Hania Nura memandang pantulannya di cermin hadapannya, dia tidak percaya hari yang dinanti dengan penuh debaran kini telah tiba. Siang tadi dia telah selamat diijab kabulkan dihadapan ramai saksi dari kalangan keluarganya dan juga keluarga Tengku Syed Emir. Upacara pernikahan mereka dibuat secara tertutup antara dua blah keluarga sahaja
Tapi untuk majlis malam ini, majlis persandingan mereka didatangani dengan seluruh kenalan-kenalan Hania Nura dan juga Tengku Syed Emir, beberapa wakil dari pihak media juga dijemput untuk meraikan majlis malam ini yang diraikan di Hotel De Merriz milik keluarga Hania Nura
"Hania, awak dah ready? Kita gerak sekarang, pengantin lelaki dah tunggu kat bawah." Tanya Farah Talia yang menjadi penemannya sejak majlis akad nikah pagi tadi
Hania Nura menayang senyuman nipis kepada Farah Talia seraya mengangguk kepalanya tanda setuju, perasaan gementarnya semakin terasa.
Sesampai mereka di hadapan pintu masuk ballroom itu, dia melihat susuk tubuh yang dikenalinya segak menggayakan pakaian lengkap diraja berwarna putih. Rambut jejaka itu terletak rapi dipercayai menggunakan gel rambut 'Handsomenya.' Bisik hati Hania Nura
"Mana dorang ni Feeq, Hania tu okay ke tak eh? Aku risau ni." Keluh Tengku Syed Emir, dia tidak sedar bahawa Hania Nura sudah berada dibelakangnya
"Haa! Tu dorang!" Jerit Tawfeeq Talha setelah melihat Hania Nura dan tunangnya Farah Talia
Tengku Syed Emir yang tadinya cemas langsung terkaku melihat gadis yang sekarang ini sudah bergelar isterinya, terpesona dia melihat Hania Nura yang mengenakan gown berwarna putih seperti princess ala ala Disney
"Oii! kalau ye pun terkedu tengok bini tu, mulut tu tutup. Tau la bini kau cantik." Usik Tawfeeq Talha dibalas dengan jelingan maut Tengku Syed Emir
"Hania! Awak okay tak? Ada sakit kat mana-mana ke?" Tanya Tengku Syed Emir setelah berjalan ke Hania Nura seraya memegang pipi gadis itu
"Saya okay, jangan la risau." Senyuman manis diberikan kepada Tengku Syed Emir
"Eh hormat sikit eh orang yang belum halal lagi ni. Patuynya aku jalan dulu, ni kau pulak. Ish tak adil." Muncung Tawfeeq Talha
"Siapa suruh kau lambat sangat, aku potong la cue kau!" Ejek Tengku Syed Emir sambil menjelir lidahnya ke arah Tawfeeq Talha
Pertengkaran antara dua sahabat baik itu mengundang gelak tawa dari Farah Talia dan juga Hania Nura, gaduh macam budak-budak!
"Excuse me, we need to be ready. It's our cue." Sapa salah seorang pembantu majlis itu
Tengku Syed Emir menghulur lengannya seraya dicapai oleh Hania Nura, mereka bergerak kehadapan pintu masuk ballroom itu diikuti dengan Farah Talia dan Tawfeeq Talha dibelakang
YOU ARE READING
The Teaser and Her Lover
RomanceSyed Emir Aayn seorang yang pendiam dan pemalu dengan orang-orang disekelilingnya tetapi cekap dan teliti dalam pekerjaan. Namun kehadiran seorang gadis bernama Hania Nura telah membuat Syed Emir Aayan berubah perwatakannya dan cara gaulannya dengan...