"Code blue! Code blue! Diminta doktor dan kakitangan Jabatan Emergency bergerak ke wad emergency sekarang! Code blue! Code blue!" Kedengaran suara pengunguman itu bergema sepanjang koridor
Tengku Syed Emir yang baru sahaja ingin menyuap makan tengahari terhenti apabila mendengar pengunguman di speaker hospital tersebut, lantas dia bangun seraya berlari meninggalkan makananya di atas meja kafe hospital itu
"Dia tinggalkan makanan dia macam tu je? Rezeki. Rezeki." Kata Tawfeeq Talha sambil mengambil lauk pauk dari makanan Tengku Syed Emir
Mereka berdua baru sahaja ingin duduk berehat untuk makan tengahari tapi apakan daya apabila diri bergelar seorang Doktor, bila dipanggil atau diseru tiada alasan untuk berkata tidak
Tawfeeq Talha kembali menyuap nasi yang diambil tadi ke dalam mulutnya, tidak lama kemudian kelihatan 2 gadis memasuki ruang cafe itu. Dia melambai-lambai tangannya ke arah gadis-gadis itu sambil mulutnya mengunyah makanan
"Awak baru makan ke?" Tanya Farah Talia kepada tunangnya dibalas dengan anggukan kerana mulut jejaka itu masih sedang mengunyah
Farah Talia dan Hania Nura mengambil tempat duduk berhadapan dengan Tawfeeq Talha. Hania Nura melihat ada satu bungkusan yang sudah terbuka tapi tidak bertuan, kemudian matanya mencari-cari sesuatu di kawasan kafe itu
"Emir mana?" Tanya Hania Nura setelah mengalih pandangan kearah Tawfeeq Talha
"Tadi dia ada tapi tak sempat dia nak makan dah ada panggilan kecemasan, ni nasi dia la ni." Balas Tawfeeq Talha
Nasi yang terbuka itu dipandang sayu oleh Hania Nura, memikirkan jejaka itu pasti sedang menahan lapar
"Han, awak nak apa-apa? Saya order kan?" Tanya Farah Talia
"Takpe, kalau saya nak nanti saya order eh? Thank you Ara." Kata Hania Nura sambil menayang senyuman kepada Farah Talia
___________________
Tengku Syed Emir bergegas lari ke arah pesakit yang dikerumuni jururawat di wad kecemasan itu, mereka memberi laluan untuk Tengku Syed Emir
"Doktor! Oksigen pesakit semakin menurun!"
"Detail pesakit?" Tanya Tengku Syed Emir seraya memakai sarung tangan latex berwarna putih
"Mohd Uzair, 49 tahun. Pesakit mempunyai sakit kronik iaitu asthma, pernah ditahan di wad kecemasan setahun yang lepas."
Tengku Syed Emir memeriksa nadi dan nafas pesakit yang terbaring kaki di atas katil wad kecemasan itu, nafas pesakit itu tidak stabil! Kemudian dia mengambil Stethoscope seraya meletakkan di dada pesakit itu, sah! Ada sesuatu yang membuatkan di paru-paru pesakit itu tidak pump dengan betul
"Intibution equipment! Now!" Kata Tengku Syed Emir dengan tegas membuatkan para jururawat bergegas mengambil barang-barang yang diperlukan
Tengku Syed Emir mengalihkan bantal kemudian mendongakkan kepala pesakit itu sebelum dia membuka mulut seraya menekan-nekan leher pesakit itu
Laryngoscope blade diambil dari tangan jururawat disebelahnya kemudian dimasukkan ke dalam mulut pesakit dengan berhati-hati, sebelum ET tube pula dimasukkan
YOU ARE READING
The Teaser and Her Lover
RomanceSyed Emir Aayn seorang yang pendiam dan pemalu dengan orang-orang disekelilingnya tetapi cekap dan teliti dalam pekerjaan. Namun kehadiran seorang gadis bernama Hania Nura telah membuat Syed Emir Aayan berubah perwatakannya dan cara gaulannya dengan...