Bab 19

81 8 0
                                    

Tengku Syed Emir memegang erat tangan mulus milik Hania Nura lantas melabuhkan ciuman di atas tangan gadis itu

"She's okay, just need some rest. She will wake up soon, kita bagi dia masa untuk berehat." Terngiang kata-kata Doktor Eliana kelmarin

Hania Nura telah selamat menjalani pembedahan dan tumor yang sebesar 6 cm telah berjaya dikeluarkan oleh Doktor Eliana iaitu rakan sekerja Tengku Syed Emir sendiri

Selesai sahaja pembedahan, Hania Nura dipindahkan ke wad ICU selama dua malam bagi pemantauan rapi. Baru pagi tadi dia dipindahkan ke wad VVIP setelah diberitahu oleh Doktor Eliana bahawa keadaan Hania Nura semakin stabil cuma mengambil masa sedikit untuk dia sedarkan diri

"I'm proud of your wife, dia kuat untuk bertahan setahap ni. I bukan nak takutkan you but I could say that chances to survive from tumor stage 3 is very slim chance"

"Lagi lagi masa pembedahan. Alhamdulillah dia harungi."

"But you kena ingat Mir, even after I dah buang tumor tu tak bermaksud yang dia takkan tumbuh balik. So Hania kena kerap buat kemo."

Tengku Syed Emir memandang wajah Hania Nura yang sedang tidur diatas katil hospital itu sambil mengelus lembut kepala Hania Nura yang berbalut dengan bandage putih

"Nanti awak kena buat kemo tau sayang."

"Saya akan teman awak tiap kali rawatan."

"Semoga cepat sembuh Hania saya." Dahi Hania Nura dicium

"Jangan tidur lama sangat tau, nanti tak ada siapa nak usik saya." Dicuit hidung Hania Nura

Tengku Syed Emir perkemaskan selimut yang menutupi separuh tubuh Hania Nura, dinaikkan selimut itu supaya menutupi sehingga bahu gadis itu

Tuk! Tuk!

Pintu diketuk sebelum diluncur ketepi "Assalamualaikum." Sapa Rayyan Haris

"Waalaikumsalam."

"Sorry la aku baru datang, busy sikit kat office. Settlekan kerja-kerja Hania." Kata Rayyan Haris seraya berjalan ke arah katil Hania Nura

"Takpe Yan, aku faham." Tengku Syed Emir berikan senyuman

Sudah beberapa bulan Rayyan Haris berkenalan dengan Tengku Syed Emir tetapi mereka jarang untuk bersua muka atau duduk semeja disebabkan kekangan masa kerja mereka berdua

Walaupun mereka jarang berjumpa tetapi apabila bersua pasti ada sahaja topik mereka

"Macam mana keadaan Hania?" Pandangannya menatap wajah Tengku Syed Emir sebelum mengalihkan pandangan ke arah Hania Nura

"Alhamdulillah semakin stabil cuma dia perlukan rehat, InsyaAllah sehari dua nanti sedar la."

Rayyan Haris mengangguk kemudian dia membelai kepala Hania Nura dengan penuh kasih sayang, sedih melihat keadaan gadis yang dianggap bagai adiknya sendiri terlantar di hospital

"Jangan sentuh. Isteri aku tu." Tengku Syed Emir menepuk tangan Rayyan Haris yang berada di atas kepala Hania Nura

"Eh kau. Sebelum kau kahwin dengan dia, aku tau tempat manja dia." Rayyan Haris menjungkit sebelah bibir

"Tu dulu, sekarang masa aku. Takde takde." Tengku Syed Emir menolak jauh tangan Rayyan Haris

"Han tengok suami Han ni, cemburu tak tentu pasal. Extra!" Rayyan Haris mengadu pada Hania Nura walaupun dia tahu gadis itu tidak akan memberi respon

Rayyan Haris memandang tajam Tengku Syed Emir sambil berjalan menuju ke sofa seraya melabuhkan punggung di sofa itu

"Lama ke kau cuti Mir?" Tanya Rayyan Haris sambil membelek majalah yang diambil dari atas meja kopi dihadapannya

The Teaser and Her LoverWhere stories live. Discover now