi

"Kalau I tak ada, siapa nak jaga you nanti?" Balas Tengku Aideen seraya tangannya meliar memeluk pinggang ramping Tengku Rosabella

"Jangan nak mengada eh, I penat." Tengku Rosabella menolak tubuh Tengku Aideen menggunakan bahunya, seraya meneguk Cocktail Paloma kegemarannya

"Tak payah nak cintan cintun kat sini! Let's toast for our beloved cousin yang baru je balik Malaysia! Welcome back Tengku Rosabella!" Teriak Tengku Mukhriz sambil menyuakan gelas yang berisi arak diudara, mereka berempat melagakan cawan-cawan yang berisi arak itu

"Let's party!! Wuhhhh!!!" Jerit Tengku Aideen

Cawan yang kosong mereka ulang mengisi air-air kencing syaitan yang mereka gemar sambil melayan musik kuat di club itu, kepala bergerak mengikut rentak musik. Begitulah harian mereka apabila hari bertukar malam, club dijadikan tempat berehat dan tempat melepaskan stress mereka. Tempat regular untuk mereka lepak bersama ditemani dengan arak-arak

___________________

Pantai Kelingking, Bali

Hania Nura dan Tengku Syed Emir berjalan seiringan sambil berpegangan tangan, ombak dari lautan menyapa setiap langkah kaki mereka. Hania Nura menghirup udara segar pantai itu, indahnya ciptaan Tuhan, dia tersenyum bahagia

Dia bersyukur dapat meluangkan masa yang tersisa bersama dengan jejaka pujaannya, apa yang diingini dia sudah dapat. Tiada lagi permintaan lain yang dia ingini hanya mahu kebahagiaan ini kekal hingga nafas terakhirnya, kepala yang berdenyut tidak dihiraukan kerana tidak mahu merosakkan kenangan terindah ini, dia cuba untuk tahan sedaya yang mungkin

The Teaser and Her LoverWhere stories live. Discover now